Part 3

880 98 22
                                        

Sorry sebab sis dah lama tak update. Sis busy sangat lately ni.

Hope korang enjoyyyy....

                                    *******************

Halena merasakan paginya sangat indah kerana dia bebas dari menjadi orang suruhan keluarga tirinya. Apa yang terjadi sekarang ni semuanya macam mimpi.

Dia tetap bangun seperti biasa untuk menolong bibik Yati menyiapkan breakfast. Dia mengemas katilnya terlebih dahulu dan membuka tingkap supaya udara segar dapat masuk ke dalam biliknya.

Setelah selesai, dia mengatur langkah menuruni tangga dan menuju ke dapur.

Helena berjalan mendekati bibik Yati dan menanyakan apa yang boleh dia tolong.

"Haii bik Yati." Sapa Helena sehingga membuatkan bibik Yati melatah.

"Opocot kuali aku terbang. Eh kamu ni Cik Helena buat bibik terkejut aje tau." Bibik Yati melatah dan dalam masa yang sama menahan malu.

'Aduu buat malu aku aje.' bisik hati bibik Yati.

Helena ketawa terkekeh-kekeh mendengar bibik Yati melatah.

Bibik Yati berasa geram apabila Helena tidak berhenti mengetawakannya.

"Sudah-sudahlah tu ketawakan bibik. Ouhh lupa bibik nak tanya... Cik Helena buat apa datang dapur pagi-pagi macam ni? Nak minum air ke?" Soal bibik Yati kerana berasa hairan.

"Tak payahlah panggil cik bagai. Panggil Helena pun dah ok." Tegur Halena kerana tidak selesa dipanggil sebegitu rupa. Dia datang sini pun menumpang aje. Tak akan nak jadi taiko besar pulak.

"Eh mana boleh Cik Helena. Cik Helena ni kan kawan Cik muda. Mestilah dua-dua saya kena hormat." Balas bibik Yati tidak mahu mengalah.

"Saya tetap tak nak bibik panggil nama saya ada cik depannya. Kalau bibik panggil macam tu jugak... Saya tak akan layan kalau bibik panggil." Ugut Helena supaya bibik Yati takut.

"Eh janganlah macam tu. Ok lah bibik panggil Helena je." Bibik Yati mengalah dengan Helena.

"Haa macam ni lah baru bagus. Ok sekarang saya nak tolong bik Yati buat breakfast dulu." Helena menerangkan hajat sebenarnya datang ke dapur.

"Tak payahlah Helena. Bibik-bibik kat sini semua boleh buat kerja-kerja kat rumah ni. Lebih baik Helena masuk pergi kemas barang. Malam tadi tak sempat kemaskan?" Halang bibik Yati.

Helena mendengus perlahan. 'Haihh ada aje alasannya. Nak tolong pun susah.' rungut Helena dalam hati.

"Kemas beg tu lepas breakfast pun boleh. Sekarang ni saya nak tolong jugak. Tak ada bantahan." Tegas Helena.

"Iyelah kalau macam tu kamu cuma tolong sediakan bahan aje." Balas bibik Yati.

Helena tersenyum kemenangan. Dia mula membuat kerjanya seperti yang diarahkan dengan senang hati.

Mereka menyiapkan breakfast sambil berbual-bual menceritakan pengalaman masing-masing.

Setelah selesai membuat breakfast, Helena menghidangkan makanan tersebut di atas meja.

Setelah selesai membuat breakfast, Helena menghidangkan makanan tersebut di atas meja

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Mister Iceberg Is MineTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang