Bab 21

9 1 0
                                    

"WEH, kau marah aku ke?"

"Weh, memanglah aku pernah cakap aku benci tapi aku tak maksudkannya pun."

"Irdina, aku tak benci kau. Orang gila je benci kau."

"Well, memang lah aku tahu aku dengan orang gila tak ada beza tapi aku tak benci kau."

"Irdina. Aku dah nak pergi ni. Kau memang serius nak biarkan aku pergi macam tu saja?"

"Aku nak pergi ni Ird."

"Okey, Ird aku minta maaf okey. Serius. Aku minta maaf."

"Aku tak benci kau. Aku tak nak kau benci aku."

"Kalau tak suka aku pun tak apalah. Aku tak akan paksa kau. Kita boleh jadi kawan."

"Tapi jangan benci aku."

"Irdina, janganlah benci aku."

"Irdina, kalau kau tak balas chat aku, aku panggil geng basikal aku. Baik kau balas sekarang."

Mesej daripada Eiyad berderu-deru masuk namun satu pun tidak dibalas Irdina. Dia sekadar membaca pesanan yang dihantar lalu telefon pintarnya dicampak ke atas katil. Irdina duduk di meja tulis lantas komputer riba dibuka. Aplikasi SMILE diketik, aplikasi yang memboleh orang asing berbual sesama mereka.

Kotak perbualan paling atas dengan ID nama Potato diketik. Jari jemari Irdina mula menari di atas papan kekunci komputer riba.

"Pot, are you there?"

Perkataan dalam talian muncul di atas ruang sembang setelah beberapa ketika berlalu.

"Hi, Light! I'm here. Need to talk?"

Pemilik ID Potato membalas pesanan Irdina.

"Yeah, I need to talk to you about something."

"About your ex fiance?"

"No, its about the boy from my old school I told you before."

"Aha, the one you hate so much? What happened?"

"If you dont mind. I want to tell you about our story. And I want to ask about your opinion."

"Of course I don't mind. You may proceed."

Irdina tarik nafas. Jari sambung menari di atas papan kekunci.



-Mubram-

4 April 2015

SETELAH disebat oleh guru disiplin atas sebab yang langsung tidak munasabah, Irdina bertekad mahu berjumpa dengan Eiyad Hanafi hari ini. Dia mahu buat perhitungan dengan Eiyad Hanafi. Disebabkan Eiyad Hanafi, tidak fasal-fasal satu sekolah fikir Irdina merokok. Imej yang cuba dijaga sebagai seorang pelajar berkaliber hancur musnah disebabkan fitnah si Eiyad!

Sampai sahaja di kelas 5 Orked, Irdina terus menjengukkan kepala ke dalam kelas dari pintu belakang. Setiap pelosok kelas diperhati namun Eiyad Hanafi tidak kelihatan di mana-mana.

"Aish! Menyampah betul lah aku si Eiyad tu. Acah bagus! Tengok muka dia, sumpah aku rasa nak tumbuk."

"Tahan sajalah. Papa aku kata kita kena ambil hati dia. In future he will be a great help for our family businesses."

"Tahu. Tapi kalau tak disebabkan dia anak orang berpengaruh, memang jangan harap aku nak dengar cakap dia. Perangai macam sial."

Perbualan beberapa orang pelajar lelaki menarik perhatian Irdina. Kalau tidak salah, Irdina rasa dia selalu nampak pelajar-pelajar itu melepak dengan Eiyad. Bukan ke mereka teman Eiyad? Kenapa mereka bercakap buruk di belakang Eiyad?

"Cari aku ke?"

Irdina ditegur seseorang dan dia lantas menoleh. Lihat sahaja Eiyad di belakangnya, Irdina terus tarik lelaki itu pergi. Irdina tarik Eiyad sehinggalah ke hujung balkoni. Jauh dari kelas 5 Orked.

Eiyad pandang Irdina pelik. Perasan akan pandangan pelik Eiyad, lengan blazer Eiyad yang digenggam tadi pantas dilepaskan.

"Kenapa?" soal Eiyad.

"Hah?"

Eiyad tersenyum melihat wajah bingung Irdina.

"Kenapa tarik aku sampai sini?" Soal Eiyad lembut.

"Ouh."

Irdina berdeham. Kiri dan kanan dipandang. Cuba mencari alasan yang sesuai. Eiyad menyeluk tangan ke dalam poket seluar.

"Budak-budak tu kutuk aku lagi ke? Kau tarik aku dekat sini sebab kau tak nak aku dengar mereka kutuk akukan?" Duga Eiyad.

Mata Irdina membulat.

"Macam mana kau tahu?"

"Aku ada ada dekat belakang kau. Aku dengar exactly apa yang kau dengar."

Irdina menggesel hujung tudungnya.

"Erk... aku tak rasa mereka maksudkannya. Mungkin kau ada buat diorang marah sebab tu diorang cakap macam tu. Kau jangan ambil hati tau. Jangan fikir sangat apa yang diorang cakap," pujuk Irdina.

Bibir Eiyad naik makin tinggi. Belakang tapak tangan diangkat menutupi separuh wajah agar senyumannya dapat disembunyikan. Apabila riak wajahnya sudah berjaya dikawal, Eiyad berdeham.

"Apa kata kita jadi kawan?"

Dahi Irdina berkerut.

Eh, sekejap.

Macam salah saja.

Irdina rasa dia datang jumpa Eiyad bukan untuk tujuan ini.

"Kalau mereka cakap buruk tentang aku lepas ni, kau boleh bawa aku lari lagi," usul Eiyad.

"Mereka selalu cakap buruk tentang kau?" Soal Irdina.

"Bukan selalu. Sentiasa. Kau mungkin nampak macam ramai orang suka aku. Tapi kebanyakan daripada mereka cuma berpura-pura suka aku."

"Kenapa?"

"To survive maybe. Bukan kau pun macam tu? Kau ambil hati kawan kau, layan mereka dengan baik supaya kau tak ditinggalkan berseorangan? Supaya kau tak diabaikan?"

Irdina menggeleng.

"Memanglah aku layan mereka baik sebab aku tak nak hidup seorang diri. Tapi aku memang suka berkawan dengan diorang. Aku tak pernah pura-pura suka diorang."

Ucapan Irdina didengari penuh minat oleh Eiyad. Seperti yang dia jangkakan. Gadis di hadapannya ini menarik orangnya.

"Lepas kau cakap macam tu, sekarang aku betul-betul teringin nak jadi kawan kau. Yang aku cakap dekat kau semalam fasal kau kena benci aku bla bla tu kau boleh lupakan. Fasal rokok tu pun aku minta maaf. Aku akan terang semuanya dekat cikgu. Irdina Fazira kan nama kau? Irdina, aku nak jadi kawan kau boleh?"

Sepasang mata Eiyad dipandang. Terlihat jelas biasan wajah Irdina dalam sepasang mata cerah itu.

"Erk... okey?"

"Nice! Jadi, mulai hari ini kau dan aku kawan. Sebagai kawan kau, aku nak minta tolong kau sesuatu."

Mata Irdina mengecil. Kenapa dia rasa... dia macam sekali lagi terjatuh dalam perangkap karnivor ya?

"Aku nak minta tolong, rahsiakan persahabatan ni. Tentang kau dan aku. Cuma kita berdua saja tahu."


MubramWhere stories live. Discover now