BAB 12

8.1K 594 82
                                    

Erina duduk di meja belajar, menyiapkan assignment nya yang tertangguh. Sudah 2 hari dia pulang dari Mahligai Zaaba.

Jam baru menunjukkan pukul 9 malam. Maka, Erina masih ada peluang untuk menyelesaikan tugasannya secepat mungkin.

Knock! Knock!

Erina mengeluh apabila mendengar pintu biliknya diketuk. Apa lagi la mamat Edrian tu nak. Aku banyak kerja ni.

Mahu tak mahu, Erina bangun lalu membuka pintu biliknya.

Erina agak terkejut melihat Edrian memakai tuxedo hitam dengan rambut yang disisir rapi. Lelaki itu kelihatan sangat elegan dan bergaya. Mimpi apa mamat ni pakai tuxedo malam2?

"Awak nak pergi majlis tarian ke Edrian?" Soal Erina, spontan.

"Do I look good? Ohh, of course I am," balas Edrian, yakin dengan keterampilannya. "You don't have to stare at me too long though."

Erina buat muka. "Eee, perasannya dia ni."

Edrian ketawa kecil. "I'm going to a business party tonight. Not sure when I will come back though. Don't miss me okay, cupcake."

Edrian mencubit pipi Erina lalu dengan pantas gadis itu menepis. "Yela, yela. Pergi cepat."

"Sometimes I feel like this house is yours, not mine."

Edrian mengusap rambut Erina dengan kasar membuatkan gadis itu menjerit kecil. Habis kusut rambutnya. Erina buat muka.

"Eee, dia ni kan." Rungut Erina.

Edrian berlalu pergi sebelum Erina membalas dendam. "Bye, cupcake."

Erina hanya memerhati Edrian melangkah keluar dari rumah itu. Kemudian, dia menutup pintu. Tugasannya masih banyak perlu dibuat.

*     *      *

Royal Reiss Hotel

Business party yang diadakan di hotel mewah itu penuh dengan ahli perniagaan berjaya. Masing2 dijemput oleh Dato' Reiss sendiri yang merupakan pemilik hotel tersebut dan juga pemilik beberapa syarikat gergasi di Malaysia.

Edrian seperti biasa dikerumuni wanita2 jelita dengan gaun mereka yang berkilau-kilau. Edrian yang sememangnya bermulut manis hanya melayankan saja wanita2 itu. Harry pula menunggu di luar hotel.

"Edrian, long time no see. I miss you so much. What are you up to?" Soal seorang wanita dengan gaun purple gaya 'off-the-shoulder' yang mendedahkan bahunya.

"Yeah, where have you been these days. Haven't heard from you." Sokong wanita berambut ikal dengan dress labuh sendatnya.

Wanita yang lain juga menyerang Edrian dengan soalan2 yang sama membuatkan Edrian pening mahu melayan.

"I'm quite busy these days, girls. It's been a hectic month." Balas Edrian dengan senyuman manis, memberikan jawapan selamat.

"Hey, Edrian. Long time no see."

Edrian mengangkat wajah dari wanita2 itu untuk memandang gerangan yang menegurnya. Kelihatan Tan Sri Lee, salah seorang jutawan berjaya Malaysia sedang tersenyum lebar di hadapan matanya.

Edrian meminta diri daripada wanita2 itu untuk berbual dengan Tan Sri Lee. Kemudian, dia berdiri di hadapan lelaki itu.

Edrian membalas senyuman lelaki itu. "Hello, how are you, Tan Sri?"

"Ahh, this old man is fine. How about my favourite junior? You got more handsome now, huh?" Puji Tan Sri Lee dengan tawanya.

Tan Sri Lee merupakan senior yang dihormati Edrian dalam dunia perniagaan. Selain Dato Syukri, Tan Sri Lee juga banyak memberikan tunjuk ajar kepada Edrian semasa dia mula2 menceburkan diri dalam bidang ini.

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now