Kerana hasrat dua pihak keluarga,hidup Alya Qaisara dan Adam Rayyan huru-hara! Dek kerana itu,mereka sering bergaduh dan berperang mulut setiap kali berjumpa sehingga menyebabkan masing2 tidak dapat mengawal emosi lantas berkata kata tanpa berfikir panjang. Rayyan pantang apabila perempuan itu memperkecilkannya,dikatakan pengecut kerana takut dengan hasrat keluarga mereka,lantas dia membuat cabaran supaya Alya Qaisara berkahwin dengannya! Apatah lagi tanpa berfikir panjang ,Alya Qaisara menerima cabaran itu! Selepas berkahwin,perang mulut kuat dilancarkan sesama mereka. Namun apa dayanya,setiap kali mereka bergaduh pasti ada sesuatu yang romantik terjadi antara mereka. Bibit bibit cinta mula timbul dalam hati namun muncul orang ketiga,Husna. 'I nak you tinggalkan Rayyan'-Husna 'Amboi,banyak cantik,kenapa saya yang kena tinggalkan Rayyan,saya isterinya'-Alya Alya bukan calang calang heroin biasa,ingat semua heroin lemah ,sedih,ayu begitu?? NO!!itu bukan Alya Alya vs Husna ,siapa yang bakal menang?? Pandai menjawab dan tak mudah tertipu,itu Alya!!!