chapitre dix

22 3 16
                                    

"Mana fia? Buat hal lah minah ni" berkerut-kerut dahi ziqa dibuatnya. Manakan tidak sudah hampir 15 minit mereka tunggu depan pintu gerbang funfair itu. Fia masih tidak muncul.

"Weyh nini cakap dia lambat sikit, ada kerja. Dia suruh kita masuk dulu" beritahu ida pada ziqa dan aikha. Telefon yang baru sahaja selesai digunakan disimpan dalam beg sandangnya. Reti pula nak bawa beg, selalu tak bawa.  ̄︿ ̄

"Kerja apa pula budak tu? Asyik ada kerja saja si nini tu" tergeleng-geleng kepala aikha memikirkan perkara itu.

"Eh tu kereta abang hanis kan? " jari telunjuk ziqa dihalakan pada kereta yang semakin mendekati mereka. Lengan disilangkan gaya minah gangster.

"Okay abah, nanti fia call kalau dah nak balik" fia menutup pintu kereta berwarna hitam itu. Tangan kirinya memegang beg tangan dengan lebih erat. Sempat lagi membetulkan juntaian rambut yang jatuh sebelum memandang rakan-rakannya.

"Eh, hai korang~ dah lama sampai? Awalnya. Sorrylah lambat tadi abah aku sakit perut" kepala tidak gatal digarunya dengan muka bersalah.

"Haih tak apalah jom masuk. Kita beli token dulu" ziqa pasrah saja bila melihat muka fia yang kelat tu.

"Okey jom!! Aduh" tak sempat lagi aikha meenjerit keriangan bahunya yang tidak bersalah dilanggar dari belakang. Nasib orang yang langgar tu tinggi pun lebih kurang dia saja. Cuba bayangkan orang yang langgar tu lagi besar dari dia yang kecil tu, mahu tak melayang aikha dibuatnya.

"Issh hati-hatilah sikit" gigi diketap aikha menahan rasa ingin marah yang hampir sahaja meletus.

"Ouh , sorry tak nampak"kepala digaru tidak gatal. Keberadaannya mengejutkan semua yang ada di situ. Siapa sangka mereka akan terserempak dengannya.

"Isya? Apa kau buat kat sini? "Soalan yang agak kurang pandai dilontarlan fia membuatkan ziqa yang dengar hampir terjatuh. Soalan apa tu.

"Kau ni dah dekat fun fair nak buat apa lagi? " nak nangis dibuat si ida. Muka acah innocentnya diraupkan. Haih kawan siapa la ni.

"Ouh, saja. I bosan duduk rumah. Keluar date lah. Okay bye boyfriend i dah sampai" isya segera berlalu pergi apabila dia sedar akan keberadaan kekasihnya itu.

"Uhuk uhuk dah ada pakwe rupanya. Ya ampun aku jeles weyh" air mata palsu dikesat ziqa. Maklumlah orang single kan.

"Kau ni cakap macam kau seorang je single. Kitaorang? Atleast kau ada orang nak, aku ni? " aikha berpura-pura menangis tak ingat dunia yang mengundang jelingan dari ramai pihak. Budak ni cari perhatian betul.

"Sudahlah tu, buat aku malu je kauorang ni" ida mengeluh perlahan. Penat ada kawan macam diaorang ni.

"Yalah, eh tadi si nini beritahu kita masuk dulu takyah tunggu dia kan? "Soalan yang dilontarkan aikha membuatkan ketiga-tiga gadis yang lain mengangguk serentak.

"Okay jom!! " riang saja aikha menarik tangan rakan-rakannya yang termenung memandang pemandangan menyakitkan hati.

"Sudah-sudahlah tengok couple tu, kauorang ni" berkerut dahi aikha dibuatnya. Manakan tidak dia tarik tangan fia, tak bergerak seinch pun gadis itu. Khusyuk tengok orang bahagia.

"Ouh ha? Okay" cepat-cepat mereka mengalihkan mata dari memandang orang lain. Kaki dilajukan masuk ke dalam perkarangan fun fair melalui gerbang besar yang berwarna warni menarik perhatian orang dari jauh.

Sedang sibuk mereka bersuka ria, muncul nini yang tercungap-cungap macam baru lepas kena kejar anjing.

"Eh kau ni dah kenapa? Macam baru lepas lari 100meter saja" pelik aikha dibuatnya. Jarang juga tengok rakannya seorang itu tercungap-cungap.

"Huh? Ermm tak ada apa, cuma aku ada buat kerja tadi" senyuman aneh dihadiahkan buat rakan-rakannya oleh nini yang tidak lagi kelihatan penat. Sekejap sahaja gadis itu mengaturkan nafas semula.

"Okay... Kerja apa? Kau ni asyik keluar busy saja. Ada skandal ke?" Usikan ida membuatkan aikha, fia dan ziqa meletuskan ketawa yang besar. Nini? Ada skandal? Macam pelik saja.

"Eh bukan ke kau yang ada skandal? Yelah kan, setiap masa hadap telefon" kening kirinya diangkat, bibir tersenyum sinis.

"Eh mana ada. Aku layan girl friend aku lah" fia yang berniat mahu gelak terhenti, mendadak gadis itu memandang ida yang lebih rendah berbandingnya. Kecil sahaja gadis seorang itu berdiri di sebelahnya.

"Apa? Girl friend, kawan perempuan lah" berkerut dahi ida memandang rakan-rakannya yang memandangnya dengan pandangan yang aneh. Perempuan? Ada girl friend yang kedengaran seperti teman wanita. Gay? Sukar buat mereka beriaksi, tak mahu terus menuduh. Lebih baik mendengar penjelasan dahulu.

"Lah kau ni, buat aku nervous saja" ziqa mencengkakkan pinggangnya. Serius. Walaupun mukanya cuba dibuat garang, tetap tak nampak garang.

"Jom pergi beli makanan tu" bersinar-sinar mata mereka memandang gerai van yang menjual pelbagai makanan yang enak.

Berlari-lari anak gadis-gadis itu, takut gerai itu tutup memandangkan jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 malam.

Tanpa sedar, ada sepasang mata tajam merenung mereka semua. Mata yang penuh dendam.

"Kau tunggu nini, aku akan balas dendam demi mimi" senyuman misteri diukirkan bersama mata yang tajam menikam pemandangan didepannya dari hujung fun fair itu.
.
.
.
.

Happy school days form 5!!!! Yeay aku lah form 5 tu 'haha' . Huuuuu

Ready for new plot. Upcoming soon~

L'amitieTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang