BAB 62

5.2K 183 4
                                        

Zaman belajar merupakan zaman yang tidak dapat dilupakan oleh semua orang. Sekolah rendah, sekolah menengah, universiti. Kita belajar benda baru dan mengenali orang baru sepanjang tempoh ini. Segala penat lelah, tekanan dan masa bersama kawan2 sepanjang masa itu akan dirindui di alam pekerjaan nanti.

Selepas bertahun belajar untuk menggenggam segulung ijazah, akhirnya Erina dan rakan2 berjaya menamatkan pelajaran mereka di Addam Lincoln University dengan cemerlang. Segala cabaran dan penat lelah yang dihadapi terasa berbaloi sekarang.

Erina duduk di dewan yang luas dan dipenuhi dengan rakan seperjuangannya itu, masing-masing teruja dalam penantian mereka untuk menggenggam gulungan ijazah yang bakal diberikan kepada mereka di dalam majlis yang akan berlangsung sebentar sahaja lagi.

Erina duduk berdiam diri sementara rakan2nya sedang berbual dengan teruja. Fikirannya melayang memikirkan segala yang terjadi dalam tempoh 4 tahun sepanjang pengajiannya. Dengan tekanan semasa belajar, ibu mertuanya cuba membunuhnya dan juga memori pahit semasa kehilangan anak mereka. Semuanya bermain semula di minda, memberikan satu rasa yang tidak dapat diungkapkan di dalam majlis konvokesyen itu.

Namun, dia bersyukur dia masih ada keluarga yang setia di sampingnya, masih ada suami yang sedia memberikan segala sokongan kepadanya dalam mengharungi cabaran hidup. Kemudian, dia mengukirkan senyuman, hatinya mula senang apabila memikirkan betapa bertuahnya dia kerana masih dikurnikan sebuah keluarga untuknya bersandar.

Erina duduk tegak, dia perlu bangga dengan ketabahannya dalam mengharungi ujian yang mendatang, walaupun pahit, walaupun sakit...dia masih berjaya menamatkan pengajian walaupun jiwanya kadang hancur dalam menghadapi dugaan hidup. Dia tahu, inilah hikmat di sebalik ujian Allah, mungkin anaknya sudah tiada sekarang...namun Allah berikan kejayaan padanya.

"Alhamdulillah." Ungkapnya lembut, sebelum majlis itu mula berlangsung.

*    *     *

Mata Erina melilau di luar kawasan dewan yang luas itu, memerhatikan beberapa orang pelajar dan keluarga mereka meraikan kejayaan masing-masing. Jambangan bunga dan hadiah yang dibalut kemas memenuhi ruang pandangannya, terdapat juga tangisan air mata untuk kejayaan yang telah mereka capai.

"Erina!"

Erina menoleh apabila namanya dipanggil, senyumannya mula melebar. Zakiah, Rosman, Ayah daud, Dato Syukri, Kak Nurul, Ain dan Aiman mula berjalan menuju ke arahnya yang masih dengan jubah dan topi konvokesyen di tubuhnya. Segulung ijazah di tangan digenggam erat, perasaan teruja dan bangga memenuhi ruang hatinya.

Mereka semua berpelukan dan mengungkapkan ungkapan tahniah kepada Erina, membuatkan hari ini lebih bermakna dengan kehadiran mereka di sisi. Erina tersenyum lebar, menerima segala pujian dan kata2 manis dengan hati yang senang, bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan kepadanya. Tangan Erina mula penuh dengan jambangan bunga dan hadiah dari mereka semua, sehinggakan tubuhnya yang tidak berapa tinggi itu mula menghilang di sebalik timbunan hadiah itu.

Ain ketawa melihat Erina berusaha untuk tidak menjatuhkan semua hadiah itu, sebelum mereka semua membantunya meletakkan hadiah2 tersebut di sisi. Mereka bergelak ketawa sambil berbual seketika, sebelum Erina perasan orang yang paling ditunggunya untuk hari bersejarah itu masih tidak muncul2.

"Mana Edrian?" Soalnya ringkas, Erina ingatkan suaminya itu akan muncul bersama keluarganya yang lain.

Mendengar soalan Erina, membuatkan mereka semua memandang satu sama lain dengan senyuman yang penuh makna. Masing2 gelak kecil sahaja sebagai jawapan membuatkan Erina berkerut kening. Ah, apa pulak laki aku ni buat harini.

"Erina, nah."

Erina berkerut kening apabila Ain menghulurkan sehelai kertas kepadanya, membuatkan dia semakin keliru. Erina membuka kertas tersebut dan semakin pelik melihat lukisan peta di atasnya.

My Sweet Cupcake 🧁✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang