Part 14

608 61 16
                                    

Flashback...

"Mommy, mana daddy?" tanya Fiqry sambil mendongak ke atas memandang wajah ibunya.

"Dekat bilik kerja daddy. Fiq nak buat apa cari daddy?" jawab Tengku Dayana. Pipi tembam Fiqry dicubit geram.

"Mana boleh bagi tahu mommy. Ni rahsia Fiq dengan daddy aje." Fiqry menjawab selamba.

Tengku Dayana menggeletek pinggang Fiqry. Terguling-guling Fiqry menahan geli.

"Amboi... kecil-kecil dah pandai nak berahsia, ya? Siapa yang ajar ni?"

Fiqry cuba menepis tangan mommynya daripada menggeletek pinganggnya.

"Mestilah. Daddy yang ajar. Okey lah mommy, Fiq nak jumpa daddy dulu." Dengan pantas kakinya melangkah menuju ke bilik kerja daddynya, Tengku Hasif.

Baru sahaja hendak menolak pintu niatnya terbantut apabila terdengar daddynya sedang berbual dengan seseorang.

"Dia ada dekat mana sekarang?" soal Tengku Hasif. Suaranya sayup-sayup didengari oleh Fiqry.

"Macam mana dengan, Nurin? Aku tak nak dia jumpa dengan anak aku!"

Fiqry mengerut kening. 'Aikk... daddy bercakap dengan siapa? Kenapa macam serious aje? Nurin tu siapa pula? Anak daddy ke?' Semua persoalan terlintas dibenak fikirannya.

"Kau ingat, ya. Aku tak nak dia tahu kedudukan anak aku sekarang. Kalau ada apa-apa risiko, kau orang first yang aku akan cari. Mark my words!" Panggilan ditamatkan. Badan dipusing ke belakang menghadap pintu. Ternampak satu susuk tubuh kecil di sebalik pintu itu.

Memang sah anaknya.

"Tengku Aaron Fiqry!" laung Tengku Hasif dari dalam.

Fiqry sudah cuak. 'Alamak! Daddy nampak aku ke?' Dia sudah berkira-kira untuk pergi dari situ tetapi takut pula kalau daddy lagi marah.

Dengan perasaan takut dia melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

"Ya, daddy?" soal Fiqry dengan muka tidak bersalah.

"Fiq buat apa tadi dekat situ? Kan daddy dah cakap, jangan curi-curi dengar perbualan daddy. Kenapa degil sangat ni?" soalan dibalas dengan soalan. Nada suara dikawal sedikit. Tengku Hasif tidak mendidik anaknya dengan meninggikan suara sebaliknya tegas dalam berkata-kata.

"Tadi Fiq nak jumpa daddy sebab nak tanya pasal janji kita haritu. Jadi Fiq tunggu lah dekat depan pintu aje. Sorry, daddy." Fiqry mengerdipkan matanya berkali-kali. Dia tahu kelemahannya daddynya.

"Hurmm... okey. Lain kali jangan buat lagi tau. Daddy tak suka. Sini duduk dekat riba daddy." Tak jadi nak marah bila anaknya membuat muka comel. Pehanya ditepuk-tepuk lalu mengangkat tubuh kecil Fiqry duduk di atas pehanya.

"Daddy ingat lagi tak janji kita haritu?"

End flashback...

Lamunan Tengku Fiqry terhenti apabila pintu pejabatnya diketuk seseorang.

"Come in."

Seorang perempuan masuk ke dalam ruangan pejabatnya.

"Yes, anything Nad?" Matanya fokus ke arah fail yang perlu disemak dan ditandatangani.

"Tengku Noah nak jumpa. Dia tunggu dekat luar."

Serta-merta pen diletak di atas meja. Wajahnya diangkat memandang Nadia.

"Suruh dia masuk!"

Nadia mengangguk kepala. Dia membuka langkah meninggalkan bilik Tengku Fiqry dan menuju semula ke tempat yang sedang ditunggu oleh Tengku Noah.

Mister Iceberg Is MineWhere stories live. Discover now