Part 24

723 32 11
                                        

Helena terkejut melihat orang itu. Dia? No way. Macam mana dia boleh tahu aku dekat sini?

"Kau pergilah duduk dekat sana dulu," arah Tuan Edwin dengan selamba. Dia menuding jari ke arah kerusi berjenama yang terletak di living room mansionnya. Pinggang Helena ditarik rapat dengannya.

Dua orang lelaki itu mengangguk seraya berjalan menuju ke tempat yang dimaksudkan Tuan Edwin.

"Kau jangan banyak cakap eh," bisik Tuan Edwin di telinga Helena.

"Suka hati sayalah. Mulut saya ni bukannya mulut awak pun. Tepilah saya nak pergi menyapa dorang," balas Helena geram. Boleh pulak paksa-paksa orang suruh diam. Biarlah aku nak bercakap pun. Bukannya ada masalah dengan dia.

"Dengar je cakap aku. Kalau kau nak selamat," bisik Tuan Edwin lagi. Kalini suaranya ditekan sedikit supaya gadis itu tidak melawan.

"Tak nak. Awak berdirilah dekat sini sampai esok. Saya nak ke sana." Tangan Tuan Edwin yang melilit pinggangnya dileraikan lalu berlari ke arah tetamu tadi.

Tuan Edwin mendecit geram. Kakinya melangkah juga pergi ke living room itu.

"Hye, Tengku. Buat apa sampai datang sini? Mana korang tahu tempat ni?" soal Helena mesra.

"Ehem... hye. Kitorang detect location kau. Sebab tu boleh sampai sini," jawab Tengku Noah senada.

"Jadi nilah Helena yang menjadi igauan beruk sebelah ni? Patutlah sebab dia memang comel pun," kata Tengku Fiqry dengan gelak halusnya.

Buk!

"Diamlah, bangang. Sekali lagi kau cakap aku humban kau dalam mangkuk jamban." Tengku Noah melepuk kepala Tengku Fiqry.

"Aduhh... sakitlah, sengal. Aku cakap benda betullah," balas Tengku Fiqry tidak puas hati. Dia mencebik sambil mengusap kepalanya yang sakit.

Helena menggaru kening yang tidak gatal. Apa yang berlaku ni? Tapi aku dengar tadi dia puji aku comel. Hehehe mestilah aku comel. Kembang sikit.

"Memanglah saya comel. By the way, awak nama apa? Nama kita Helena," soal Helena dengan senyuman kecil di bibir. Matanya dikerdipkan beberapa kali.

"Alahai... comel betul kau ni. Dapat jadi bini aku bagus betul. Oh, ya. Nama aku Tengku Fiqry. Panggil Fiq pun okey." Tengku Fiqry tersenyum sumbing. Kenapa dua ekor mamat di hadapannya memandang dia tidak puas hati? Betul apa yang aku cakap.

Tuan Edwin menayang muka tegang. Sakit pula hati melihat Helena dengan selambanya bermesra dengan lelaki itu.

"Ada apa korang datang sini?" soal Tuan Edwin dingin.

Hilang terus senyuman di bibir mereka. Aura dia seram.

"Aku nak bawak balik Helena. Kau tahu tak kawan dia bukan main risau lagi. Boleh pulak kau culik dia bawa pergi sini," jawab Tengku Noah serius.
Tuan Edwin tersenyum sinis. Heh, culik? Sorry, bro. She's mine!

"Aku tak culik dia. Kalau aku culik, tak adanya dia berbahagia duduk dekat sini dengan aku. And one more thing, she's mine. Jangan kau berangan nak bawa dia pergi."

Helena hanya dengar sahaja perbualan mereka. Tak tahu nak menyampuk dekat mana.

"Bukannya kau dah kahwin dengan dia pun. Perasan je lebih kau ni. Dan belum tentu Helena nak tinggal dengan kau. Mesti kau yang paksa dia." Tengku Noah tidak mahu kalah. Dia pun inginkan Helena juga. Mana boleh senang-senang lepaskan dekat Tuan Edwin.

"So, ada masalah dengan kau ke? Aku rasa tak ada kaitan langsung pun. Better kau balik je lah. Lagipun kedatangan kau di sini tak diundang."

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jul 03, 2021 ⏰

Tambah cerita ini ke Pustaka anda untuk dapatkan notifikasi tentang bahagian baharu!

Mister Iceberg Is MineCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang