*flashback*
"nini, besar nanti kau nak jadi apa?" mimi memandang nini yang matanya terpaku pada langit yang kian gelap dan disinari bintang-bintang yang bergemelapan di malam hari.
"aku? Aku nak belajar pandai-pandai lepastu aku kerja jelah dengan papa. Kau?" giliran nini pula menanyakan soalan.
"well aku nak jadi model macam our late mom" kata mimi yang saat ini membayangkan dirinya berjalan di atas karpet merah memakai pakaian yang berkilauan seperti ibu mereka yang pernah menempah nama dalam industri pemodelan.
"macam mana kau nak jadi model kalau kau gemuk" usai berkata nini tergelak melihat mimi yang mula memuncung.
"mana ada aku gemuk!" mimi mencekakkan tangannya pada pinggangnya.
"gemuk gemuk gemuk uewwk" nini berlari menyelamatkan diri apabila mimi mula mengejarnya.
Seven years later,
Mata yang ditutup dengan kain berwarna biru baldu itu mengukirkan senyuman yang ikhlas yang pernah diukirkannya atau mungkin senyuman yang terakhir buatnya?
Satu tangan yang lebih besar dari tangan gadis yang diikat matanya merungkaikan ikatan pada kain berwarna biru itu. Bibir digerakkan menyebut perkataan surprise buat si gadis yang masih tersenyum.
"a car? Thank you dad!" mata si gadis bersinar-sinar saat melihat hadiah besar buatnya pada hari yang istimewa.
"youre welcome my dear, but remember to take the license before you drive that car okay, nini?" kata si bapa pada si gadis.
"yelah, tapi nini boleh ambil lesen next year. Kenapa bagi tahun ni?" soal nini yang masih pelik dengan hadiah yang diberi.
"mana tahu papa tak sempat bagi nini tahu kan papa dah tak lama kat dunia ni dan itu bermakna you have to take over my business" senyum si bapa walaupun matanya tidak sebegitu. Penyakitnya yang menjadi musuh ramai manusia memakan dirinya sejak dari muda.
"please dont say that" langkah nini perlahan sebelum tangannya memeluk bapanya.
Ada satu lagi mata yang memandang dua insan yang sedang berduka itu. Mata yang menyimpan dendam sekian lama.
"why? Kenapa asyik nini saja yang dapat semua benda? Aku tahulah aku ni just anak angkat but I deserve better" air mata yang tidak mampu ditampung olehnya turun jatuh membasahi bajunya.
"mimi! Come here! Tengok ni papa belikan aku kereta. Nanti kita boleh naik sama-sama" nini memanggil mimi yang berada di sebalik pokok yang tidak jauh dari dia dan bapa mereka.
Mimi tersentak saat nini memanggilnya namun lekas-lekas dilap air matanya dan berlari anak menuju kepada nini yang masih tersenyum lebar.
Two days later at the school,
Seperti biasa nini, fia, ida, aikha, syu dan ziqa tiba awal ke kelas mereka untuk meletakkan beg mereka terlebih dahulu sebelum beratur di tapak perhimpunan. Pada pagi itu hanya seorang gadis dari tujuh gadis yang tidak kelihatan.
"mana mimi, nini?" syu memandang nini yang berada disampingnya.
"mc, katanya tak larat" kata nini yang hanya memandang ke hadapan melihat ida dan ziqa yang sedang bergaduh siapa yang perlu berdiri di hadapan sekali memandangkan dua-dua pendek.
Syu hanya menganggukkan kepalanya beberapa kali sebelum matanya terarah pada barisan lelaki. Memerhatikan seorang jejaka yang baru sahaja beratur memasuki barisan itu.
YOU ARE READING
L'amitie
Mystery / ThrillerFikir sebelum bertindak. Kau tak tahu apa yang sedang kau hadapi. Heh . . . "Aku sayang korang, kenapa korang buat aku macam ni?" "Apa salah kitaorang? Sanggup kau nak bunuh kawan baik kau sendiri?" Buku ke-4 oleh seketul author yang sedang menanam...