BAB 36

8.7K 669 133
                                    

"Kenapa...mata Naufal tak sama macam mata abang?"

Edrian berkerut dahi mendengar soalan Naufal. Kanak2 lain seperti Julia, Irfan dan Sayyan juga ada di situ menanti jawapan Edrian. Sejak dia dan Erina tiba di Mahligai Zaaba pagi tadi kanak2 itu mula menyerang Edrian dengan soalan2 pelik.

Kenapa matahari tak keluar waktu malam? Kenapa langit warna biru? Edrian sendiri tidak tahu mengapa kanak2 ini bertanya soalan2 itu tiba2.

Edrian merenung Erina yang sedang berbual dengan Ayah, izzati dan Dhia di hadapannya. Seolah dapat merasakan renungan Edrian, Erina menoleh memandang lelaki itu.

Edrian berbisik perlahan ayat 'save me' membuatkan Erina ketawa kecil. Dia bangun dari sofa lalu memeluk kanak2 itu erat.

"Naufal, Sayyan, Julia, Irfan. Nanti2 ya berbual dengan Abang Edrian. Abang penat bawak kereta tadi." Tegur Erina, lembut.

Kanak2 itu mengangguk faham lalu segera berlari untuk bermain di halaman rumah bersama kanak2 lain.

"Thank you. I just can't find the answer to their 'brilliant' questions." Ucap Edrian.

Erina ketawa. "Budak2 memang macam tu. Banyak benda yang dorang tak faham sebab tu dorang suka bertanya." Terang Erina membuatkan Edrian mengangguk.

"Saya nak masak ni. Awak rehat la kat bilik dulu."

Edrian mengangguk lagi. Dia hanya memandang Erina menuju ke dapur sehinggalah kelibat gadis itu hilang.

Lelaki itu meminta izin Ayah Daud untuk berehat sebentar lalu dia menuju ke arah bilik tidurnya. Baru saja Edrian mahu membuka pintu bilik, tiba2 pintu itu terbuka sendiri dari dalam. Edrian terkejut melihat Harith sudah terpacak di dalam dengan senyuman lebar.

"Saya dah bawak beg abang dengan kak Erin dalam bilik. All done. Ada apa2 boleh saya bantu lagi?" Soal Harith, bersemangat.

Edrian berkerut melihat senyuman Harith yang terlebih ceria itu. Kebiasaannya budak lelaki itu tidak berkelakuan sebegitu dengannya.

"Err, takde. Terima kasih." Balas Edrian.

"Okay! Kalau ada apa2 bagitau je. I'm at your service, sir!"

Harith keluar dari bilik itu namun matanya masih melekat pada Edrian dengan senyuman lebarnya. Edrian pula yang terasa seram sejuk dengan budak lelaki itu lalu dia segera masuk ke dalam bilik.

* * *

Edrian memukul paku pada kayu itu menggunakan penukul besi. Kemudian, dia mengambil paku yang dikepit di bibirnya lalu diketuk lagi. Selepas itu Edrian melangkah ke belakang sedikit untuk melihat hasil kerjanya.

Bumbung kayu rumah kanak2 itu kelihatan seperti baru semula. Edrian mengesat peluh di dahinya. Sejak tadi dia bertukang untuk membaiki bumbung rumah kayu itu.

Rumah mini itu dibina ayah Daud untuk kanak2 Mahligai Zaaba bermain namun beberapa hari lepas bumbung rumah itu runtuh dek kerana angin kuat. Lalu, kanak2 itu meminta bantuan Edrian untuk membaikinya. Melihat wajah berharap kanak2 itu membuatkan Edrian tidak sampai hati mahu menolak.

Kanak2 itu mula bersorak gembira melihat rumah kayu mereka sudah siap dibaiki lalu mereka memeluk kaki Edrian memandangkan ketinggian mereka hanya separas lutut lelaki itu saja.

"Terima kasih Abang!!!" Ucap mereka serentak.

Edrian hanya tersenyum sedikit. Ini kali pertama dia bertukang dan membuat kerja berat seperti itu. Dia kepenatan namun penatnya hilang melihat kanak2 itu gembira. Kemudian, mereka mula bermain pondok2 di rumah itu.

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now