BAB 56

4.5K 238 9
                                    

Edrian yang kepenatan masuk ke dalam keretanya lalu bersandar pada kerusi kereta. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Dia baru keluar dari hospital selepas memastikan keadaan pekerja yang terjatuh dari tingkat 3 tadi.

Nama pekerja itu Samat. Menurut rakan Samat, semasa mereka sedang bersiap mahu pulang petang tadi, tiba2 Samat yang berdiri betul2 di hujung tingkat 3 tergelincir lalu jatuh ke bawah. Nasibnya sangat baik di bawah terdapat timbunan simen yang masih basah dan sedikit dalam. Maka, hentakan yang dialaminya tidak membawa maut.

Tetapi Samat masih memerlukan beberapa minggu untuk sembuh sepenuhnya. Edrian akan menanggung semua kos rawatan pekerjanya itu. Dia bersyukur tiada kehilangan jiwa berlaku.

Edrian mula memakai tali pinggang lalu memandu untuk pulang ke rumah. Dia terlalu penat hari ini. Tambahan pula Erina bersendirian di rumah. Dia risau akan keselamatan wanita itu.

* * *

Edrian membuka pintu selepas memasukkan kod rumah itu. Namun sebaik saja dia masuk, Edrian pelik melihat rumah gelap gelita. Mengapa Erina tidak membuka lampu? Dia tiada di rumah ke?

Edrian segera melangkah lalu menuju ke suis lampu. Selepas ditekan, lampu terang benderang menyuluhi seluruh rumah itu. Mata Edrian melilau memandang sekeliling.

Tiada Erina. Mungkin gadis itu ada di biliknya.

Edrian menoleh untuk menuju ke bilik Erina. Dia sekadar mahu memastikan wanita itu berada dalam keadaan baik. Namun, sebaik saja Edrian menoleh, anak matanya ternampak sesuatu di lantai dapur.

Berderau darah Edrian. Jantungnya terus berdegup laju. Beg kerjanya terus terjatuh ke lantai.

"Erina?!!"

Edrian segera berlari ke arah Erina yang sedang terbaring di lantai dapur. Gadis itu tidak sedarkan diri. Wajahnya sangat pucat. Edrian memangku kepala Erina sambil menepuk sedikit pipi gadis itu.

"Erina? Erina? Ya Allah. Are you okay? Erina?"

Tiada sahutan. Mata Edrian terus meneliti tubuh badan Erina untuk melihat jika terdapat sebarang kecederaan.

Betapa terkejutnya Edrian apabila dilihatnya terdapat darah mengalir menuruni kaki Erina. Dan terdapat kesan merah di leher gadis itu. Tangan Edrian terus menggigil. Tanpa berfikir panjang, Edrian segera berlari mendapatkan telefonnya lalu dia menelefon ambulans.

Selepas itu, Edrian menuju ke arah Erina semula. Wajah isterinya itu diusap. Dia memegang tangan Erina.

"Erina, please wake up, please. Don't do this to me."

"Please, be hurry, please. Help me, Allah."

Edrian sudah tidak keruan melihat keadaan isterinya itu. Air matanya mengalir membasahi pipi. Ya Allah, tolong selamatkan isteri dan anak aku.

* * *

Selepas ambulans datang dan membawa Erina ke hospital, pihak hospital terus membawa Erina ke wad kecemasan manakala Edrian menunggu di luar. Lelaki itu tidak senang duduk. Dia tidak berhenti berdoa agar semuanya baik2 saja.

Apa yang terjadi? Erina terjatuhkah semasa Edrian tiada? Atau...ada orang yang menyebabkan perkara ini berlaku kepada Erina?

Edrian menumbuk dinding sekuat hati. Semua ini salahnya. Jika Edrian pulang awal ke rumah mungkin semua ini tidak akan berlaku. Dia tidak sepatutnya meninggalkan Erina sendirian.

Ingat Allah, Edrian. Pesan Edrian kepada dirinya.

Edrian beristighfar panjang lalu dia mengusap wajah. Ya Allah, fikirannya bercelaru sekarang. Terlalu banyak benda berlaku hari ini.

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now