BAB 64 (END)

5.8K 225 27
                                    

Erina tidak menyangka kisah hidup mereka akan tertulis begini.

Mereka berkenalan pada satu pertemuan yang tidak dijangka. Jika Erina tidak bertembung dengan Edrian di belakang kelab malam semasa dia sedang membelasah seseorang, adakah mereka akan bersama seperti ini?

Bila difikirkan semula, Edrian berubah 360 darjah sejak pertemuan pertama mereka. Daripada seorang lelaki yang angkuh dan bergelumang dengan dosa...kepada lelaki penyayang dan setia yang telah kembali ke jalan Allah. It's a long way, but they did it together.

Erina masih ingat apabila Edrian memaksanya untuk berkahwin disebabkan desakan Dato Syukri. Eh, lepas tu selamba dia je mengugut nak lapor polis sebab kes Erina pukul kepala dia dengan botol kaca kalau Erina tak nak kahwin dengan dia.

Aish, geram betul bila diingatkan balik. Nasib la sekarang dah sayang. Hehe.

Namun, semua itu yang membawa mereka ke sini. Daripada kenangan pahit itu, perlahan-lahan memori manis dicipta sepanjang perjalanan mereka.

Sedang Erina termenung jauh, tiba2 Edrian datang dari belakang, tangannya memeluk tubuh gadis itu sambil mengusap perutnya yang sudah sarat. Ya, sangat sarat. Sudah 8 bulan berlalu sejak mereka menerima berita gembira itu. Sekejap saja masa berlalu.

"What are you thinking about, cupcake?" Soal Edrian lembut sambil mengucup rambut Erina.

"Saya fikir...tentang betapa nakalnya awak dulu." Balas Erina sambil ketawa kecil.

"Aik? Kenapa you ingat balik zaman jahiliah tu?"

"Yela, takkan nak lupa. Dah la paksa2 orang kahwin dengan dia." Usik Erina lagi.

Wajah Edrian memerah, malu dengan sikapnya dulu. Banyak kali dia sudah menyakiti Erina, betapa berdosanya dia dengan gadis itu.

"Yela, I tau la I jahat dulu. I banyak sakitkan hati you. Tapi I kan dah minta maaf. You pun dah maafkan. Kenapa? You menyesal ke kahwin dengan I?" Soal Edrian, sedikit takut yang Erina mungkin masih rasa menyesal kerana mengahwininya.

"Alaa awak ni. Saya gurau jela. Kita nak ada anak dah pun, kalau menyesal pun macam dah terlambat." Erina tersengih, kepalanya bersandar di dada bidang lelaki itu.

"Ish, dia ni kan."

Erina terdiam seketika, matanya melihat ke luar dinding kaca, memerhatikan kereta lalu lalang di bandaraya yang sibuk itu.

"It's a long journey." Tuturnya perlahan, tangan mengusap lembut kandungannya yang semakin membesar. "Mungkin dulu kita tak sehaluan. Awak dengan cara awak, saya dengan cara saya. We had different paths...but now it's becoming one."

"Saya sayang awak, Edrian. You don't have to worry about a thing."

Edrian tersenyum, hatinya berbunga mendengar kata2 manis isterinya itu. Jarang Erina mahu meluahkan perasaannya, keikhlasan gadis itu terasa sehingga ke pangkal hati.

"You change me, Erina. You help me find a light in the darkness. I tak tau apa yang akan jadi dengan hidup I kalau you takde. Setiap hari I bersyukur sebab Allah kurniakan you untuk I. Thank you, love."

Erina sangat bahagia sekarang, tidak pernah dia sangka kehidupannya akan sebahagia ini. Sehinggakan dia takut suatu hari nanti bahagia ini akan diambil kembali, meninggalkan dia dalam kegelapan.

Namun, Erina tahu selagi mereka tidak pernah putus dalam mencari redha Allah, hubungan ini akan kekal ke jannah di atas izin-Nya. Selagi hati mereka bertaut, selama itulah seorang Erina Natasha akan sentiasa menjadi milik seorang Edrian Emmet.

"I love you, my sweet cupcake."

* * * * * * * * * * * * * * * * * * *

THE END

* * * * * * * * * * * * * * * * * * *

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Final Words

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi saya akhirnya dapat menamatkan siri My sweet Cupcake setelah hampir setahun tergantung. Saya tahu ramai pembaca yang tertunggu-tunggu dan tidak puas hati dengan 'kehilangan' saya selama 10 bulan ini. (Terutamanya yang dari awal menyokong novel ini)

Sejujurnya, it's because of a writer's block. Saya tak dapat nak cari inspirasi, idea dan semangat untuk sambung cerita ini yang masih tertangguh. I tried, but failed a lot of times. Dan untuk itu, saya mohon maaf kerana telah 'mengabaikan' para pembaca sekalian.

Saya minta maaf juga kalau terdapat kekurangan dalam saya mengarang cerita. Terima kasih kerana sudi membaca sehingga kini ❤️

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now