BAB 32

8.8K 696 151
                                    

Tepat pukul 7.00 petang, Erina tiba di rumah Edrian. Tiba2 Erina terasa kekok kerana ini kali pertama Erina datang ke sini pada waktu begini sejak mereka tinggal berjauhan. Ah, bukannya kau tak pernah tinggal sini pun, rileks boleh tak Erina!

Edrian yang berada di hadapan Erina berhenti melangkah. Dia berpaling ke sisi sedikit. "If you want to take a shower, I think there's some clothes in your closet. After that, come out to the living room."

Sebaik saja Edrian memberikan arahan, dia menaiki tangga menuju ke ruang peribadinya. Erina hanya mampu memandang kelibat Edrian yang semakin menghilang.

Erina mengeluh kecil lalu menuju ke biliknya. Dia membuka almari besar di dalam bilik itu. Kelihatan terdapat beberapa set pakaian yang kemas tergantung.

Erina kerut kening. Dia baru perasan terdapat baju2 tersebut di dalam almarinya. Ini semua bukan bajunya. Maka, milik siapa baju2 ini? Ataupun, Edrian beli semua ini untuk Erina?

Erina duduk di atas katil. Apa yang dikatakan Carl kepadanya tadi masih berlegar-legar dalam kepalanya.

* * *

"Hai~"

Erina yang sedang mengelamun di taman mini itu terkejut dengan kehadiran seorang lelaki di hadapannya secara tiba2. Siapa pulak mamat ni?

"Err, awak siapa ya?"

"Ohh, sorry. My bad. I'm Carl. I bestfriend a.k.a business partner Edrian. Hehe." Carl tersenyum manis.

Erina mengangguk faham. Ok, habistu mamat ni nak apa dengan aku?

"I'm sorry if I sounds rude, but...are you Erina?"

Erina semakin pelik dengan mamat bernama Carl itu. Macam mana dia tau nama aku ni? Edrian bagitau ke?

"Err, macam mana awak tau nama saya?"

Carl kelihatan serba salah. "Ac-actually...I...I broke into your room at Edrian's house."

Erina terus berdiri. Wajahnya kelihatan terkejut dan marah. "Apa?!"

"Wait, wait. Sabar...dengar dulu apa I nak cakap."

Erina semakin bengang. "Eh, lebih baik awak cakap kenapa awak masuk bilik saya? Apa awak buat?!"

Carl semakin tak tentu arah. "No, no. I didn't do anything! Trust me! I dengan kawan2 I melepak je kat rumah Edrian masa you takde tu! So, masa I pergi tandas, I nampak pintu bilik you tak tutup rapat, so I jenguk ke dalam. I nampak gambar you dengan keluarga you atas meja. Tu je! I tak tengok benda lain dan tak bagitau kawan2 I yang lain! Sumpah!"

"Habistu macam mana awak tau nama saya?!!"

"I...I nampak kat gambar tu la! Ada ukiran nama you."

Erina diam seketika. Dia lupa memang ada ukiran namanya pada gambar itu. Erina memandang Carl dengan penuh perasaan curiga.

"Habistu? Awak nak apa sebenarnya ni?"

"Err, you ni isteri Edrian...kan? Kalau tak, takkan korang duduk berdua, kan?"

Erina diam. Aduh, sibuk betul mamat ni. Asal dia nak tau pulak hubungan kitorang?

"Sebenarnya I dah lama curiga. Sebab Edrian dah banyak berubah sejak dua menjak ni. Dan, dia tak bagi kitorang datang rumah dia. So, I rasa ada sesuatu yang dia rahsiakan. Dan baru I tahu sebenarnya dia dah kawin dengan you."

"Apa maksud awak Edrian berubah?" Soal Erina, keliru dengan kata2 Carl.

"Ohh, I mean...sejak beberapa bulan ni dia dah tak lepak dengan kitorang kat club."

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now