Cinta itu boleh berubah menjadi dendam. Tapi boleh ke dendam itu berubah menjadi bahagia? Nada Humaira, menghilangkan diri selama 10 tahun setelah satu kejadian yang menimpa dirinya. Tanpa mengetahui perkara sebenar dan apa yang terjadi sebenarnya malam itu dia membuat keputusan untuk pergi dari situ. Noah Riaz, lelaki yang mencintai Nada Humaira dalam diam. Biarpun dia tahu perasaannya berbalas namun dia tidak pernah meluahkannya. Mereka masih terlalu muda untuk itu. Namun, hidupnya berubah setelah kejadian itu berlaku diantara dia dan Nada Humaira. Mahu tidak mahu dia terpaksa melepaskan Nada Humaira pergi dari hidupnya atas kesalahan sendiri. Dendam yang disimpan Nada Humaira akhirnya menjadi beban untuknya. Lain yang dia rancangkan lain yang jadi. Dia terbelit oleh dendam sendiri. Masih ada lagi kah sisa cinta Nada Humaira buat Noah Riaz? atau Ameer Uwais yang sering mengejarnya tanpa diketahuinya?
17 parts