Bab 20

13 1 0
                                    

DUA bulan berlalu sejak pertunangan Irdina dan Farhan diputuskan. Pulang sahaja dari family day, Irdina terus ambil keputusan untuk berhenti kerja dan berkurung di rumah. Langsung tidak keluar. Keluarga Irdina semuanya khuatir dengan keadaan Irdina namun mereka sekadar membiarkan sahaja Irdina buat apa yang dia mahu.

Jadual Irdina berubah mendadak. Setiap hari dia hanya akan duduk di dalam bilik, membaca buku dan keluar untuk makan sahaja. Hari demi hari dibiarkan berlalu seolah-olah tak ada makna. Kadang-kadang Irdina akan duduk di tepi tingkap. Termenung berjam-jam sambil melihat ke langit. Tidak berbicara dengan sesiapa.

Dalam hidup Irdina yang terasa begitu kosong tidak bermakna, hanya Eiyad seorang sahaja yang masih tidak berputus asa untuk cuba berkomunikasi dengan gadis itu. Beratus chat dihantar setiap hari. Apabila Irdina duduk di tepi tingkap, Eiyad pasti akan berdiri di halaman rumah, cuba menarik perhatian Irdina. Namun Irdina tidak bagi sebarang reaksi. Dia tidak berkelahi dengan Eiyad seperti biasa. Eiyad sekadar diabaikan.

Hari ini hari Irdina sama seperti hari-hari sebelumnya. Buku novelnya dicapai dan Irdina berbaring di atas katil, membaca. Baru tiga halaman ditelaah, bunyi sesuatu dibaling ke tingkapnya kedengaran. Irdina mengeluh. Tahu sangat Irdina, pasti Eiyad yang baling batu ke tingkapnya. Pada mulanya Irdina sekadar buat tidak tahu, namun makin lama makin rancak pula Eiyad baling batu. Siap terpekik-pekik nama Irdina lagi.

Tubuhnya dipaksa bangun dan Irdina terus bergerak ke tingkap. Niat mahu menutup langsir tetapi Eiyad bagi isyarat 'tunggu'. Irdina pandang Eiyad dan jejaka itu pantas menunding ke kakinya sambil tiga jari diangkat dengan sebelah lagi tangan.

Nafas berat dihela Irdina.





-Mubram-

EIYAD melompat setempat. Setelah dua bulan berlalu, cast di kakinya akhirnya dibuka. Irdina dengan muka tidak berperasaan berjalan di belakang Eiyad yang terlompat-lompat. Cepat betul masa berlalu. Sedar tak sedar kaki Eiyad sudah pun sembuh. Ternyata tiga bulan adalah waktu yang sangat singkat.

Keluar sahaja dari pintu utama hospital, Irdina terus belok ke kiri, mahu menuju ke tempat parkir kereta. Namun langkah Irdina segera dihalang Eiyad.

"Jom pergi sana."

Eiyad menunding ke arah papan tanda taman hospital. Irdina tayang wajah tidak mahu tetapi Eiyad pantas buat wajah sedih.

"Doktor kata aku kena banyak berjalan. Jomlah teman aku."

Beg tangan yang dijinjit Irdina dipaut Eiyad lalu digoyangkan ke kiri dan kanan, memujuk gadis itu. Irdina melepaskan beg tangannya. Dengan wajah rela tak rela, Irdina terus membuka langkah ke arah taman hospital. Eiyad tersenyum girang. Dia segera menyamakan langkahnya dengan Irdina agar dia dapat jalan beriringan dengan si gadis. Beg tangan Irdina disangkut ke bahu.

"Seronok. Tak ada benda yang lebih menyeronokkan daripada berjalan dengan perempuan yang kau suka."

Perbualan dimulakan Eiyad. Irdina tidak membalas. Dia masih berjalan dengan wajah kosong tidak berperasaan. Eiyad mengerling Irdina dari ekor mata.

"Hujung minggu ni aku akan keluar dari rumah sewa," beritahu Eiyad. Hujahan Eiyad kali ini berjaya menarik perhatian Irdina dan si gadis terus menghentikan langkahnya. Kepala pantas ditoleh memandang Eiyad.

"Keluar?"

Eiyad mengangguk.

"Sesuai dengan perjanjian kita. Bila kaki aku dah baik, aku akan pergi," ujar Eiyad. Lihat wajah Irdina yang sedang memandangnya kini buatkan Eiyad tersengih.

"Kenapa? Kau tak nak aku pergi ke? Kalau kau suruh aku stay aku boleh je stay. Anything for my girl."

Irdina melemparkan pandangannya ke lain. Langkah disambung semula.

"Siapa yang kata nak kau stay? Kalau nak pergi, pergilah. Lagi bagus. Dah tak ada orang kacau aku lepas ni," bebel Irdina.

Eiyad menyaingi langkah Irdina lalu berdiri di hadapan sang gadis.

"Mata kau... sentiasa pandang dia. Tapi aku nak kau tahu, mata aku akan sentiasa pandang kau," ucap Eiyad.

Mata mereka berdua saling bertatapan. Berbeza dengan sepasang mata redup Farhan, Eiyad ada sepasang mata yang cerah. Apabila Irdina memandang sepasang mata Eiyad, Irdina dapat lihat dengan jelas pantulan diri Irdina. Dari dahulu sampai sekarang, mata itu tidak pernah berubah. Di hadapan sepasang mata itu, Irdina tidak boleh jadi orang lain selain diri sendiri.

Dan Irdina bencikannya.

"Eiyad."

Nama sang jejaka diseru.

"Ajar aku."

Eiyad angkat kening.

"Ajar aku jadi selfish people pleaser macam kau."

Dahi Eiyad berkerut dan seketika kemudian tawa Eiyad terus pecah.

"Buahahaha! Selfish people pleaser? Apa tu?"

Irdina pasang wajah serius buatkan tawa Eiyad perlahan-lahan mati.

"Erk, selfish people pleaser tu apa?" Soalan diulang Eiyad kali ini tanpa tawa. Irdina menyilangkan tangannya.

"Kau ambil hati orang. Dan kawal hati mereka ikut situasi yang menguntungkan kau. Kau, people pleaser. But the selfish pleaser."

"Cara kau jelaskan buat aku nampak macam orang jahat."

"Kau memang jahat pun."

Eiyad mencebik.

"Aku dah tak nak jadi people pleaser. Aku dah tak nak orang ambil kesempatan atas kebaikan aku dan perasaan aku terhadap mereka. Aku nak jadi selfish people pleaser yang tahu bila aku patut teruskan. Dan bila aku patut berhenti. Kau kan pakar dalam hal tu. Pakar datang tiba-tiba. Pakar tinggalkan orang tiba-tiba. Kau datang dan pergi tanpa ada rasa bersalah sedikit pun. Jadi tolong ajar aku. Aku nak hidup macam kau," pinta Irdina.

"Hmm... aku tak tahu macam mana nak ajar kau. Aku hidup macam tu sebab aku terpaksa. Hidup aku tak lah bagus mana. There are tons of people hate me just like you. And there are tons of people love me. Fakely."

"Aku tak kesah. Ajar aku. Aku nak ubah diri aku."

Eiyad menggeleng.

"Tak ada benda yang aku nak ajar Ird. Tak ada apa yang kau perlu ubah. Kau dah cukup sempurna dah. Masalahnya bukan datang daripada kau. Dalam sesebuah hubungan, kau sentiasa cuba yang terbaik. Rather than accepting things, you always give out more. The problem is not you. Masalahnya ialah kau sentiasa jumpa orang yang tak tepat dalam hidup kau. Yang tak hargai kau. Yang tak boleh hargai kau. Yang tak mampu hargai kau."

Irdina pandang Eiyad.

"There it goes again."

Kening Eiyad terangkat, tidak faham.

"Kau hadir. Puji aku. Ada dengan aku. Tinggalkan aku. Thats what you always do. Aku tak patut minta nasihat kau."

"Irdina."

"Kau tahu ucapan apa yang paling menyakitkan hati people pleaser?" Soal Irdina.

"Ucapan 'aku benci kau'. It breaks the pleaser into pieces. Shredded. And in my life. There is only one person who ever said those words to me."

"It's you."

Beg tangannya dirampas Irdina daripada pegangan Eiyad.

"Kalau kau tak nak ajar aku lupakan saja. Bodoh agaknya aku. Minta nasihat daripada orang yang bencikan aku. Dah sah-sahlah kau tak akan tolong aku," ujar Irdina lantas terus beredar pergi.

Eiyad meraup rambutnya ke belakang seraya memandang langkah pergi Irdina.

MubramWhere stories live. Discover now