Bab 09

15 2 0
                                    

DUA barisan pengawal peribadi kelihatan berjalan mengiringi seorang wanita dalam lingkungan umur 50-an. Apabila wanita itu melintas, semua kakitangan yang ada terus bangun dan memberi tunduk hormat.

Meskipun sudah berusia, wanita itu masih terlihat begitu elegan dan bergaya. Wanita itu melangkah ke pejabat dengan pintu berpapan tanda, 'CEO Sun Rills Bhd'. Pintu dibuka oleh kakitangan bertugas dan hanya dua orang pengawal sahaja yang mengekorinya hingga ke dalam bilik pejabat. Pengawal yang lain mula bertebaran di sekeliling bangunan, bersedia di posisi masing-masing.

Beg tangan berjenama miliknya diletakkan di atas meja kerja lalu wanita itu terus duduk. Dua orang pengawalnya segera berdiri di hadapan wanita tersebut.

"Update?" Soal si wanita seraya mengeluarkan alat mekap dari dalam beg tangan.

"Hari ni dia akan keluar dari hospital."

"Dah tahu dia nak pergi mana?"

"Belum pasti Dato. Tapi sepanjang dia berada di berada di hospital, ada seorang perempuan ni selalu melawat dia."

"Siapa?"

"Itu pun... kami belum dapat pastikan lagi."

Aktiviti mengeluarkan alat mekapnya terhenti. Tanpa sebarang amaran, wanita dengan gelaran Dato itu terus melempar dan menyelerakkan barang yang ada di atas meja lagak orang gila.

"Dah tu kau tunggu apalagi? PERGI CARI TAHU SEKARANG!"

-Mubram-


SENYUMAN sinis Irdina dibalas dengan anggukan Eiyad.

"To seek your heart, I will." Dengan penuh yakin Eiyad berkata.

Senyuman sinis Irdina berubah menjadi senyuman sakit hati. Bercakap dengan si ular ni ada saja jawapannya. Tidak mahu mengalah, cincin pada jari manis kanannya ditala ke muka Eiyad.

"My heart currently not with me."

"No worries. Retrieve people heart is my expertise. People fall for me even when I don't put in any efforts."

Eiyad memandang ke hadapan.

"Weh, tu Jalan Merbuk. Nanti belok kiri."

Isyarat ke kiri diberi dan stereng dipusing Irdina. Setelah itu, pertelingkahan mereka berdua kembali bersambung.

"Aku benci kau Eiyad. Kau jangan fikir aku akan lupakan semua benda yang kau buat sebelum ni. Aku akan selama-lamanya benci kau. Nak dibandingkan budak-budak yang kau kata pembuli tu, apa yang kau buat berjuta kali ganda lagi teruk!"

"Aku buat apa? Ird, masuk kanan."

Isyarat ke kanan diberi dan stereng dipusing lagi.

"Tentang kertas bocor tu, aku tahu kau yang laporkan!"

"Irdina, nanti dekat sebelah kanan ada pintu gerbang taman perumahan, kau masuk sana."

"Jauh mana lagi?"

"Dalam dua kilometer lagi."

"Nak masuk lorong mana nanti?"

"Lepas masuk pintu gerbang tu kau straight saja. Rumah kedua hujung. No.129."

"Hah, okey."

Fokus memandu seketika, stereng kemudian dihentak Irdina.

"Apa-apa pun aku tahu kau yang laporkan benda tu! Disebabkan kau, aku kena gantung sekolah dua minggu dan hilang semua kawan aku!"

"Lah aku ingatkan dah habis tadi. Cik Irdina, kan aku dah cakap. Budak-budak tu tak layak dipanggil kawan. Kawan tak akan gunakan kau untuk buat benda yang jelas lagi nyata salah. Tapi aku mengaku, aku memang buat laporan tu supaya mereka abaikan kau."

Kereta dihentikan Irdina betul-betul berhadapan dengan rumah bernombor 129 dan brek tangan terus ditarik. Dia lantas berpaling memandang Eiyad dengan muka tidak puas hati.

"Nampak tu! Aku dah agak! Aku dah agak kau memang sengajakan?!"

"Betul. Aku memang sengaja. Orang baik macam kau, tak patut bergaul dengan budak-budak tu. Mereka tak tahu hargai kebaikan kau."

Irdina terdiam. Sunyi. Mereka berdua saling berbalas pandangan dan suasana perlahan-lahan berubah janggal tatkala masing-masing tidak bersuara.

"Tunggu apalagi? Bukalah pintu." Eiyad memecah sepi.

"Ouh, ya. Dah sampai. Lupa pula. Lupa nak buka lock," bebel Irdina dalam ayat yang berantakan. Lock kereta dibuka Irdina dan Eiyad terus meloloskan diri keluar. Topang ketiaknya yang berada di tempat duduk belakang turut ditarik keluar.

Irdina membetulkan selendangnya dan bersiap sedia untuk pulang. Ikut perancangan Irdina, setelah menghantar Eiyad, dia memang mahu terus pulang ke rumah. Sekeliling dipandang untuk mencari ruang agar dia boleh mengundur kereta dan memandu pergi. Namun pada ketika itu Irdina tiba-tiba tersedar sesuatu.

"Sekejap."

Irdina pandang belakang, pandang depan semula, pandang kiri lalu pandang kanan. Pintu kereta di bahagian pemandu dibuka dan Irdina terus turun dari kereta. Irdina berpusing setempat.

"Eh, sekejap. Ni rumah aku!"

Irdina menoleh. Kelihatan Eiyad sedang berborak dengan seorang wanita yang sangat Irdina kenali.

"Mama!"

"Hah, kakak. Baru reti nak turun?" Tegur Puan Masyitah.

"Apa ni? Apa yang dah jadi? Kenapa kau berborak dengan mama aku? Aku suruh kau tunjuk jalan pergi rumah kau. Bukan rumah aku!"

"Aku tunjuk jalan rumah akulah."

"Ini rumah aku. Bukan rumah kau!"

Jari ditunding Eiyad ke arah rumah Irdina.

"Unit 128 ni rumah kau."

Kemudian jari ditunding pula ke arah bertentangan.

"Unit 129 ni rumah aku."

"Hah?"

"Mama bagi dia sewa homestay kita ni. Dia kata dia kawan kamu. Kan?"

Puan Masyitah memandang Irdina dan Eiyad silih berganti. Eiyad berdeham. Kakinya yang bersimen digoyang-goyangkan sedikit oleh Eiyad, mengugut. Bibirnya diketap Irdina. Nafas dalam ditarik dan dihela.

"Betul lah tu. Dia kawan kakak," ujar Irdina sambil ketawa.

"Haha. Tadi kakak saja buat lawak. Betul. Dia kawan lama kakak. Mak ayah dia duduk luar negara. Dia ni pun baru balik Malaysia lepas lapan tahun lesap. Balik-balik tiba-tiba kemalangan tak ada orang nak jaga. Sebab tu dia minta tolong kakak. Dia tak ada kenalan dekat dunia ni sebab tu dia tiba-tiba muncul menyusahkan kakak," ujar Irdina dengan senyuman paksa.

Eiyad menjeling Irdina dan jelingannya terus dibalas si gadis. Mereka bertarung mata untuk beberapa saat sebelum Puan Masyitah datang mencelah.

"Tak apalah. Dah Eiyad tak ada sesiapa nak tolong mestilah kita kena tolong. Eiyad dah makan?"

Tautan mata mereka diputuskan Eiyad dan jejaka itu terus memandang Puan Masyitah. Senyuman ularnya terus diukir di bibir.

"Belum lagi."

"Kalau macam tu marilah makan dekat rumah mak cik. Kamu tak bawa barang ke?"

"Ada. Dekat hotel. Nanti saya upah orang tolong ambilkan."

"Tak payah upah. Tu Irdina ada. Kakak, nanti pergi ambil barang Eiyad bawa datang sini."

"Ma!"

Irdina merengek tidak puas hati. Eiyad tersengih.

"Dah, pergi ambil cepat. Takut Eiyad nak guna. Eiyad jom masuk," ajak Puan Masyitah.

"Barang aku dekat Hotel Kahni. Kau sebut je nama aku nanti diorang bagi barang," ujar Eiyad lantas mengekori Puan Masyitah dengan langkahnya yang terhencot-hencot.

Irdina hentak kaki.

Nampaknya tak ada pilihan lain lagi. Dia kena singkirkan si ular sawa ni dengan segera!


MubramWhere stories live. Discover now