Telefonnya yang berbunyi diambil. Melihat nama yang terpapar di sreen, dengan cepat dia mengangkat.
Kerja-kerjanya semua ditolak tepi. Panggilan itu lebih penting. Pasti ada maklumat baru yang lelaki itu dapat.
"Hello, Noah. Aku rasa lokasi terakhir Helena dekat United Kingdom. Cuba kau tengok maklumat yang aku baru bagi tadi." Tengku Fiqry berkata serious.
"Hello. Okey, sekejap aku tengok." Tengku Noah terus membuka laptopnya dan membaca maklumat yang baru dia dapat.
'Mall terbesar di United Kingdom? Helena pergi mall?' bisik hati Tengku Noah.
"Kau biar betul weyh? Aku tak rasa Helena pergi situ." Tengku Noah menyoal kerana masih ragu-ragu. Setahu dia, duit gaji pun Helena belum dapat lagi. Tak mungkin dia akan pergi mall yang harganya mencecah ribuan ringgit Malaysia.
"Betul lah. Tak akan aku nak main-main pula. Aku rasa kita kena gerak esok. Prepare semua benda siap-siap sebab berkemungkinan besar Helena memang diculik." Tengku Fiqry meyakinkan kawannya. Penat betul cari maklumat yang entah betul atau tidak ni.
"Hurmm... okey, lah kalau kau dah cakap macam itu. Belikan tiket flight aku sekali." Tengku Noah akur dengan kata-kata kawannya. Mungkin memang betul gadis itu berada di sana.
Susah juga dia mahu jejak Helena. Harapnya kali ini memang betul Helena berada di United Kingdom. Sebelum ini, satu negara London dicarinya kerana maklumat yang dia terima daripada orang kepercayaannya.
"Okey, apa-apa nanti aku call. Bye." Panggilan ditamatkan oleh Tengku Fiqry.
Telefonnya ditenung seketika. Bila lah boleh jumpa dengan Helena? Rindu nak dengar suara dia.
Keluhan berat dilepaskan. Handphone diletak semula ke tempat asal. Kerja di kedai banyak lagi. Haihh...
Satu per satu fail dibuka dan di semak. Dia tidak boleh tidur hari ni kerana mahu menyelesaikan kerja-kerja yang bertimbun sebelum pergi United Kingdom.
Bella mengeringkan rambutnya dengan hairdryer. Selepas itu meja cermin dituju. Rambut yang sudah seperti ribut taufan disikat bagi lurus. Kerusi ditarik lalu melabuhkan punggung di situ.Skincare by Mylara disapu ke muka. Bau yang wangi dan menyenangkan. Lotion badan diambil dan disapu ke tangan.
Selepas siap menyelesaikan routine malamnya, dia mengorak langkah menuju ke katil.
Bantal dibetulkan dahulu dan selimut ditarik ke tepi sedikit. Badannya direbahkan di atas katil. Tangannya di depa sambil memandang siling bilik.
Teringat pula kejadian pagi tadi membuatkan dia merengus kasar. Menyakitkan hati!
Flashback...
Bang!
Bella bergerak ke tepi sedikit dan tembakan itu terus terkena bahu Dariel. Dia dapat hidu cara permainan lelaki itu. Dari dulu pakai cara yang sama. Huhh...
YOU ARE READING
Mister Iceberg Is Mine
ActionHe's Tuan Edwin Karl... Don't try to play with him because if you start playing with him, he will not let you go. Dia sentiasa berwajah dingin dan menggerunkan sehingga digelar Mr Iceberg. Dia ada aura tersendiri sehingga membuatkan orang yang melih...