Helena memandang sepi pakaian yang berada di atas katilnya. Baju pendek berwarna hitam bersama legging pants.
Dia mengeluh perlahan. Banyak betul aktiviti yang perlu dia lakukan setiap hari. Teringat semula hari di mana dia perlu menandatangani beberapa buah fail sebagai ikat janji.
Flashback...
"What?" Helena terjerit kuat. Kepalanya diangkat memandang tepat wajah Tuan Edwin.
Tuan Edwin membuat muka pelik seolah-olah tidak faham dengan apa yang Helena maksudkan.
"Awak ni dah gila ke? Tak mungkin saya kena buat semua benda ini. Saya rasa awak tersalah bagi fail kut."
Tuan Edwin tergelak kecil.
"Kau kata aku tersalah bagi fail? Cuba kau baca balik tajuk yang tertera dekat depan fail itu. Untuk pengetahuan kau, aku tidak pernah lagi buat silap dalam perkara macam ini."
Helena cepat-cepat melihat tajuk di bahagian depan fail. Kepalanya digaru perlahan.
'Kenapa aku tak nampak tadi? Oh, mungkin sebab aku tengah marah dengan mamat poyo ni kut.' Helena berkata dalam hati.
"Okey, saya salah. Yang menjadi persoalannya sekarang ini adalah kenapa saya kena buat semua aktiviti ni? Awak tahu kan yang saya ni perempuan?" Wajahnya kembali serious memandang Tuan Edwin.
"Easy. Aku nak kau mahir dengan semua benda ni."
Helena merengus kasar. Fail yang berada di tangannya dicampak ke atas meja.
"Awak boleh tak jelaskan secara terperinci. Tak payah nak acah cool sangat. Saya nak penjelasan sekarang!" Geram pula dengan sikap Tuan Edwin yang suka berahsia. Buat benda dah lah tak bincang dengan orang dahulu.
"Aku banyak musuh dekat luar sana. Jadi aku nak kau bersiap-sedia dengan apa yang bakal berlaku. Aku tak nak kau jadi perempuan lemah dan mudah ditumpaskan. I want to change your attitude. Helena yang selalu kena buli dan menjadi kuli tu tidak akan dijumpai lagi. So, please follow my instructions."
Tuan Edwin tidak akan memberitahu wanita yang dia cinta tentang pekerjaannya. Dia pasti, Helena tidak akan dapat menerima meskipun dia memberitahu cerita sebenar.
"Kenapa musuh awak itu nak cari saya pula? Habis, maid awak itu tak nak pula suruh buat semua benda ini. Saya lebih rela jadi maid dari melakukan perkara yang tidak berfaedah."
Tuan Edwin mendengus kasar.
"Kau boleh tak jangan banyak tanya? Apa yang aku suruh itu buat aje lah. Susah sangat ke? Aku cuma suruh kau berlatih menembak, memanah, seni pertahankan diri dan bergusti sahaja. For your information, bibik yang ada dekat mansion aku ni dah ada lebih kurang seratus orang. So, aku tak perlukan bibik lagi," tengking Tuan Edwin.
Kelu lidah Helena apabila ditengking. Sepanjang umurnya, tidak pernah ditengking sebegitu rupa. Huishh... ngeri betul ni. Kotak suara dia tu ada mikrofon agaknya.
"But-" Tidak habis lagi apa yang ingin dikatakan Helena, Tuan Edwin terlebih dahulu memintas.
"No but. Aku dah tak nak dengar apa-apa lagi. Minggu ni kau training dengan Raykarl. Tapi minggu seterusnya kau akan training dengan aku. So, make sure kau ada peningkatan." Pen dihulur kepada Helena.
Helena sekadar memandang pen tersebut. Dia masih lagi tidak puas hati dengan aktiviti yang perlu dilakukan.
"Ambil pen ni dan sign dekat muka surat terakhir setiap fail."
![](https://img.wattpad.com/cover/238855517-288-k95375.jpg)
YOU ARE READING
Mister Iceberg Is Mine
ActionHe's Tuan Edwin Karl... Don't try to play with him because if you start playing with him, he will not let you go. Dia sentiasa berwajah dingin dan menggerunkan sehingga digelar Mr Iceberg. Dia ada aura tersendiri sehingga membuatkan orang yang melih...