Jam tangan yang berjenama Alexandre Christie terletak elok di tangan Bella yang putih gebu. Sepasang baju T-shirts berwarna hitam menjadi pilihannya.
'Perfect!' gumam Bella. Pantulan dirinya di cermin dipandang.
Handbag dan kunci kereta dicapai sebelum melangkah keluar dari bilik.
"Selamat pagi, Cik Muda. Pagi ini nak makan apa?" sapa bibik Intan dengan senyuman yang terlakar di bibir.
Bella membalas senyuman tersebut. "Saya nak makan nasi goreng dan air cappuccino."
"Baik, Cik Muda. Sekejap lagi saya hidang makanannya." Bibik Intan terus menuju ke dapur untuk mengambil makanan yang diminta oleh Bella.
Dulang yang terdapat nasi goreng dan air cappuccino dibawa ke meja makan.
"Jemput makan, Cik Muda." Selesai meletakkan makanan, bibik Intan kembali ke dapur menyiapkan tugasannya yang lain.
Bella makan dengan segera tetapi makanannya masih lagi hancur dikunyah. Air cappuccino dihirup sedikit demi sedikit.
Selesai breakfast, dia mengelap mulut lalu bangun dari kerusi. Kakinya melangkah mendekati kereta Toyota GT86 kesayangannya.
Sebelum memulakan pemanduan, handphone nya diambil dari dalam beg tangan. Aplikasi messages dibuka lalu mencari number Gavin.
Tempat: Gudang lama di sebelah dobi pakaian.
Masa: 9:00 pagiPesanan yang disampaikan daripada Gavin. Bella menarik senyuman sinis.
'Gudang lama? Huhh... great choice!' bisik hati Bella.
Habdbrake diturunkan ke bawah. Pedal minyak ditekan membelah lebuh raya. Tidak sabar mahu berjumpa dengan musuh lamanya.
Sambil membawa kereta, dia mendengar lagu 'Savage Love' by Jason Derulo.
Setelah hampir sepuluh minit memandu, kini dia tiba di destinasinya. Mask hitam dipakai terlebih dahulu sebelum melangkah keluar dari kereta.
YOU ARE READING
Mister Iceberg Is Mine
ActionHe's Tuan Edwin Karl... Don't try to play with him because if you start playing with him, he will not let you go. Dia sentiasa berwajah dingin dan menggerunkan sehingga digelar Mr Iceberg. Dia ada aura tersendiri sehingga membuatkan orang yang melih...