Erina membuka peti ais lalu mencari bahan2 masakan untuk menyediakan makan tengahari pada pagi Sabtu itu. Dia mengeluarkan sayur dan ikan. Kemudian, Erina mencari bawang merah dan putih. Namun, tidak kelihatan. Dilihatnya bahan2 lain juga tiada.
Eh, dah habis ke? Aku tak perasan pulak. Dah la nak masak dah ni.
Erina membuka apron yang dipakai lalu disangkut di penyangkut baju. Dia perlu ke mall sekarang juga. Gadis itu melangkah ke ruang tamu lalu mendongak ke atas, ke ruang peribadi Edrian di tingkat 2.
"Edrian!"
Tiada sahutan.
"Eh, belum bangun ke mamat ni?" Erina bercekak pinggang. "Edrian!"
Beberapa minit kemudian, kelihatan Edrian bersandar pada palang di tingkat 2 dengan wajah mamai sambil menunduk ke bawah, memandang Erina.
"What?" Soal Edrian sambil menggosok matanya. Suaranya kedengaran sedikit garau, mungkin kerana baru bangun tidur.
"Saya nak pergi mall ni. Nak beli barang dapur. Saya naik Grab je tau." Terang Erina.
"What? Just let Santi buy it this Monday." Protes Edrian.
Erina menggeleng. "Mana boleh. Saya nak masak ni. Lagi satu, tak payah la susahkan Kak Santi. Saya boleh pergi sendiri."
Edrian diam saja tidak membalas. Kemudian, dia berlalu pergi dari pandangan Erina membuatkan Erina kerut kening. Eh, mamat ni. Boleh ke tidak aku keluar ni?
Erina angkat bahu. Ah, dia okay la tu kot. Pergi je la.
Erina menuju ke biliknya lalu mencapai kertas dan pen untuk mencatat bahan2 yang perlu dibeli. Kemudian, dia menukar baju dan mengenakan shawl gaya ringkas lalu mencapai purse miliknya. Di dalam purse itu terdapat kad kredit Edrian yang Edrian beri kepada Erina sejak awal perkahwinan mereka.
Lelaki itu kata Erina boleh beli apa2 saja yang dia mahu. Walaupun banyak kali Erina menolak, Edrian tetap memaksanya untuk menggunakan kad itu. Erina pelik betul dengan orang kaya ni. Memang dorang selalu bagi nafkah kat isteri dalam bentuk kad kredit ke apa?
Walaupun kad kredit itu tiada limit, Erina tidak berniat mahu membeli barang mahal2. Kad kredit Edrian itu digunakan Erina untuk membeli makanan di universiti, bahan2 ilmiah dan keperluan yang penting saja. Kalau dia ada niat mahu membeli hadiah untuk adik2nya pun Erina akan meminta izin Edrian dulu.
Sebaik saja Erina keluar dari bilik, kelihatan Edrian sedang bersandar pada sofa sambil bermain telefon. Lelaki itu memakai hoodie dengan jeans. Automatik berkerut dahi Erina.
Eh, mamat ni. Aku ingat dia sambung tidur? Rupanya dah siap mandi dah?
"Awak nak pergi mana ni?" Soal Erina, pelik melihat Edrian bersiap seperti mahu keluar.
"Kau yang cakap nak pergi mall kan." Balas Edrian tanpa mengalih pandangan dari skrin telefon.
"Tapi saya boleh naik Grab." Protes Erina. Rupanya lelaki itu bersiap tadi, ingatkan sambung tidur.
YOU ARE READING
My Sweet Cupcake 🧁✔️
RomanceHidupnya tidak dilimpahi kemewahan dan harta, namun Erina Natasha bersyukur dengan apa yang dia ada. Dia gembira tinggal di Mahligai Zaaba, sebuah rumah anak yatim bersama ayah angkatnya, Ayah Daud dan kanak2 yang lain. Erina tak mampu menyambung pe...