"Heh kau fikir kau boleh buat sesuka hati kau? " lelaki tua yang diikat di atas kerusi mewah yang selalu didudukinya itu meludah ke sisinya.
"Orang tua, kau sudah buat salah. Dari awal lagi kau tak patut masuk campur faham? Tapi kau degil bukan? Siapa suruh kau mengkhianati kami? " cincin dijari dilihat dengan teliti. Sesekali tangannya membetulkan kedudukan cincin permata itu.
"Tch- mana bos kau? Dasar pengecut! Kalau dia mahu bunuh aku, kenapa tidak dia sendiri keluar padang?! HAHAHA dasar pengecut!" wajah lelaki tidak berperasaan didepannya direnung tajam, sahaja menyemarakkan api yang sedia terbakar hangat.
"Siapa cakap aku tak turun padang? " suara seorang perempuan tiba-tiba sahaja bergema walau suara itu hanyalah perlahan.
Dari ketawa seperti orang hilang akal, terus tersenyap lelaki tua itu dibuatnya. Dia tidak sangka, ya tidak menyangkakan bahawa dia akan bertemu dengan seseorang yang ingin ditemuinya sejak dulu.
"Kau perempuan? Kenapa kau perempuan ? Mana bos sebenar kau ha?! Jangan cuba nak berlakon seperti kau bos mereka!? " jeritan sang lelaki tua membuatkan seisi rumah banglo itu bergema.
"Hurm nampaknya kau terima maklumat yang salah orang tua. My patronne bukanlah seorang lelaki seperti yang disebarkan" wajah yang telah dimamah usia itu diusap perlahan sebelum dagunya dicengkam dengan kuat sehingga membuatkan badan tua itu terdorong ke hadapan.
"Sudahlah tu G " bahu lelaki yang agak tegap itu ditepuk perlahan sebelum si dia yang menggantikan posisi lelaki itu tadi.
"Hey MR. Z or should I call you by your real name, Zilan? Kau pasti sudah tahu apa yang telah berlaku pada pengkhianat-pengkhianat aku sebelum ini bukan? " senyuman sinis diberikan sebelum tangannya yang agak kecil berbanding wajah lelaki tua bernama zilan itu dilempang dengan kuat. Walau kecil tapak tangannya tetapi masih mampu membuatkan hujung bibir zilan luka.
"Kau fikir aku takut? Bunuhlah aku dan kau akan dapati muka kau terpampang di muka akhbar" giliran zilan pula tersenyum sinis. Segalanya telah dirancang. Ya dia sanggup mengorbankan diri hanya untuk melihat wajah gadis didepannya.
"Hahahaha, lawak sungguh kau ini orang tua. Aku sudah suruh anak-anak buahku membunuh segala angkatan kau. Jangan risau walaupun kau rasa mereka semua tidak mampu, maaf mereka lebih hebat berbanding pembunuh-pembunuhan upahan kau" semakin berang dibuatnya zilan mendengar pernyataan yang, meremeh-temehkan dirinya.
"Tamatlah riwayat sebuah empayar seorang zilan. Tata~"
.
.
.
.
."-dikatakan mangsa telah meninggal dunia di rumahnya pada jam sekitar 3.00 pagi kerana kehilangan banyak darah. Mangsa didapati menerima tikaman sebanyak 28 kali dan wajahnya mempunyai luka tumbukan yang keras-" televisyen itu segera ditutup. Langkahnya laju kearah meja kerja yang penuh dengan kertas-kertas penting.
"berapa kali aku sudah ingatkan, jangan lalai sedikit pun. Lihat sendiri , rancangannya sudah berjaya!?!" berkerut dahi yang sedang duduk di depan meja itu. Rambut blonde-nya diserabutkan, pening dengan masalah yang dihadapi.
"chill-lah meer, kita masih ada masa. Lagipun aku baru dapat info yang sekarang ni empayar dia berada dalam risiko yang berbahaya" tersenyum lebar lelaki yang baru sahaja memasuki ruang itu.
"See? Don't need to worry that much." kening kanan dijungkitkan sementara tangan kirinya meletakkan beberapa keping gambar di atas meja bulat di tengah-tengah ruangan itu.
"Walaupun aku gagal untuk halang dari lelaki tua tu mati tapi aku dapat ni" jari telunjuknya ditunjukkan ke arah gambar-gambar di hadapannya membuatkan lelaki yang berserabut sebentar tadi terbangun dengan pantas melihat apa yang ditunjukkan oleh wanita ini.
"huh, good. Finally kita ada sedikit bayangan gerakan kumpulannya" ditenungnya gambar itu dengan mata yang tajam. Otak pula geligat memikirkan perancangan baru untuk dibuat.
.
.
.
.
."nyah- aku lapar la" selamba sahaja fia memanggil ida dengan menepuk-nepuk bahu gadis kecil itu. Mulutnya tidak sudah-sudah dimuncungkan mengundang rasa menyampah dalam diri aikha yang dari tadi memperhatikan perangai fia.
"Kalau kau lapar pun apa kena mengena dengan aku?" bahu fia ditolak kembali oleh ida bersama muka tidak puas hati.
"ala~ kau masakkan la untuk aku. Aku teringin nak makan masakan ala-ala korea kau tu" mata dikerdipkan beberapa kali. Kedua tangan ditekapkan mengharapkan simpati dari ida yang semakin marak rasa ingin menampar rakannya itu.
"kau kalau nak makan pergi la masak sendiri. Dasar pemalas punya budak" ziqa pula yang menyuarakan kenyataan yang pahit buat fia yang dari tadi baring sahaja. Gadis lain semuanya sibuk dengan kerja sekolah. Dia boleh pula melayan tiktok lepas itu tiba-tiba sahaja merungut kelaparan.
"Entah kau ni, pergi la masak" aikha menolak badan fia sehinggakan hampir terjatuh gadis itu dibuatnya. Kuat betul Aikha ini walaupun kenyataannya aikha lebih kecil berbanding fia.
"weyh korang nak nasi goreng tomyam tak? Aku ada bawa ni" nini yang baru sahaja tiba itu menolak pintu bilik yang diduduki oleh empat orang gadis amat mengejutkan mereka. Bekas makanan ditangannya diangkat sedikit.
"oh my goat!!! lama tak makan!! nak!!" bermulalah sesi kejar-mengejar di antara nini dan empat lagi gadis yang kebuluran di dalam rumah itu.
"weyh jangan kejar aku sumpah! penat bodoh lari" nini yang berada di hadapan sekali hampir sahaja tergelincir akibat kehadiran skarf fia yang berada di tengah-tengah jalan namun tetap diteruskan lariannya dari mayat-mayat hidup di belakang.
"we don't care! we don't care! BAGI CEPATTT" semakin sengit perlumbaan diantara fia,ziqa,ida dan aikha bagi mendapatkan sesuap nasi goreng itu.
YOU ARE READING
L'amitie
Mystery / ThrillerFikir sebelum bertindak. Kau tak tahu apa yang sedang kau hadapi. Heh . . . "Aku sayang korang, kenapa korang buat aku macam ni?" "Apa salah kitaorang? Sanggup kau nak bunuh kawan baik kau sendiri?" Buku ke-4 oleh seketul author yang sedang menanam...