Start : 17 April 2020 End : 6 Mei 2020 Kerana Ariff tidak mahu di kahwinkan dengan Rita, aku menjadi kekasih olok-oloknya. Cukup syarat, hanya sampai Ariff bertemu dengan kekasih yang betul-betul serasi dengannya. Namun tak sempat kami bernafas, ibu Ariff sudah masuk meminangku. Aku dan Ariff terperangkap. "Kita kahwin je lah. Nanti lepas kahwin kalau serasi kita teruskan je. Kalau tak serasi, kau cari pasangan kau sendiri. Aku cari lah pasangan aku sendiri. Lepas tu kita cerai." - Ariff. Semudah itu aku menerima cadangannya. Hanya kerana dari dulu aku sudah menyimpan perasaan terhadap Ariff. Satu-satunya teman lelaki yang aku rapat. Rita, Dari sekolah dia adalah mimpi ngeri bagi Ariff Seorang kanak-kanak perempuan yang mempunyai bentuk badan besar serta pembuli. Disebabkannya Ariff jadi fobia dengan perempuan sehinggakan dia hanya mempunyai seorang sahaja kawan perempuan, iaitu Lydia. Setelah berpuluh tahun, dia muncul semula dan akan disatukan dengan Ariff. Tidak! Tidak! Tidak! Hanya itu sahaja jawapan Ariff tanpa bertemu dengan Rita. Namun setelah aku dan Ariff berkahwin, lain pula yang jadinya. "Aku jumpa Rita tadi. She is fuckin hot. Kenapa aku tak jumpa je dia dulu sebelum kahwin?" - Ariff. Hati aku terluka. Mana tidaknya, misi aku adalah mencuri hati Ariff setelah kami berkahwin. Mempamerkan sisi lain ku kepadanya yang tak pernah dia lihat. "Kita cerai?" - Ariff. "Kau pentingkan diri Ariff! Aku benci kau!" - Lydia. "Rita suka dia dari kecil lagi. Salah ke Rita nak lelaki yang Rita cinta?" - Rita. Support my new story dengan tekan button STAR, KOMEN dan SHARE okeh! I will write more. Thanks , Facebook : Ammara Ayyash Instagram : ammaraayyash
16 parts