BAB 10

8.4K 552 75
                                    

Harith masih berdiam diri seolah-olah dia tidak mendengar soalan Edrian itu.

Wajah pembulinya muncul satu2 di minda. Sudah sebulan. Sebulan dia menahan sakit dan tangisannya kerana sebulan itulah mereka mula membulinya secara tiba2 hanya disebabkan perkara yang sangat kecil.

Lebam dan luka2 di lengan dan badannya sedaya upaya dia sorokkan daripada pengetahuan ahli keluarganya yang lain selama ini.

"Kenapa? Kau takut ayah dengan Erin tau?" Soal Edrian lagi apabila kelihatan Harith nekad tidak mahu berbicara.

Perlahan-lahan, Harith mengangguk. Tiada sedikit pun niatnya mahu membuat mereka risau. Dia takut jika dia memberitahu mereka, keadaan akan semakin teruk.

Edrian membuang putung rokok yang sudah pendek ke dalam tong sampah. Kemudian, dia menyalakan satu lagi.

"Kalau kau tak nak cerita, abang akan bagitau ayah dengan kak erin." Ugut Edrian dengan nada tenang.

Harith terkejut mendengar ugutan Edrian. Jantungnya berdegup laju. Tidak, mereka tak boleh tahu. Harith takkan benarkan mereka tahu.

"Tolonglah, jangan bagitau dorang, bang. Saya tak nak dorang risau." Rayu Harith. Wajahnya gelisah.

"Then, mulakan cerita. Once upon a time..."

Senyuman Edrian kelihatan menakutkan di mata Harith. Harith sedikit teragak-agak mahu berbicara.

Namun, akhirnya dia membuka mulut.

"Saya dapat jawatan sebagai ketua pasukan bola keranjang tahun ni. Tapi, ada sorang budak dalam pasukan ni tak suka sebab dia nak jadi ketua. Dia marah dan paksa saya untuk bagi jawatan tu kat dia.

Disebabkan saya malas nak panjang cerita, saya pun setuju. Saya bagitau cikgu suruh gantikan saya dengan dia. Tapi...cikgu berkeras nak saya jadi ketua. Apa boleh saya buat?

Bila dia dapat tahu, dia tuduh saya yang tak nak lepaskan jawatan ni. Dia tak nak dengar penjelasan dari saya sikit pun.

Bermula dari hari tu, dia dengan kawan2 dia mula buli saya. Koyakkan buku latihan, sorokkan beg, tolak dalam longkang, cucuh putung rokok. Saya lalui semua tu. Saya nak bagitau cikgu dengan ayah tapi..."

Kata2 Harith terhenti. Dia menunduk. Badannya menggigil. Apabila dia meluahkan semua ini kepada seseorang, hatinya tidak dapat menanggung sebak.

"...tapi dia anak orang kaya. Ayah dia sangat berpengaruh. Dia kata, kalau saya bagitau cikgu, dia akan pastikan Mahligai Zaaba musnah dengan pengaruh ayah dia.

Saya cuma anak yatim piatu. Kat dunia ni saya hanya ada Mahligai Zaaba untuk menumpang kasih. Macam mana saya sanggup nak tengok orang lain hancurkan satu2nya keluarga yang saya ada?

Jadi, saya buat pilihan untuk berdiam diri. Saya tahan segala apa yang dorang nak buat kat saya. Walaupun sakit, saya belajar macam biasa memandangkan saya akan duduki PT3 tahun ni.

Saya buat semua ni untuk Mahligai Zaaba."

Harith selesai bercerita. Dia mengesat air mata yang hampir jatuh. Edrian yang berdiam diri sejak tadi menghisap rokoknya lalu dihembus ke udara.

"Well, that's quite unfortunate. Tapi, sampai bila kau nak jadi lembik macam ni? Relakan je dorang buli kau?"

Mendengar pendapat Edrian membuatkan Harith berang. "Habis tu?! Pilihan apa yang saya ada? Abang  tak lalui semua ni, senanglah abang cakap!" Balas Harith dengan suara yang tinggi.

Edrian menghembuskan asap rokok ke wajah Harith membuatkan remaja itu terbatuk.

Edrian memegang kepala Harith. "Dengar ni."

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now