kapitel sechszehn

14 3 26
                                        

"aikha kenapa kau tak datang semalam? kesian kitaorang nak melayan si fia tu" ida menggeleng-gelengkang kepalanya beberapa kali mengingatkan kejadian yang terjadi sewaktu ketiadaan aikha.

"kenapa dengan fia? Apa yang dia buat?" aikha yang dari tadi berdiri sahaja terus menarik kerusi milik Nini dan duduk berhadapan ida yang tangan dari tadi tidak lepas dari menyiapkan karangan Bahasa inggeris yang sepatutnya dihantar semalam.

"fia muntah, banyak yang amat sampai nak banjir kelas. K tipu je tapi betul fia muntah" tak jadi overdrama ida bila aikha tepuk pehanya dengan kuat dan laju. Walau badan si aikha tu pendek dan kecil tak bermakna pukulannya tak sakit.

"kau tahu tak bila kitaorang tanya kenapa dia muntah, dia cakap sebab dia nampak ex dia dengan awek baru dating. Aku macam nak sepak-sepak saja budak tu bila dia cakap macam tu" terkumat-kamit mulut ida menyumpah seranah fia.

"rilek lah, macam kau tak faham fia tu, dia kalau boleh semua benda nak over" nini yang entah dari mana muncul dibelakang aikha sambil merenung kerusinya. Melihatkan aikha yang dah selesa duduk disitu, nini tak cakap banyak, hanya mengambil kerusi milik aikha dan merenung aikha sedalam-dalam yang mungkin.

Aikha dan Nini saling berpandangan menghiraukan ida yang sudah memandang pelik melihatkan dua rakannya saling menjeling itu. Dalam kepala ida saat ini memikirkan segala kemungkinan yang sedang berlaku seperti mereka saling mencintai, mereka tengah flirting satu sama lain atau mungkin tengah meneliti muka masing-masing.

"stop ida, aku tahu kau tengah fikir benda bukan-bukan kan?" ziqa menyepetkan kedua pasang matanya bila melihatkan ekspresi ida.

"mana kau tahu ni?" terkejut beruk dibuatnya ida memandangkan ziqa dapat membaca pemikirannya.

"apa korang bualkan ni? dah kenapa diorang dua ni lawan mata?" fia mencekakkan kedua tangannya dipinggang. Mata melihat pada semua arah mencari kerusi yang boleh diduduki.
"tak sekarang ni yang lagi penting, kenapa kau muntah tengok ex? ex je" nini merenung tajam fia yang membuat muka tak bersalah.

"hurm aku macam terkesan sikit la sebab ex aku tu boleh tahan hensem huhu" fia berpura-pura mengesat air mata palsu yang tak wujud pun dan aikha dengan baik hatinya melayan rakannya yang seorang ini.

ida, ziqa dan nini yang hanya melopong melihat adegan tak senonoh dua gadis itu hanya mampu menggelengkan kepala dengan fikiran berharap mereka tak kenal dua ketul manusia yang perlu dihadap.

"macam inilah, disebabkan aku bosan, apa kata kita main prank dengan si shafiz tu" ziqa mengjongket-jongketkan keningnya beberapa kali.

Ajakan ziqa mengundang senyuman sehingga ke telinga oleh empat lagi rakannya.

.

.

.

.

.

kalini pendek sebab malas hoho, pastu kalua ada typo map ye tak re-check. tata~

L'amitieTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang