8:00 a.m
Bunyi ketukan pintu yang jelas menghentikan sesi pebelajaran pada pagi itu. Semua mata memandang ke luar kelas dimana guru kelas mereka, cikgu yoon yang sedang tersenyum lebar bersama seorang pelajar perempuan yang tidak dikenali mereka. Mungkin budak baru masuk lah agaknya.
"assalamualaikum cikgu lia, ni ada pelajar baru daftar harini" kata cikgu yoon yang terus berlalu pergi setelah tugas membawa pelajar baru itu ke kelasnya selesai.
"wah, we got a new friends lah. Come in girl, introduce yourself please" cikgu lia tersenyum memandang pelajar baru yang agak comel dimatanya itu.
"haii , assalamualaikum. Nama diberi nur batrisya binti hanif. Boleh panggil isya" usai berkata gadis tersebut menguntumkan sebuah senyuman kecil buat yang melihatnya.
"where are you from? And why did you move here?"soal cikgu lia.
"i come from *unspecified place* and sebab saya pindah adalah kerana papa saya dinaikkan pangkat. Thats all." Mata isya yang bulat memandang cikgu lia yang sedang menganggukkan kepalanya.
"ouh okay. Ada tempat duduk kosong tak?" mata dialihkan dari memandang isya dan memerhatikan keseluruhan kelas bagi mencari tempat duduk yang kosong.
"oh my god, seriously nabil why are you sleeping?!" timbul urat di tengkuk milik cikgu lia.
"ha? Ouhh sorry teacher" angguk nabil sebelum menyambung tidurnya yang terganggu.
Cikgu lia yang melihat nabil hanya menggelengkan kepala sebelum tumpuannya kembali pada isya.
"isya, awak duduk meja belakang nabil" cikgu lia megarahkan jari telunjuknya pada meja kosong yang berada di belakang nabil. Satu-satunya meja tidak berpenghuni dalam kelas itu. Juga satu-satunya meja yang paling hampir dengan meja-meja gadis-gadis gangster di bahagian belakang kelas.
Isya yang melihat meja tunggal itu hanya menganggukan kepalanya sebelum langkah diatur sopan ke arah meja tersebut. Mata milik nini memandang isya dengan pandangan yang tajam atau mungkin ' intimidating looks' dan perkara itu menarik perhatian beberapa pelajar di dalam kelas itu.
Isya yang berpura-pura tidak Nampak nini itu hanya melebarkan senyumannya terhadap jejaka-jejaka yang sedang memandangnya.
"kenapa aku macam kenal perempuan tu ha?" berkerut dahi nini mengimbas kembali ingatannya.
"haahlah aku pun macam pernah Nampak" fia memandang isya yang sedang tergedik-gedik melayan nabil yang baru sahaja bangun dari tidurnya itu.
"muka dia macam-" belum habis aikha berkata, mulutnya disumbat dengan roti oleh ida yang menjegilkan matanya pada aikha.
"kau dah kenapa ida?" ziqa yang sedang mengunyah rotinya terhenti apabila rotinya dicuri.
"tak ada apalah hehe" mata ida memandang sekilas pada aikha yang sedang menjelingnya.
"ouh now I know muka dia ada iras mimi" ayat nini membuatkan rakan-rakannya yang lain tergamam. Tak tahu pula gadis itu akan menyebut nama orang yang sudah tiada itu.
"betul juga cakap kau, memang si isya tu ada iras-iras mimi tapi dia macam comel lagi lah tapi tak secomel aku" fia merenung isya sebelum dia dijeling oleh aikha, ziqa, ida dan nini.
"bapak perasan perempuan ni, mirul pun reject kau ada hati nak cakap diri tu cute" ziqa membuat muka sedang meluat dengan karenah fia yang kian memuncung.
"mana ada aku suka mirul! Mamat tu bukannya hensem pun" terherot-herot bibirnya saat berkata. Lagi muncung mulutnya apabila menerima gelakan dari gadis-gadis yang lain.
Senyuman misteri seseorang yang sedang memandang mereka dalam diam tidak disedari oleh gadis-gadis itu.
"jangan suka sangat, satu hari nanti kau orang semua akan terima balasannya. Terutama kau nini" kening diangkat seketika, bibirnya menguntumkan sebuah senyuman misteri.
Saat itu, dia tidak menyedari bahawa dirinya juga diperhatikan oleh seseorang yang juga menyimpan pelbagai rahsia.
.
" weyh lupa nak Tanya, korang nak lepak rumah aku tak petang nanti?" pertanyaan fia yang agak mengejutkan itu membuatkan aikha dan ida yang berada di sampingnya memandang fia dengan mata yang membulat.
"kau serius lah? Bapak kau tak marah ke?" berkerut dahi milik ida dibuatnya.
"haah, selalunya kitaorang yang kena Tanya dulu. Ini tiba-tiba saja kau Tanya. Pelik tahu?" kata aikha yang sedang membetulkan kedudukan beg galasnya di bahu agar tidak terjatuh.
"alah kau orang ini, bapak aku bagi. Hari tu entah apa angin dia tiba-tiba baik. Dia cakap lain kali kalau nak ajak kawan datang ajak lah" kegembiraan di muka fia tidak dapat disorokkan.
"tapi ziqa dengan nini dah balik tau. Kau ada Tanya diorang tak? Dah lah dua orang tu kalau waktu balik saja macam pelesit bawa motor" ida mengjungkitkan keningnya.
"belum, nanti aku call lah dua orang tu. Tapi kan betul weyh diorang berdua tu bawa motor, ya ampun macam racing. Haritu aku tumpang ziqa nasib tak kena serangan jantung. Laju betul dia bawa" rungut fia mengenangkan kisah lamanya.
"si nini tu pun dua kali lima saja. Kau ingat tak masa kita nak lepak kat café tapi kereta aku breakdown tu, kan aku tumpang nini. Entah mood dia kenapa entah nak naik motor. Nasib tak melayang aku naik motor dengan dia" aikha menongkatkan tangannya. Bosan menunggu bapanya yang masih belum sampai-sampai.
Setelah hampir 10 minit berlalu barulah ketiga-tiga orang itu pulang ke rumah masing-masing dengan selamat.
.
Chat *
Fiasicantik: petang ni lepak rumah aku tau!
Aikhaseorangygtinggi: aku lambat sikit
Idapalingputih: aku lagi lambat tau, mcm tak kenal bapak aku tu.
Ziqalagitinggidarinini: bapak kau bagi pulak? Tibah je
Fiasicantik: yeah mood bapak aku elok minggu ni.
Aikhaseorangygtinggi: nini mana? Dia join tak?
Nini🐰: sorry, aku tak join. Ada kerjalah
Fiasicantik: aloh kau ni kerja apa pulak?
Nini: nothing.
Ziqalagitinggidarinini: tak nak bagitahu kitaorang ke?
Nini: tak. Kalau aku bagitahu korang terkejut nanti. K chau
Idapalingputih: alahai dia ni
..
haii . esok aku tak update. minggu depan pun maybe aku tak update. ni pun tak Panjang macam selalu sorry ah. aku tengah malas. selamat berpuasa! selamat hari raya! bye~
![](https://img.wattpad.com/cover/219307355-288-k959734.jpg)
YOU ARE READING
L'amitie
Mystery / ThrillerFikir sebelum bertindak. Kau tak tahu apa yang sedang kau hadapi. Heh . . . "Aku sayang korang, kenapa korang buat aku macam ni?" "Apa salah kitaorang? Sanggup kau nak bunuh kawan baik kau sendiri?" Buku ke-4 oleh seketul author yang sedang menanam...