Part 15

624 58 18
                                        

Puan Amieda Hanisah menatang dulang air menuju ke balkoni tepi rumah. Iced Latte dan Blueberry Cheesecake menjadi pilihan sewaktu petang.

Dulang diletak di atas meja.

"Jemput minum semua." Puan Amieda menghulurkan air kepada suami dan anak-anaknya.

"Thank you, mummy." Bella menghirup air itu sedikit. Blueberry Cheesecake disuap ke mulut Dean Faheem.

"Akak tinggal sini sampai bila?" soal Encik Danish Michelle. Handphone diletak di atas meja bersebelahan dengan cawannya.

Bella yang sedang bermain dengan Dean terus memandang daddy nya. "Tak tahu lagi, daddy. Mungkin dalam tiga hari lagi kut. Sebab minggu depan akak ada event dekat England. So, nak balik Malaysia sekejap lepas itu baru pergi sana."

"Alahh... nanti kalau akak dah balik mesti bosan. El nak borak dengan akak." Elyza Nerisha membuat muncung itik. Kakinya yang baru sahaja pulih disilang ke kiri.

"Hurmm... sorry, adik. Kalau akak tak ada event, memang akak akan duduk sini dulu temankan adik. Tapi keadaan tidak mengizinkan." Tangan Elyza dielus perlahan.

Encik Danish dan Puan Amieda tersenyum melihat anak-anaknya. Bella memang seorang kakak yang bertanggungjawab. Setiap bulan pasti dia akan bank in duit untuk kegunaan mereka.

"Okey lah," balas Elyza pasrah.

"Kawan kakak yang hilang itu dah jumpa belum?" soal Puan Amieda. Dia simpati dengan Bella kerana banyak benda yang perlu difikirkan.

Bella mengeluh perlahan. "Belum lagi. Tak tahu macam mana keadaan dia sekarang. Baik ke tidak? Dah makan ke belum? Semua itu Bella risau tau. Dah lah sebelum ini dia jadi kuli keluarga tiri dia. Ini pula dah kena culik. Haihh..."

"Tak apa nanti pandailah police nak cari pelakunya. Akak jangan stress sangat. Tak elok untuk kesihatan," kata Puan Amieda.

Tuan Edwin memberhentikan keretanya di garaj

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Tuan Edwin memberhentikan keretanya di garaj. Helena di sebelah di pandang lama.

'Tidur pun cantik. Harap kau tak akan sia-sia kan cinta aku,' gumam Tuan Edwin. Tangan Helena di goyang sedikit.

"Hey, bangun. Dah sampai ni."

Tiada respon dari Helena.

"Bangunlah, Nurin. Kalau kau tak bangun aku angkat kau bawa masuk dalam." Sengaja dia mengugut Helena.
Tiada respon.

Tuan Edwin mengeluh perlahan. Seatbelt dibuka sebelum membuka pintu kereta.

Tubuh Helena dicempung masuk ke dalam rumah. Sempat dia mengarahkan Adryan supaya membawa masuk ke semua barang-barang yang dibeli.

Helena menggeliat sedikit. Matanya digosok berkali-kali.

'Eh, sekejap. Asal aku terapung ni? Tak kan aku ada kuasa pula? Mustahil!' terdetik sesuatu di hati Helena.

Mister Iceberg Is MineCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang