Helena membuka almari yang menyimpan lingerine di dalamnya. Dia menyelak setiap helaian baju yang tergantung di situ.
Malam ini dia akan menggoda Tuan Edwin sehingga lelaki itu tersungkur. Huhh... biar padan muka dia! Dah lama aku nak buat tapi tunggu masa aje.
"Nak pakai warna apa ya? Hurmm... warna merah menggoda tapi macam dah selalu orang guna. Apa kata kalau cuba warna hitam. Baru nampak garang!" kata Helena sendirian.
Lingerine bewarna hitam dicapainya. Kemudian meja cermin ditujunya. Ditayang-tayang dahulu sebelum menyarung ke tubuh.
Tidak sanggup pula hendak memakainya. Tetapi bila diingatkatkan rancangannya, disarung juga baju itu ke tubuh.
Rambutnya disanggul tinggi menampakkan leher jinjangnya. Minyak wangi dispray ke tubuh.
Bauan tersebut dihidu dalam. Wangi!
Setelah itu, dia turun ke dapur untuk membuat hot chocolate kegemaran Tuan Edwin.
Ktak!
Suis lampu dipetik. Langkahnya diteruskan ke arah mesin yang dikhaskan untuk membuat hot chocolate.
Mesin tersebut disetting mengikut saiz cawan. Hanya dengan menekan butang itu, air sudah siap didepan mata.
Senang bukan?
Cawan tersebut dialas dengan piring. Dibawanya cawan tersebut dengan berhati-hati. Dalam perjalanan hendak menuju ke lift, kelihatan Rykarl menuju ke arahnya.
"So, dia ada dekat mana?" soal Helena terus. Pandangan nakal Rykarl diabaikan. Tahu sangat lelaki itu hendak menyakatnya. Malas nak layan!
"Dekat bilik kerja dia. Jangan lupa dengan rancangan kita. Aku tak nak kau pula yang tersungkur dulu sebab aura abang aku lain maciam tau," jawab Rykarl.
"Iye lah, saya ingat. Kalau macam itu saya gerak dulu. Bye," Helena sudah menapak beberapa tapak ke hadapan. Langkahnya terhenti apabila Rykarl menjerit namanya.
"Helena! By the way, kau cantik malam ni. Rawrr!" Mata sebelah kiri dikenyit.
Tergeleng-geleng kepala Helena melihat perangai Rykarl yang seperti miang keladi. Maklumlah single kan?
Langkah diteruskan sehingga menemui bilik Tuan Edwin. Pintu bilik diketuk terlebih dahulu menunggu sahutan dari dalam.
"Come in!" laung Tuan Edwin dari dalam. Siapa pula yang berani datang bilik kerjanya? Lainlah kalau Rykarl, tak makan saman budak itu.
Yes! Kau sabar sekejap ya, Tuan Edwin Karl. Tunggu dan lihat sahajalah apa yang akan aku buat nanti. Hohohohoho.
Tombol pintu dipulas lalu ditolaknya. Lantas kakinya masuk ke dalam dan mengunci semula pintu bilik. Tak sabar mahu tengok reaksi lelaki itu.
Badannya dipusing menghadap Tuan Edwin. Badannya dilenggok sewaktu berjalan. Cawan yang berisi hot chocolate diletak di atas bersebelahan dengan meja kerja lelaki itu.
"Your hot chocolate. I made speacial for you." Seusai berkata, dia terus berdiri tegak di hadapan Tuan Edwin.
Tidak berkelip mata Tuan Edwin melihat Helena. Sungguh aku tidak percaya dia akan pakai baju macam ini. Tersiksa jiwa aku!
"Ehem! Are you okay? Atau ada yang tak kena dengan saya?" Sengaja Helena berkata seperti itu. Tangannya dilambai-lambai di hadapan muka Tuan Edwin.
Air liur ditelan kesat. Itu lah kau, Edwin. Tenung anak dara orang sampai nak tembus. Hah, kan dah malu sendiri.
"Yeah, I'm okay. Tak ada yang pelik pun dekat kau. Cuma kau cantik sangat malam ni." Tersedar yang dia sudah terlanjur berkata, cepat-cepat dibetulkannya semula.
YOU ARE READING
Mister Iceberg Is Mine
ActionHe's Tuan Edwin Karl... Don't try to play with him because if you start playing with him, he will not let you go. Dia sentiasa berwajah dingin dan menggerunkan sehingga digelar Mr Iceberg. Dia ada aura tersendiri sehingga membuatkan orang yang melih...