Tuan Edwin mencapai handphone di sebelah fail kerjanya. Nama Alvis dicari lantas menekan butang hijau.
"Hello. Suruh Nurin masuk dalam bilik aku. Ada benda aku nak discuss dengan dia. Pastikan dia dah ada sebelum aku balik." Tuan Edwin mengeluarkan arahan kepada Alvis A.K.A. bodyguard Helena.
"Hello, Tuan. Err... sebenarnya Cik Helena tak ada. Pagi tadi dia kata nak pusing-pusing mansion lepastu sampai sekarang tak nampak batang hidung dia." Alvis menjawab perasaan takut.
"What? Macam mana kau buat kerja ni, Alvis? Aku suruh jaga Nurin aje pun. Bukan suruh jaga budak yang baru lahir. Haishh..." Panggilan ditamatkan. Telefon dicampak ke atas meja. Fail-fail syarikat disusun ke tepi sebelum mengambil blazer hitamnya.
Muka ditayang tegang apabila melintasi meja pekerjanya. Kereta sport yang dipandu laju menuju ke mansionnya.
Setelah tiba di kawasan perumahannya, kereta di'parking' di station 2. Beg kerja diserahkan kepada Adryan lalu menuju ke pintu utama.
"Kau dah jumpa Nurin belum?" soal Tuan Edwin.
"Be... belum lagi, Tuan." Tergagap-gagap Alvis menjawab.
Tuan Edwin merengus kasar sebelum berjalan ke bahagian belakang rumah. Beberapa tempat tersorok yang terdapat di kawasan perumahannya dituju.
Satu persatu bilik rahsianya dibuka untuk mencari Helena.
'Mana lah kau ni, babygirl? Kalau tak duduk diam-diam memang tak boleh agaknya. Bersiap sedialah dengan hukuman yang aku akan bagi.'
Nafas dihembus perlahan. Sedang dia mengomel memikirkan perangai Helena, matanya tertancap pada pintu kecil yang ditutupi dengan pokok.
'Dah lama aku tak masuk bilik ni.' Kaki diatur laju menuju ke pintu kecil itu lalu dibuka perlahan.
Badan dibongkok sedikit sebelum memasuki bilik tersebut. Suis lampu dipetik. Matanya difokus ke hadapan memandang Helena.
'Ouhh... dekat sini kau menyorok, ya? Pandai betul kau pilih tempat,' bisik hati Tuan Edwin.
Helena terus memusing badannya menghadap pintu. Terbeliak matanya melihat Tuan Edwin yang sedang memandang tajam ke arahnya sambil memeluk tubuh.
'Aduhh... macam mana dia boleh tahu aku dekat sini? Aku rasa tempat ini lah yang paling tak ada orang datang. Haihh... nampaknya memang tak ada peluanglah aku nak lari dari sini,' gumam Helena. Hatinya resah apabila kata-kata Rykarl terngiang-ngiang di telinga.
"Dah puas menyorok? Jangan ingat aku tak tahu yang kau nak lari dari sini. By the way, siapa yang benarkan kau masuk dalam ini?" soal Tuan Edwin tegas.
Helena menelan air liur kesat. 'Think, Nurin. Kau bagi aje lah alasan yang munasabah.'
"Err... mana ada saya menyorok. Saya pusing-pusing tadi lepastu ternampak pintu kecil itu. Dari luarnya nampak macam dah tak ada orang masuk, jadi saya masuklah nak tengok apa yang ada dekat dalam ni. Dekat pintu itu pun tak ada papan tanda no entry." Helena menjawab dengan berani.
"Dekat sini ada peraturannya sendiri. Kau tak boleh suka-suka ceroboh tenpat orang. Kan aku suruh kau duduk diam-diam dekat rumah. Benda senang pun kau susah nak ikut. Kau ni memang nak kena denda lah." Tuan Edwin melangkah mendekati Helena. Tubuh babygirl nya dicempung gaya bridal style.
Helena meronta-ronta minta dilepaskan. "Tak payah lah angkat saya macam ni. Saya boleh jalan lagi lah. Turunkan lah. Malu tau kalau orang tengok." Badan belakang Tuan Edwin dipukul berkali-kali.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mister Iceberg Is Mine
AksiHe's Tuan Edwin Karl... Don't try to play with him because if you start playing with him, he will not let you go. Dia sentiasa berwajah dingin dan menggerunkan sehingga digelar Mr Iceberg. Dia ada aura tersendiri sehingga membuatkan orang yang melih...
