Bab 22

7 1 0
                                    

24 Ogos 2015

PINTU bilik seni ditolak. Kelihatan Eiyad sedang duduk di tepi tingkap dengan earphone di telinga. Irdina berdiri di hadapan Eiyad.

"Yang laporkan tentang kertas curi tu kau ke? Kau yang bagitahu cikgu, aku pencurinya?" Soal Irdina inginkan jawapan.

Fikir Irdina, mungkin Hajar atau rakan sekelas lain mahu menyelamatkan diri mereka jadi mereka beri nama Irdina kepada cikgu. Namun ternyata, pelapor kes kertas curi itu adalah Eiyad. Sahabat yang baru sahaja semalam mempertahankan dirinya di hadapan semua orang.

"Kau tahukan yang aku tak sentuh pun kertas tu. Kenapa kau bagi nama aku?"

"Kalau aku tak bagi nama kau pun, budak-budak tu tetap akan bagi nama kau dekat cikgu."

"But still! You should not have done that! You out of all should not have done that! Mereka tak suka aku tapi kau kawan aku! Kau kata kau kawan aku!" Bentak Irdina.

Eiyad mencabut earphone di telinganya.

"Aku kata aku kawan kau. Tapi aku tak pernah kata aku suka kau."

Tubuh Irdina kejung. Terkesima dengan kata-kata Eiyad. Eiyad bangun dari duduknya. Irdina memandang mata Eiyad. Wajahnya yang selama ini sentiasa terbias jelas di dalam mata jernih itu entah kenapa kini hanya terlihat samar-samar.

"Aku benci kau."

-Mubram-

"WHEN he said he hate me, do you think he meant it?"

Soalan yang bertahun lamanya bermain di dalam fikiran diaju kepada rakan asing di dalam talian.

"I think he hated you."

Jawapan Potato buatkan Irdina segera mengetik papan kekunci, ingin membantah pendapat gadis itu. Namun Potato lebih pantas membalas.

"If you agreed with my opinion. Then he did hate you. But if you are trying to find reasons to invalid my statement. Then he did not hate you."

Jari Irdina berhenti mengetik. Beberapa lagi mesej baru muncul satu demi satu di paparan komputer riba.

"You spend times with your ex fiance for five years. But you can barely finish a paragraph when you talk about him."

"Meanwhile you know this guy only for about five months. Meet him again after almost eight years. Yet you can write unending essays about him without I'm asking. Compared to me, you would definitely know him better."

Irdina mula termenung. Memikirkan semula kata-kata Potato. Benar. Jika tentang Eiyad. Irdina boleh bercerita tanpa henti berkenaan lelaki itu selama berjam-jam. Irdina tahu muka apa yang Eiyad buat bila dia makan makanan yang dia suka. Irdina tahu muka apa yang Eiyad buat bila dia tersalah beli barang di kedai. Irdina tahu muka apa yang Eiyad buat bila dia bercakap jujur dan bila dia berbohong.

Irdina tahu.

Tapi kenapa?

"But then again... I can't really seem to find any reason to justify why he frame and end your friendship. Something just dont seem to add up. From your story, it seems like he did treat you nicely. Why would someone who hate you treat you nicely? Did you ever try to ask him? Why he said he hate you before?"




-Mubram-

IRDINA turun dari tingkat atas. Tidak ada suara riuh rendah kedengaran seperti selalu. Hanya bunyi televisyen di ruang tamu sahaja memenuhi segenap penjuru.

"Kak Ngah? Turun nak sarapan ke? Nasi goreng pagi tadi ada lagi."

Puan Masyitah yang sedang mengangkat bakul baju untuk dibawa ke ampaian luar menegur. Irdina menggeleng. Sekeliling diperhati.

"Mana semua orang?" Soal Irdina.

"Hari ni kan hari Isnin. Along dan ayah dekat tempat kerja. Adik-adik kamu semuanya dekat sekolah," ujar Puan Masyitah.

Irdina garu pipi. Lama sangat duduk dalam bilik. Hari ini hari apa pun dia tidak sedar.

"Tadi Eiyad ada datang. Dia belikan kamu roti canai. Irdina, mama tahu kamu masih sedih tentang Farhan. Tapi Eiyad tu hujung minggu ni dia kata dia nak balik luar negara dah. Apa kata kamu keluar pergi jalan-jalan lagi dengan dia. Lepas ni tak tahulah bila pula boleh jumpa si Eiyad tu."

Puan Masyitah mengangkat bakul dan terus menapak ke luar rumah menerusi pintu belakang. Ampaian baju rumah mereka ada di bahagian belakang rumah.

Irdina melemparkan pandangan ke pintu utama rumah mereka yang tertutup rapat. Dengar sahaja kata-kata si ibu, Irdina tersedar sesuatu.

Banyak benda yang dia tahu tentang Eiyad. Namun kebanyakan perkara itu hanyalah berkaitan dengan sikap dan personaliti Eiyad semata-mata. Latar belakang Eiyad, kehidupan Eiyad, keluarga Eiyad, Irdina tidak tahu apa-apa.

Sama ada benar atau tidak si jejaka akan keluar negara, itu pun Irdina tidak tahu.

Namun hal tersebut tidak mengubah fakta yang Eiyad tetap akan pergi tak lama lagi.

Kalau Irdina mahu mencuba untuk mengenali Eiyad sekarang, pasti sudah terlambat bukan?

Irdina berpatah balik, mahu naik ke bilik. Baru satu anak tangga didaki. Bunyi sesuatu pecah dari arah halaman rumah kedengaran. Keadaan jadi riuh rendah. Puan Masyitah yang berada di ampaian belakang terus masuk ke dalam rumah semula.

"Kenapa tu kakak?"

"Tak tahu," jawab Irdina.

Puan Masyitah bergerak ke pintu hadapan mahu mencari tahu apa yang terjadi. Irdina pula tidak jadi hendak naik ke tingkat atas semula dan lantas mengubah haluannya mengekori sang mama. Sempat dia mencapai tudung sarung mama yang tersangkut di kerusi meja makan.

Tatkala dua beranak itu tiba di luar rumah, kelihatan jiran-jiran yang lain turut sama keluar dari rumah mereka. Ada beberapa buah kereta terparkir di hadapan rumah mereka kini. Di tepi kereta itu pula ada beberapa orang lelaki dengan suit hitam sedang berdiri tegak lagak pengawal.

Irdina tercari-cari arah punca bunyi pecah tadi. Pada ketika itu dia terpandang serpihan pasu berselerakan di atas jalan. Irdina kenal serpihan pasu tersebut. Itu adalah pasu yang mamanya letak di hadapan homestay mereka.

"Kau ni memang tak kenang diuntung!"

Pang!

"Sentiasa menyusahkan aku!"

Pang!

Mata Irdina membulat. Di layar matanya kini ada seorang wanita berpakaian mewah sedang menampar seorang jejaka yang amat dia kenali. Dari figura wanita itu sahaja Irdina pasti wanita tersebut adalah wanita yang sama dia pernah lihat di pintu pagar belakang sekolah lapan tahun lepas. Dan tidak ubah seperti lapan tahun lepas, wanita itu kini sedang memukul Eiyad, yang hanya diam kaku tidak membalas.

Melihatkan situasi tersebut, tanpa berfikir panjang Irdina terus sahaja membuka pintu pagar rumahnya. Lelaki-lelaki lagak pengawal yang menghalang laluannya dirempuh. Tangan si wanita yang sekali lagi dihayun mahu memukul ditepis ke tepi dan Irdina segera berdiri di hadapan Eiyad, melindungi lelaki itu.

"BERHENTI PUKUL DIA!"

MubramWhere stories live. Discover now