Part 17

539 51 50
                                        

Tie yang berada di lehernya dikemaskan. Perfume Acqua Di Gio disembur di bahagian dada, lengan dan bahu.

Handphone yang berada di kocek seluarnya di keluarkan. Jam tangan dipandang sekilas sebelum menghubungi Adryan.

"Sediakan flight untuk aku ke German. Termasuk document dan barang- barang penting yang lain." Tuan Edwin berkata sambil membelek dirinya di hadapan cermin.

"Baik, Tuan!" balas Adryan pendek.

'Tut!'

Panggilan dimatikan. Telefonnya disimpan semula. Blazer berwarna hitam yang tergantung di dalam almari disarung ke tubuh. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia mencapai beg kerja dan melangkah keluar dari bilik tidur.

Kini dia perlu pergi ke pusat latihan yang berada di atas bumbung mansion nya untuk memantau keadaan Helena. Dia tidak boleh bergantung pada Rykarl sangat. Lain pula jadinya nanti.

Lift ditekan pada nombor 30 bermaksud tingkat yang paling atas.

'Ting!'

Kakinya melangkah keluar dari lift. Dia menuju ke bahagian pintu tempat tersebut dan memasukkan passcod.

Dari jauh dia sudah melihat Helena yang kelihatan seperti teruja apabila masuk ke dalam tempat itu.

"Wah! Cantinya tempat ni, Karl. Apa benda yang tergantung ni? Eh, kenapa dia menyala?" Wajahnya berkerut sambil tangannya membelek-belek alat yang dimaksudkannya.

"Memanglah cantik. Kau kena beruntung tau sebab dapat masuk tempat ini. Yang kau tengah pegang itu namanya Face Recognition Tool. Abang aku tempah khas untuk menjaga keselamatan tempat ni. Dia akan mengesan setiap orang yang masuk dalam tempat ini dan menghantar maklumat ke dalam Ipad abang aku." Rykarl memasukkan tangannya ke dalam kocek seluar. Dia mengikut sahaja ke mana Helena pergi.

"Ouhh... kalau saya nak pergi sebelah sana boleh tak?" Helena menuding jari ke arah tempat yang tersorok sedikit dan seperti berada dalam galaksi.

Rykarl sekadar mengangguk. Dia tidak kesah kemana Helena mahu pergi kerana Tuan Edwin telah membenarkannya.

"Pergh... canggih gila tempat ini. Tapi benda alah ni macam mana nak guna?" Helena merebahkan punggung di atas kerusi. Tangannya gatal menyentuh barang-barang yang berada di situ dan cuba untuk menghidupkan alat tersebut.

"Benda ini guna untuk cari maklumat. Tapi hanya abang aku sahaja yang boleh guna benda ni," kata Rykarl.

Setelah dua puluh minit Tuan Edwin memerhati Helena. Dia berdehem dan melaung nama Helena.

"Nurin Helena!" laung Tuan Edwin. Dia masih kekal berada berdekatan dengan pintu masuk.

Helena dan Rykarl memusingkan kepala melihat empunya suara yang memanggil.

Muka Helena yang ceria tadi terus bertukar menjadi muram.

Tuan Edwin berjalan beberapa tapak ke depan. Tangannya naik memeluk tubuh.

"Bila nak mulanya kalau asyik pusing tempat ini aje? Kan aku dah bagi jadual semalam, ikut saja lah. Itu pun susah sangat." Tuan Edwin memarahi Helena dan Rykarl. Adik dia ni pun satu, ikutkan sangat apa yang Helena hendak.

Terkumat-kamit mulut Helena seolah-olah menganjing kata-kata Tuan Edwin.

"Rileks lah, dude. Bukannya Helena ni tak berlatih langsung. Cuba kau jangan desak dia sangat. Dah cukup beruntung dia nak berlatih tau. Kawal sikit sikap complicated kau tu." Rykarl membalas selamba.

Mister Iceberg Is MineCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang