[Bab baru setiap hari jam 9 malam.] "Kau menarik. Aku nak simpan kau. Tapi untuk simpan kau, kau kena benci aku." Ular. Di hadapan semua orang, si jejaka tidak ubah seperti malaikat. Tetapi sebaik sahaja si jejaka berpaling, topeng malaikatnya terus berganti dengan wajah syaitan. Sungguh tak beruntung, Irdina adalah antara insan yang terpilih untuk melihat wajah syaitan Eiyad. "Eiyad, aku bagitahu kau awal-awal. Aku bukan Irdina sama yang kau pernah kenal. Aku tak akan terpukau dengan kata-kata dusta kau lagi! Kau tak boleh kenakan aku macam dulu!" Bertemu jejaka itu semula, perangai si Eiyad memang langsung tak berubah. Masih lagi memegang takhta manusia berperangai ular. Namun ada sesuatu yang pelik tentang Eiyad. Pertemuan semula mereka berdua sangat tidak klishe. Irdina terlanggar Eiyad sewaktu lelaki itu sedang melarikan diri daripada beberapa orang individu mencurigakan. Setelah sembilan tahun hilang tanpa khabar berita, kemunculan semula Eiyad menimbulkan beribu tanda tanya. Kesan tikaman pada badan jejaka itu buatkan Irdina mula berteka teki seorang diri. Eiyad yang berdiri di depan dia kini mungkin bukan Eiyad si ular. Mungkin si ular kini sudah jadi anakonda. Dan Irdina sekali lagi terperangkap dalam rimba si Eiyad.