BAB 11

8.3K 646 87
                                    

Edrian keluar dari Mahligai Zaaba menuju ke keretanya. Dia memakai t-shirt polo yang dimasukkan ke dalam seluar slack hitam dikenakan dengan kacamata hitam. Lelaki itu kelihatan sangat bergaya.

Sebaik saja tiba di keretanya, Edrian membatalkan niat untuk masuk ke dalam kereta apabila dilihatnya Erina sedang bermain dengan kanak2 di halaman rumah.

"Sayanggg, saya nak keluar kejap tauu!" Edrian sengaja menggunakan suara manja.

Erina yang mendengar dari jauh menjeling lelaki itu. Dia menggerakkan tangan, tanda menghalau lelaki itu untuk cepat pergi.

Dahlah kes pagi tadi pun aku tak reda lagi, memang taklah aku nak pandang muka dia hari ni, Erina mengomel dalam hati.

Edrian tersenyum sinis lalu masuk ke dalam keretanya. Dia menghidupkan enjin lalu keretanya dipandu keluar dari Mahligai Zaaba.

Edrian mencapai telefonnya lalu nombor orang kanannya didail. Tepat 3 saat, panggilan sudah dijawab.

"Hello, boss. Good morning."

"Morning, Harry. Have you found those brats?"

"I've found them as soon as you told me to do so," balas Harry, penuh dedikasi.

"Good, as I expected from my trusted wingman. I'll be there in a few minutes. Make sure to keep your eyes on them." Arah Edrian.

"Understood."

Panggilan dimatikan.
Edrian tersenyum sinis.

"I'm going to have fun today."

* * *

Edrian keluar dari kereta apabila tiba di sebuah bangunan besar yang penuh dengan mesin arked. Ramai remaja yang berkumpul di situ, melepak bersama kawan2 sambil bermain game.

Tempat itu sedikit tertutup berbanding yang lain. Nasib baik Harry sudah menjumpai tempat itu awal2 maka tidak susah Edrian mencarinya.

Edrian menuju ke arah Harry yang sudah setia menunggu di luar arked, menanti ketibaannya.

"So inilah tempat lepak dorang. Where are they?" Soal Edrian sambil mengeluarkan sebatang rokok lalu dinyalakan.

"There are private rooms available here. Those brats are in room 106," maklum Harry.

Edrian tersenyum sinis. Dia melangkah masuk ke dalam bangunan yang sesak itu. Mungkin tiada sesiapa yang perasan kehadirannya memandangkan masing2 fokus bermain game.

Edrian dan Harry tiba di hadapan kaunter betul2 di sebelah lorong dengan lampu unggu malap yang terdapat banyak pintu2. Mungkin di situlah private rooms berada.

"Boleh saya bantu? Encik berdua tak nampak macam remaja." Kaunter itu dijaga oleh seorang gadis berambut pendek seperti lelaki. Gadis itu sedang menguyah gula2 getah sambil matanya memandang Edrian atas ke bawah.

Edrian tersenyum manis. "Yes. I have some 'problems' to settle inside. Would you help me in?"

Edrian menghulurkan beberapa not RM100 yang diselit di celah jarinya kepada gadis. Gadis itu tersenyum sinis lalu mencapai duit yang diberi Edrian.

"Sure. Please come in. Have fun," gadis itu membuka palang besi yang menutup laluan itu.

Edrian dan Harry masuk ke dalam lorong itu lalu berhenti di hadapan bilik 106. Edrian memandang Harry. Seperti faham apa yang Edrian mahu, Harry mengetuk pintu itu beberapa kali. Tiada sahutan. Harry ketuk lagi dengan lebih kuat.

Beberapa saat kemudian, pintu itu dibuka oleh seorang remaja lelaki dengan wajah marahnya.

"Bising siak. Memekak je. Korang nak apa?!" Jergah remaja itu dengan kasar kepada Edrian dan Harry.

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now