BAB 63

3.8K 148 1
                                    

Edrian sedang duduk di atas sofa di ruang tamu rumahnya sambil menonton sebuah rancangan televisyen yang menunjukkan kehidupan seharian seekor kucing. Walaupun dia tidak berminat sebelum ini, namun setelah mereka membela Mimi, Edrian is a sucker for cats.

Hari minggu itu sangat tenang, kedua Edrian dan Erina sedang santai di rumah sambil meluangkan masa bersama. Dia duduk sambil mengusap Mimi di pangkuannya sambil Erina mengambil sesuatu di muka pintu rumah.

"Oh, that's a Siberian cat. I did my homework." Komen Edrian, bangga kerana dapat mengenalpasti beberapa baka kucing di dalam rancangan televisyen tersebut.

Erina yang sedang berdiri di belakang sofa hanya mampu tersenyum melihat suaminya itu semakin minat dengan kucing sejak kebelakangan ini. Though, it's a good thing. Erina membuka sampul surat yang baru diambil di luar rumah lalu matanya membaca perkataan2 yang tertera di atas kertas itu.

"Edrian!"

Edrian segera menoleh apabila Erina tiba2 memanggilnya dengan nada yang kuat, seolah2 sesuatu mengejutkan telah berlaku. Wajahnya berkerut dan jantungnya berdegup laju, risau jika apa2 terjadi.

"What? Kenapa, Cupcake? Are you okay?" Soal Edrian sambil dia meletakkan Mimi di sisi dan berjalan je arah isterinya yang sedang memegang sepucuk surat.

Mata Erina laju membaca sekali lagi isi kandungan surat itu. Wajahnya kelihatan terkejut lalu dia mengangkat wajah memandang Edrian sambil menekup mulutnya.

"I got it!" Katanya sambil tersenyum lebar.

Edrian segera membaca surat yang dipegang Erina, matanya membulat sebelum dia juga turut tersenyum gembira. Surat itu datang dari Jonas & Co., sebuah syarikat guaman yang menyatakan bahawa permohonan Erina untuk bekerja di situ telah berjaya.

"Cupcake, congratulations! I'm so proud of you, love." Edrian segera membawa tubuh isterinya erat di dalam dakapannya, gembira di atas kejayaan Erina.

Erina memeluk Edrian kembali, hatinya berdegup dengan perasaan teruja dan bangga. Setelah 3 bulan menanti sejak graduasi, akhirnya dia berjaya mendapat perkerjaan di salah satu firma guaman terbesar di Malaysia.

Edrian melepaskan pelukan kemudian dia menekup kedua belah pipi isterinya itu. "Cupcake, we should celebrate." Cadang Edrian sambil tersenyum lebar. "I'll invite the whole family!"

Erina ketawa kecil melihat keterujaan suaminya, hatinya berbunga melihat sokongan lelaki itu. "Okay, tapi kita sambut biasa2 je. Jangan la grand sangat."

"Okay, okay." Balas Edrian, sebelum dia mencapai telefon pintarnya. "I'll make a few reservations."

A few reservations? Ah sudah, mesti macam2 dia buat nanti. Namun, Erina hanya tersenyum melihat gelagat suaminya. Biarlah mereka meraikan berita gembira ini, bukan senang untuk Erina diterima bekerja di sini.

Alhamdulillah, dia bersyukur dengan rezeki yang Allah beri.

*   *   *

A month later

Erina berdiri di hadapan syarikat guaman yang mencecah langit itu, hatinya berdegup kencang memandangkan ini merupakan hari pertama dia mula bekerja di sini.

Tetapi sejak pagi tadi Edrian tidak putus2 memberi kata semangat untuknya, membuatkan Erina sedikit lega dan lebih yakin untuk memulakan episod dirinya yang baru.

Setelah beberapa kali menarik nafas panjang, Erina akhirnya memberanikan diri dan masuk ke dalam. Dia menuju ke arah kaunter pertanyaan sebelum diminta untuk ke tingkat 7, di mana dia perlu berjumpa dengan personal assistant pengarah syarikat itu.

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now