Kini, sudah empat hari Tuan Edwin berada di Jepun atas urusan kerja. Bilik mesyuarat itu dipenuhi dengan ahli-ahli business yang melibatkan beberapa buah negara asing.
Setelah selesai membentang hasil kerja mereka, semua mata tertumpu pada Tuan Edwin untuk memberi keputusan sama ada mereka layak atau tidak bekerjasama dengan orang ternama sepertinya.
"So, macam mana dengan proposal yang saya bagi tadi? Adakah Tuan bersetuju untuk laksanakan projek tersebut?" soal Dato' Zufail setelah beberapa minit Tuan Edwin meneliti proposal tersebut.
Tuan Edwin menyandarkan badannya ke kerusi.
"Kau pandai buat proposal ke tidak? Kalau rasa nak bekerjasama dengan aku, buat yang paling tip top. Ini macam kerja budak tadika. Dan lagi satu, proposal kau banyak betul kesalahan dalam itu. Kau tak semak dulu ke sebelum serah dekat aku?" jawab Tuan Edwin tanpa memikir perasaan orang yang mendengar.
Terkelu lidah Dato' Zufail mendengarnya. Kalau ia pun proposal yang dia buat itu salah, tegurlah dengan cara yang sopan. Ini tidak, main pakai hentam saja.
"Maaf, Tuan. Saya harap Tuan dapat bagi peluang kedua untuk saya betulkan yang mana silap dan buat proposal baru." Terpaksa Dato' Zufail merendah diri dengan orang seperti Tuan Edwin.
"Last chance aku bagi dekat kau," kata Tuan Edwin dengan tegas. Dia memang mengutamakan kekemasan dan kepandaian seseorang dalam membuat proposal. Kalau setakat macam budak tadika yang buat, lebih baik simpan aje angan-angan nak bekerjasama dengan dia.
"Baiklah, Tuan. Kalau tidak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu." Dato' Zufail bingkas bangun dari kerusi dan mengemas fail-failnya.
Tuan Edwin menghela nafas panjang, kebanyakan proposal yang diserah tidak menepati cita rasanya. Markah pembentangan sudah okey, tapi bila sampai proposal yang mereka buat... semua ke laut.
Ipad yang disambung dengan CCTV di rumahnya dicapai. Terasa rindu pula dengan buah hati pengerang jantungnya. Tinggal beberapa hari saja lagi dia akan pulang semua ke United Kingdom.
Tergelak dia melihat Helena yang terkinja-kinja kegembiraan apabila dapat mengalahkan Rykarl dalam perlawanan memanah yang mereka cipta.
Sedang dia leka melihat rakaman tersebut, dia mendapat panggilan daripada Rykarl. Telefon yang berada di kocek dikeluarkan.
T-shirt pendek berwarna putih dan short pants menjadi pilihannya.Setelah siap menyalin pakaian, rambutnya yang basah dikesat menggunakan tuala kecil. Kakinya melangkah menuju ke cermin bersama telefonnya.Klik!
Gambar diambil melalui pantulan cermin. Dia melihat gambar yang diambilnya.
'Nice!' gumam Rykarl.
Rambutnya yang telah kering disapu dengan gel rambut dan disikat ke tepi. Kakinya melangkah semula ke katil dan merebahkan punggung di situ.
YOU ARE READING
Mister Iceberg Is Mine
ActionHe's Tuan Edwin Karl... Don't try to play with him because if you start playing with him, he will not let you go. Dia sentiasa berwajah dingin dan menggerunkan sehingga digelar Mr Iceberg. Dia ada aura tersendiri sehingga membuatkan orang yang melih...