"Kau tunggu dekat bilik kerja aku. Kita bincang dekat sana." Seusai berkata, pintu bilik Helena ditutup semula.
Helena tunduk sambil bermain dengan jarinya. Tidak berani dia pandang mata hazel Tuan Edwin, tergoda nanti siapa nak tanggung?
'Hot betul badan dia. Rugi kalau aku lepaskan. Mesti dia selalu pergi gym.' Helena membuat andaian sendiri.
Tuan Edwin mengutip semula bajunya lalu disarung ke tubuh. Matanya memandang Helena sambil membutang baju.
"Kau punya punishment belum mula lagi. Tapi disebabkan sekarang ni aku ada hal, kita tangguh hari lain. Ouhh, ya. Esok aku bawa kau shopping. Harini tak sempat." Tuan Edwin melangkah keluar dari bilik Helena. Kini bilik kerjanya dituju memandangkan ada perkara penting yang perlu dibincangkan dengan Rykarl.
Helena menekup mukanya dengan bantal.
'Arghh... kau gila Helena. Kenapa kau biarkan aje dia curi first kiss, kau? Huwaaa... Bella tolong bawa aku keluar dari sini. Bahaya kalau duduk lama-lama dekat sini sebab ada mamat hot.' Helena menjerit sekuat hati. Kepalanya diketuk-ketuk menggunakan tangan.
Bibir yang dicium Tuan Edwin dipegang. Tona mukanya bertukar merah apabila teringat saat dia membalas ciuman Tuan Edwin.
'Kau marah dia sebab curi first kiss, kau. Tapi kau pun melayan aje apa yang dia buat. Jadi aku pun salah juga lah, kan? Oh someone... please help me.' Bantal dibaling ke sebelah sebelum turun dari katil. Tuala mandi dicapai lalu membuka pakaiannya satu persatu. Daripada fikir pasal tadi, lebih baik aku mandi. Dapatlah berendam dalam bathtub.
"So, apa yang urgent sangat?" soal Tuan Edwin tegas."Aku ada cari maklumat pasal latar belakang dia. And now, aku ada berita yang mengejutkan. Okey, sebenarnya Helena ni ada abang kandung. Mere-" Baru sahaja Rykarl hendak menjelaskan perkara sebenar, Tuan Edwin terlebih dahulu mencelah.
"Kau jangan nak merepek. Dia mana ada adik beradik kandung. Kalau dia ada pun, kenapa dia tak duduk dengan abang dia? Benda ni mustahil."
Rykarl mengeluh perlahan. "Cuba kau dengar dulu apa yang aku nak jelaskan. Okey, berbalik pada soalan kau tadi. Dia tak duduk dengan abang dia sebab mereka terpisah dari kecil. Kononnya kawan maknya Helena nak tolong jagakan abang dia. Tapi selepas beberapa hari, abang Helena dijual kepada seorang lelaki kaya. Semua itu disebabkan kawan mak Helena nak bayar hutang-piutang. Waktu itu mak Helena tengah sarat mengandung, jadi dia tak boleh buat apa-apa. And sampailah sekarang, Helena tak pernah jumpa abang dia."
"Habis sekarang ini abang dia dekat mana?" soal Tuan Edwin. Dia bukan apa, takut abang Helena ambil Helena dari dia. Tak sanggup dia nak lepaskan bidadari cantik macam Helena.
"Hurmm... itu belum pasti lagi. Tapi kau kena hati-hati sebab abang Helena itu antara golongan terkaya di dunia. So maybe dia akan cari Helena bila dia tahu kewujudan Helena di atas muka bumi," pesan Rykarl. Dia cuma tak nak abang dia frust menonggeng bila Helena hilang.
YOU ARE READING
Mister Iceberg Is Mine
ActionHe's Tuan Edwin Karl... Don't try to play with him because if you start playing with him, he will not let you go. Dia sentiasa berwajah dingin dan menggerunkan sehingga digelar Mr Iceberg. Dia ada aura tersendiri sehingga membuatkan orang yang melih...