BAB 33

9.8K 709 381
                                    

Erina dan Edrian berdiri menghadap satu sama lain. Mereka berpandangan lama. Kemudian, Erina menghulurkan borang itu kepada Edrian. Borang penceraian mereka.

Pagi tadi, sebaik saja Edrian menghantar Erina ke rumah keduanya itu, Erina terus mencapai borang itu dan mengisinya. Itulah pengakhiran mereka.

"Thank you. I...will proceed to the next step. I'll contact you soon." Ucap Edrian, matanya menatap borang itu kerana dia tidak mampu memandang wajah Erina.

Erina mengangguk perlahan. "Okay, sure." Mata gadis itu memandang lantai, tidak sanggup menatap Edrian.

"Aku pergi dulu. Take care."

Erina mengangkat wajah, menatap anak mata Edrian. Dia tersenyum sedikit. "Okay. You too, take care."

Edrian tersenyum hambar lalu berpusing melangkah ke arah pintu diikuti Erina di belakang. Edrian berdiri di hadapan pintu tersebut, menatap Erina.

"See ya."

"Bye."

Edrian berpaling ke sisi lalu mula melangkah pergi dari situ. Erina hanya berdiri kaku sehingga bayang Edrian hilang dari pandangan. Erina menggengam tangannya erat. Kemudian, dia mencapai tombol pintu lalu pintu ditutup.

Dia perlu menerima kenyataan. Mungkin sampai di sini saja jodoh mereka.

* * *

"Erina..."

Blanca dan Nafisa merenung Erina yang sedang tekun membaca buku rujukan undang2 yang tebal. Mereka bertiga sedang berada di perpustakaan untuk membuat assignment selepas kuliah. Namun, ada sesuatu yang tidak kena dengan Erina.

"Erina...?"

Tiada balasan dari Erina sejak tadi. Blanca yang mula hilang sabar terus menepuk bahu Erina membuatkan gadis itu terkejut besar.

"Ya Allah...Blanca, you almost give me an heart attack." Tegur Erina sambil memegang dadanya yang berdebar dek kerana terkejut.

Blanca bercekak pinggang. "I am the one who almost have an heart attack for calling your name thousands of time."

Erina kerut kening. Eh, Blanca ada panggil aku ke? Aku tak perasan. "Oh, sorry, Blanca. I didn't hear you. What is it?"

Blanca dan Nafisa memandang antara satu sama lain kemudian mereka menatap Erina.

"Erina, your book is upside down."

Erina segera memandang buku yang dibacanya. Dia terasa mahu menepuk dahi sekuat hati apabila melihat buku itu sebenarnya terbalik. Selama ni buku ni memang terbalik ke? Habis, apa yang aku baca dari tadi?

"Erina, are you okay? You seems like you have a problem. Something happened?" Soal Nafisa, risau. Kalau dah sampai baca buku terbalik tu memang sah ada masalah.

Erina mengusap wajahnya. Ya Allah, apa yang tak kena dengan aku ni? Minggu ni saja sudah banyak kali Erina mengelamun dan buat benda pelik.

Beberapa hari lepas dia hampir terlanggar Theo jatuh ke dalam longkang. Semalam pula Erina tersalah letak garam ke dalam kopi Blanca. Dia ingatkan paket yang diambilnya di cafe itu adalah gula rupanya garam.

"You really can't say you have no problem, Erina. It's obvious you have one." Nasihat Blanca sambil membetulkan semula buku Erina yang terbalik.

Erina mengeluh panjang. "Sorry, girls. I just...I can't focus these days. Maybe I'm not well, that's all."

Sejak dia menyerahkan borang penceraian kepada Edrian, Erina mula menjadi seperti ini. Tidak fokus, mudah mengelamun dan dia sangat cuai. Entah apa yang terjadi pada dirinya. Kepalanya sarat dengan pelbagai perkara. Mungkinkah kerana rasa bersalah Erina yang menggunung terhadap Edrian?

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now