"Aku nak semua kerja ni clean, tak ada sebarang bukti yang boleh polis jumpa" mendatar saja suaranya yang agak dalam itu.
"Baik patronne" dengan berhati-hati lelaki berbaju hitam itu mengundur seterusnya terus keluar dari bilik yang mempunyai aura yang membuatkan sesiapa yang masuk bakal menggigil.
Langkah diambil laju, misi kali ini agak penting. Jadi dia perlu lakukan kerja dengan kemas dan cepat. Masa itu emas.
"Nikki, Le patron nous demande de faire le projet plus rapidement (the boss ask us tfaster) " gadis berambut kerinting yang berselisih dengannya ditahan segera.
"Très bien, George" kepala diangguk menandakan dia faham akan arahan yang jelas itu. Giliran si gadis pula berlari anak kembali ke biliknya yang tidak berapa jauh dari situ. Segala barangnya dikemas dengan pantas. Kaki yang berkasut boot itu laju saja berlari menuju ke suatu bilik khas untuk perbincangan malam itu.
"Nikki, D'où venez-vous? tout le monde vous attend (Kau dari mana? Semua orang sedang menunggu kau.)" bisik rakannya yang berambut coklat keperangan itu. Tidak semena-mena dia dipanggil segera ke hadapan walau belum sempat dia melepaskan lelah berlari.
"As you guys know, this time the project are harder. We have only 3 days before the jour de meurtre, or we die in her hand" berpeluh juga tapak tangan gadis bernama nikki ini. Manakan tidak hampir berpuluh manusia dihadapannya memberi tumpuan sepenuhnya kepada dia seorang yang berada di hadapan.
Tiada sebarang riaksi yang diberikan oleh para pendengar, hanya muka yang ketat saja yang ditunjukkan oleh setiap individu.
"Nikki, kau pasti rancangan kau akan berjaya? " akhirnya ada juga yang berbahasa melayu. Siapa lagi kalau bukan lelaki berkulit hitam manis yang berada di kerusi paling hujung sekali, jauh dari nikki yang agak tersentak mendengar soalan itu. Buatkan dia tidak pasti dengan keputusannya.
"Aku yakin, aku perlu yakin ia akan berjaya" walau bahasa melayu bukan bahasa ibundanya akan tetapi tidak kaku langsung gadis itu berbahasa melayu.
.
.
.
.
.
.
."Nini, kau tahu tak si ida merajuk dengan kau lagi? " aikha tidak melepaskan peluang menyatakan masalah yang satu itu. Memandangkan dia hanya berdua sahaja dengan nini saat ini.
"Ouh ye ke? Patutlah dia asyik mengelak saja dengan aku" berkerut dahi nini memikirkan ida yang sudah beberapa hari tidak bertegur dengannya. Disangkakan gadis itu sakit tekak, itu tak bercakap dengannya tapi sebab merajuk rupanya.
"Kau tak sedar ke? Eh kau ni lah" bercekak pinggang aikha, pening lah dibuatnya ada kawan tak berperasaan ini. Member merajuk pun tak tahu. Teruk betul.
"Hahahahaha manalah aku tahu dia merajuk. Kenapa dia merajuk dengan aku" kepala digaru tidak gatal. Rasa sebersalah menyelubungi dirinya.
"Lah, kau tak ingat ke? Ida terasalah masa kau cakap 'jangan kacau aku' minggu lepas masa kau tiba-tiba hilang tu" batang hidung diurut perlahan. Sabar jelah. Kawan siapalah ni.
"Ouh ada ae? Hurm, esok ajak semua kumpul bistro yang biasa kita pergi tu. Jangan lupa bawa baju spare sekali. Aku nak pergi somewhere ni, kau masuk kelas dulu" selesai berkata terus nini menghilang di sebalik dinding koridor yang memisahkan dua blok sekolah itu.
"Mana-mana jelah budak tu" aikha tidak terus masuk ke kelas malah kakinya melencong ke koperasi sekolah. Beli air dulu.
.
.
."Kau dah settlekan belum tempat tu? " tidak menunggu lama sebelum si dia bertanyakan soalan itu. Tiada sebarang reaksi yang dipamerkan saat ini. Hanyalah wajah beku yang ditunjukkan.
"Dah. Emm patronne, are you sure about this decision? It's too risky. Kawan-kawan patronne takkan sedar ke? " kedua belah tangan diseluk ke dalam seluar. Berkerut dahinya sehingga menimbulkan urat-urat menunjukkan betapa seriusnya dia ketika itu.
"Entah. Aku harap diorang tak berpaling dari aku" saat ini matanya hanya menatap padang hijau di hadapan. Memikirkan kesan perbuatan yang tidak seharusnya dia teruskan sejak dulu.
"Ouh ya, patronne it's almost time for you to go back to your class. Dah dekat 15 minit agaknya patronne menghilang " jam rolex berwarna hitam ditatap. Kaki perlahan-lahan mengundur untuk beredar dari situ meninggalkan seorang perempuan yang masih berdiam diri.
"Walau apa pun , aku sayang kau orang semua" bibir sang gadis terukir senyuman yang sayu. Tiada siapa tahu isi hatinya saat ini.
.
.
.
.
.
."Hoi lambatnya kau pergi jamban. Kau buat jamban ke apa? " selamba badak saja si ziqa bersuara lantang menegur nini yang seenak-enaknya menyedut air milo bungkus ikat tengah walaupun seisi kelas sedang memandang mereka.
"Suka hati la, aku haus lah. Aku pergi kantin kejap tadi" tanpa mengesahkan mata-mata yang sedang memandangnya, nini berjalan memasuki ke dalam kelas terus ke mejanya yang terletak di bahagian belakang.
"Nak sikit" tangan fia sudah setia dihulurkan meminta air milo yang masih ada ketul ais itu. Siapa saja yang tak terliur saat panas melanda satu negara .
"Eh kau, belilah sendiri. Nah ida" sebelah lagi tangan yang sejak tadi disorokkan dikeluarkan.
Ida agak tercengang sedikit melihat air milo ais didepan matanya. Nak merajuk ke tak ni?
"Kau kan merajuk dengan aku, ambillah ni aku belanja. Alang-alang tu kalau kau rasa nak bagi si fia tu kau bagilah" dihulurkan lagi air bungkus sehingga betul-betul dihadapan ida barulah gadis genit itu menyambutnya.
"Okay aku maafkan dengan syarat kau kena bagitahu kenapa tiba-tiba suruh kumpul esok" tangan dicekakkan dipinggang. Sesekali air milo disedut ida.
"Eh adalah nanti aku bagitahu esok" buku nota dikeluarkan lalu segera tangan nini laju menyalin nota dihadapan.
YOU ARE READING
L'amitie
Misterio / SuspensoFikir sebelum bertindak. Kau tak tahu apa yang sedang kau hadapi. Heh . . . "Aku sayang korang, kenapa korang buat aku macam ni?" "Apa salah kitaorang? Sanggup kau nak bunuh kawan baik kau sendiri?" Buku ke-4 oleh seketul author yang sedang menanam...