Part 23

413 32 16
                                    

Sut berwarna blue black itu di sangkut pada penyangkut besi yang tersedia dibiliknya. Kaki melangkah menuju ke kerusi dan melabuhkan punggung di situ.

Rayden Faieqal menarik nafas dalam. Hari ini terasa lebih penat dari hari biasa. Mana taknya, meeting berturut-turut. Nak ambil nafas pun tak sempat. Nasib baik untuk masa depannya juga terpaksa dia gagahkan diri.

Badan disandar ke belakang. Firikannya tiba-tiba menerjah pada mimpinya dua hari lalu. Mata dipejam seketika sebelum dicelik semula.

Handphone yang berada di atas meja kerjanya diambil dan mencari number orang kepercayaannya di bahagian 'kenalan'.

"Aku nak kau buat sesuatu untuk aku," kata Rayden sebaik sahaja panggilan disambung.

"Okay. Tapi apa kerjanya tu?" balas Darick.

"Cari keluarga asal aku dan siasat latar belakang aku. Dapatkan dokumen sebenar tentang maklumat peribadi aku. Lepas tu cari adik perempuan aku. Nama dia Nurin. Itu je yang aku tahu selebihnya aku serahkan dekat kau. Jangan lama sangat sebab aku takut adik aku dalam bahaya," arah Rayden dengan tegas.

Dia sudah fikir masak-masak. Keputusan sudah pun diambil. Dia perlu tahu siapa dirinya yang sebenar. Jika betul apa yang dia mimpi dua hari lalu, bermakna selama ni keluarganya menyimpan rahsia besar daripada pengetahuannya.

"Baik, bos! Patik menurut perintah," balas Darick meleret. Sebenarnya dia bukan sahaja setakat pekerja tetapi dia kawan baik lelaki itu. Cumanya ada masa dia tidak boleh menggunakan title kawan. Lebih-lebih lagi dalam hal kerja.

"Apa-apa je lah, Rick. Pastikan maklumat yang aku nak tu dapat dalam masa dua minggu. Kalau tak aku potong gaji kau," ugut Rayden. Senyuman sinis tersinggung di bibir.

"Ceh, main ugut-ugut pulak. Iyelah nanti aku dapatkan apa yang kau nak. Halah leceh betul."

Tut!

Panggilan terus ditamatkan. Kalau layan si Darick itu semua kerja dia tergendala.

Button interkom ditekan lalu memanggil personal assistantnya masuk.

"Fina, masuk bilik saya sekarang!"

"Baik, Tuan Ray."

Tidak sampai dua minit, pintu biliknya diketuk seseorang.

"Come in!"

Pintu kaca itu ditolak dan muncullah seorang gadis yang bernama Afina.

"Ada apa yang boleh saya bantu, tuan?" soal Afina dengan lembut. Dia berdiri tegak di hadapan Rayden dengan Ipad ditangan.

Rayden yang sedang melihat laptopnya mengalihkan mengalihkan pandangan ke arah Afina.

"Apa schedule saya untuk esok?" soal Rayden senada.

"Tuan ada meeting dengan E.K. Holdings pukul 2 petang. Seterusnya  meeting de-" Belum sempat Afina menghabiskan ayatnya, Rayden terlebih dahulu memintas.

"Meeting again? Saya nak awak kosongkan jadual saya untuk esok. I need some rest. In case of emergency, tell me fast. And one more thing, setkan waktu lain untuk semua meeting yang ada pada hari esok. Kalau ada yang tak dapat ganti hari lain, bagitahu saya nanti."

Rayden mengarah pekerjanya dengan jelas. Dia tidak mahu ada yang tersalah buat.

"Baiklah. Ada apa-apa lagi?" Afina mencatat arahan tuannya di Ipad. Terpaksalah dia hubungi semula kesemua syarikat itu.

Mister Iceberg Is MineWhere stories live. Discover now