Erina melihat dirinya di hadapan cermin. Dia memakai blouse berwarna pastel unggu dengan shawl berwarna sama tetapi lebih lembut warnanya serta seluar jeans yang tidak ketat. Dia menyandang sling bag berwarna peach.
Sejujurnya Erina tidak pernah memakai blouse itu. Ayah Daud memberikannya kepada Erina sebagai hadiah hari jadi tahun lepas tetapi memandangkan Erina tidak suka berdandan, maka dia tidak pernah menyentuh blouse itu.
Malam ini Erina merasakan sudah tiba masa dia memakainya. Kalau tidak memang sampai bila2 baju itu berada di dalam almarinya saja.
Jam menunjukkan pukul 8.15 malam. Blanca dan Nafisa akan tiba sekejap lagi. Erina segera keluar dari bilik. Kelihatan Edrian sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen.
"Edrian, saya nak keluar dah ni." Erina menegur lelaki itu.
Edrian yang sedang menyandarkan kepala pada sofa menoleh memandang Erina. Dia memerhati gadis itu dari atas ke bawah.
"Wow, I never know you could dress up like this." Komen Edrian.
Erina buat muka. Dia tiada masa mahu melayan Edrian. "I am multi talented. Ok bye!"
Edrian ketawa kecil melihat Erina tergesa-gesa memakai kasut lalu keluar dengan segera.
Dia kembali menghadap televisyen. Beberapa minit kemudian, dia merasa semakin bosan. Dilihatnya jam di dinding.
"Maybe I should go out too."
* * *
"Let's go girlllsss!"
Blanca mula memandu sebaik saja dia menjemput Erina. Nafisa di sebelah tempat duduk pemandu sudah teruja mahu pergi ke tempat baru.
"Erina you look pretty," puji Nafisa sambil menoleh memandang Erina di tempat duduk belakang.
"Yeah, gurll. You look great!" Puji Blanca pula.
Erina sedikit malu. "Thank you girls. You guys are prettier tho."
"Nahhhh gurllll. I look like a big fat sandwich"
Mereka ketawa mendengar kata2 Blanca. Gadis itu memang jujur tetapi baik hati.
* * *
Erina memandang sekeliling kafe yang mereka kunjungi itu. Kafe itu terletak di kawasan bandar dikelilingi bangunan lain. Tetapi suasananya memang sangat cantik.
Kafe itu bertema aesthetic dengan terdapat pokok-pokok palsu yang dihias dengan lampu seperti cahaya bintang. Setiap barang di situ juga bertema aesthetic seperti cawan, pinggan, sudu dan bermacam lagi ciri2 aesthetic.
"This place is so prettyy! I wanna take a lot of pictures!" Komen Nafisa sambil menangkap banyak gambar dengan telefon pintarnya.
"Yes, it looks so calming and suitable for girls." Komen Erina pula.
"I'm glad both of you like it." Balas Blanca, sedikit bangga. Dia gembira melihat rakan2nya menyukai tempat itu.
"Girls, come on. Let's take some pictures." Ajak Nafisa.
Erina dan Blanca menurut saja. Dari satu pose, ke pose yang lain. Banyak gambar yang Nafisa ambil.
Mereka berbual lama di situ, mahu melupakan semua assingments buat sementara waktu.
* * *
"Where should we go next?" Soal Blanca.
Jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Mereka baru keluar dari kafe selepas sejam berada di situ.
![](https://img.wattpad.com/cover/218433301-288-k325966.jpg)
YOU ARE READING
My Sweet Cupcake 🧁✔️
Roman d'amourHidupnya tidak dilimpahi kemewahan dan harta, namun Erina Natasha bersyukur dengan apa yang dia ada. Dia gembira tinggal di Mahligai Zaaba, sebuah rumah anak yatim bersama ayah angkatnya, Ayah Daud dan kanak2 yang lain. Erina tak mampu menyambung pe...