Helena terpisat-pisat bangun dari tidur. Matanya digosok beberapa kali. 'Aikk... kenapa aku dekat sini? This is not my bedroom!' kata Helena dalam hati. Dia bangun dari pembaringannya. Kaki memijak lantai.
Matanya meliar melihat keadaan bilik tersebut. 'Dah lah gelap. Tingkap pula tak ada. Nak suruh aku mati ke duduk dekat sini?' rungut Helena. Sedang dia berjalan mengelilingi bilik tersebut, tiba-tiba pintu bilik di buka seseorang.
Klak!
Seorang lelaki melangkah masuk ke dalam bilik yang sedang diduduki Helena.
"Kau dah bangun? Baguslah. Aku ada bawa sarapan. Makanlah dulu. Aku tak nak kau mati kelaparan," kata lelaki tadi dengab suara tidak berperasaan. Dulang yang dibawa diletakkan di atas meja.
Helena mengerutkan keningnya. "Awak ni siapa? Kenapa saya ada dekat sini?" soal Helena sambil memeluk tubuh.
"Ouhh... lupa nak kenalkan diri. By the way, aku Adryan. Soalan kau yang lagi satu itu akan terjawab petang nanti. Sekarang ni aku nak kau makan dulu." jawab Adryan. Mukanya sengaja ditayang beku supaya Helena takut untuk bertanya lebih-lebih.
Helena mengecilkan matanya. 'Soalan aku kau tak jawab lagi. Suka hati aje nak paksa-paksa orang. Ishh... benci betullah.'
"Selagi awak tak jawab soalan saya, saya tak nak makan. Dah lah suka hati taik hidung dia aje bawa saya datang sini." Helena memberanikan diri melawan kata-kata Adryan.
'Eh, budak ni pandai pula nak melawan. Nasib baiklah dia ni babygirl tuannya. Kalau tidak memang dah dileku kepalanya. Banyak cakap pula,' bentak Adryan dalam hati.
"Ikut suka kau la. Aku suruh makan sebab tak nak kau lapar or sakit. Tapi dah kau sendiri yang tak nak... malas aku nak memaksa. Makanan itu aku letak aje dekat situ. Aku tahu kau lapar sebenarnya. Seharian tak makan kut." Seusai berkata, Adryan terus melangkah keluar dari bilik Helena.
'Erghh... geram betullah aku. Memang tak lah aku nak makan. Mana tahu dia letak racun.' Kakinya dihentak kelantai tanda protes. Tiba-tiba perutnya berbunyi.
Kriuk! Kriuk!
'Aduhh... perut ni buat hal pula.
Time macam ni la dia nak lapar,' rungut Helena. Badannya di pusing semula menghadap katil. Matanya tertancap pada sebuah dulang yang berisi carbonara dan mocha.Air liur ditelan perlahan-lahan. Nampak sedap pula. Kakinya diatur mendekati meja kecil yang berada di sebelah katil.
Tangannya baru hendak mencapai mangkuk yang berisi carbonara. Tetapi hatinya seakan menghalang.
'Baik kau jangan makan. Entah makanan ni selamat ke tak,' bisik hati Helena.
Pergerakannya terbantut dari mencapai mangkuk tersebut. Helena berfikir dua, tiga kali.
'Nak makan ke tak nak? Kalau aku makan, nanti mamat tadi sindir aku pula. Tapi kalau aku tak makan, perut aku pula yang masuk angin.' Helena berura-ura seperti mahu makan. Dan akhirnya...
Dia membuat keputusan untuk makan. 'Lantak la kalau dia nak sindir pun. Nanti pandai-pandai la aku buat ayat.'
Mangkuk carbonara terus dicapai. Disuapnya ke dalam mulut dengan gelojoh. 'Uishh... sedap betul. Siapa la yang masak ni?'
Air mocha dihirup perlahan. 'Pergh... air ni pun sedap. Tapi sekejap... asal aku tak pernah jumpa makanan macam ni?' tanya Helena sendirian.
Beberapa minit kemudian, dahinya ditepuk perlahan. 'Memang la kau tak pernah jumpa. Sebelum ni kan kau makan nasi dengan ikan kering aje. Mana la nak merasa makanan macam ni.' Baru teringat kehidupan dulunya.
YOU ARE READING
Mister Iceberg Is Mine
ActionHe's Tuan Edwin Karl... Don't try to play with him because if you start playing with him, he will not let you go. Dia sentiasa berwajah dingin dan menggerunkan sehingga digelar Mr Iceberg. Dia ada aura tersendiri sehingga membuatkan orang yang melih...