Hidupnya tidak dilimpahi kemewahan dan harta, namun Erina Natasha bersyukur dengan apa yang dia ada. Dia gembira tinggal di Mahligai Zaaba, sebuah rumah anak yatim bersama ayah angkatnya, Ayah Daud dan kanak2 yang lain.
Erina tak mampu menyambung pe...
Blanca, Nafisa, Harris dan Erina berdiri tegak memandang apa yang berada di hadapan mereka sekarang. Masing2 kaku dan speechless. Kejutan budaya.
Disebabkan ingin tahu, mereka mencari maklumat tentang resort ayah Theo di internet semalam. Dan mereka kagum membaca bahawa resort itu sangat mewah dan popular di kalangan orang kaya di atas sebuah bukit yang cantik. Namun...mereka tak sangka resort itu sebesar ini apabila dilihat depan mata.
Resort ini seperti resort biasa namun satu 'bilik' di sini adalah bersamaan dengan gambar di bawah 👇 Terdapat juga 'bilik' yang lain di sekeliling bukit itu. Sebuah 'bilik' memiliki empat tingkat. Ya, 'bilik' la sangat.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Dan juga, disebabkan resort ini berada di atas bukit, mereka perlu menaiki sebuah pengangkutan untuk naik ke atas. Apa yang baru saja mereka naiki adalah sebuah...cable car. CABLE CAR, GUYS!
Orang kaya memang dahsyat. Cable car pun mereka mampu beli dan bina. Memang kejutan budaya untuk mereka yang hidup biasa2 ni.
"Guys! Come on! Let's check in inside!"
Mereka serentak memandang Theo yang sudah bergerak ke hadapan. Lelaki itu memakai kemeja lengan pendek dengan seluar paras lutut, sun hat dan cermin mata hitam. Dah macam kat tepi pantai pulak mamat ni.
"Hey, Theo. Are sure this is a resort? It's too...hmm luxury." Komen Blanca. Harris dan Nafisa mengangguk setuju.
"Huh? This is really a resort. There are a lot of other customers here too. Most of them are my father's acquaintances." Terang Theo. "Forget that. Let's go in!"
Mereka hanya mengangguk saja lalu mengikuti Theo masuk ke dalam suite mereka itu. Mereka tergamam lagi dengan kecantikan dalaman bangunan yang mereka masuki itu. Dengan chandelier besar di tengah2 syiling.
Kemudian, Theo membawa mereka naik ke tingkat tiga suite itu. Mereka terlopong lalu mula menuju ke beranda. Pemandangan di atas itu sangat2 menakjubkan. Kehijauan pokok2 dan bukit2 di sekitar kelihatan sangat menenangkan.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Memang tepat keputusan mereka untuk datang ke sini. Melihat pemandangan itu saja sudah melegakan minda mereka.
Erina membiarkan angin dingin menyapa wajahnya. Tudungnya terlambai-lambai dek angin. Hatinya sedikit tenang dapat menghirup udara segar.