BAB 40

9.7K 658 152
                                    

Edrian menghulurkan sapu tangan ke arah Erina yang sedang duduk di atas katil. Mata gadis itu bengkak dek kerana menangis tidak henti sejak 10 minit tadi. Walaupun Edrian sudah memujuknya banyak kali, namun masih kelihatan air mata gadis itu mengalir.

"Do you feel better now, Erina?" Soal Edrian.

Erina mengangguk perlahan sambil menyambut sapu tangan yang dihulur suaminya. Air matanya diseka. Dia penat selepas menangis, badannya terasa lesu.

"You should rest. Tidur la sekejap, okay?"

Erina menggeleng mendengar cadangan Edrian membuatnya lelaki itu semakin buntu memikirkan bagaimana untuk membantu gadis itu. Kemudian, perlahan-lahan dia mencapai tangan Erina lalu diusap lembut. Erina hanya membiarkan saja sentuhan lelaki itu. Dia terasa lebih tenang sekarang.

"Please, Erina. Listen to me. Have some rest. It broke me to see you cry."

Kata2 ikhlas Edrian membuatkan Erina memandang tepat mata lelaki itu. Suaranya bergetar. "What should I do, Edrian? It hurts so much."

"That's why..." Edrian menyelak rambut Erina ke belakang telinganya. "...you should rest first and forget about everything for now. It will get better when you woke up. Trust me."

Erina menunduk ke bawah memandang lantai. Mungkin benar apa yang Edrian cakap. Sekarang fikiran Erina bercelaru dan tidak dapat berfikir dengan baik. Mungkin keadaannya akan semakin baik jika dia tidur sebentar.

Erina mengangguk perlahan lalu mula berbaring di atas katil membelakangi Edrian. Dia menutup mata, cuba untuk tidur. Edrian pula menarik selimut menutupi separuh badan gadis itu.

Kemudian, dia melangkah keluar dari bilik itu agar tidak mengganggu Erina. Sebaik saja pintu bilik dibuka, kelihatan Ayah Daud sedang berdiri di luar dengan wajah risau.

"Ayah? Dah lama ke ayah berdiri kat sini?" Soal Edrian, berbisik sambil menutup pintu bilik itu.

Ayah Daud mengeluh perlahan. Wajahnya gusar. "Ini semua salah ayah, Ed. Ayah yang buat Erina terseksa macam tu."

Mendengar rintihan ayah mertuanya itu, Edrian segera mengusap bahu Ayah Daud. "Jangan cakap macam tu, ayah. Apa yang jadi sebenarnya?"

Ayah Daud mengusap wajahnya. "Sebenarnya..."

*    *    *

Erina membuka mata perlahan-lahan. Dia bangun dari berbaring lalu memandang jam di dinding. Lama juga dia melelapkan mata.

"Did you have a good nap?"

Erina memandang ke arah pintu apabila suara Edrian kedengaran. Lelaki itu di muka pintu bilik dengan senyuman manis.

Erina mengangguk perlahan. "Sorry, lama pulak saya tidur."

Edrian duduk di atas katil, di sisi Erina sambil menggeleng. "It's fine. I'm happy you have a good rest. You okay tak? You nak apa2?"

Erina hanya menggeleng. Dia bermain-main dengan jari-jemarinya, fikirannya melayang.

"Apa...apa patut saya buat Edrian?"

Soalan Erina membuatkan Edrian tersenyum sedikit. "Do you want to talk about it? I'm all ears." Balas Edrian. Walaupun dia sudah tahu apa yang terjadi dari Ayah Daud, namun jika Erina mahu bercakap tentang itu maka Edrian sudi mendengar.

Erina mengeluh perlahan. Dia mula bercerita apa yang terbuku di hatinya kepada Edrian. Lelaki itu setia mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Erina.

"Sepanjang hidup saya, saya dah terbiasa hidup tanpa mak ayah. Memang masa kecik saya selalu tertanya-tanya. Tapi, lepas saya terima kenyataan, tak pernah sekalipun saya terfikir lagi pasal 'kat mana mak ayah saya?' Atau 'mak ayah saya hidup lagi ke?'.

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now