Kapitel Zwanzig

1 0 0
                                    

"jangan bergerak, sikit pun kau jangan gerak. Aku tahu kau siapa Nini-" isya menghalakan sepucuk pistol ke arah nini yang terkaku seperti patung.

"siapa aku? aku nini lah siapa lagi" walaupun kaku tidak bergerak, nini sempat lagi membuat lawak tak berakhlak dia tu. Mulut mungkin berkata bersahaja tapi otaknya tidak, masih memikirkan rakan-rakannya yang berada di dalam bilik tidak mengetahui apa yang sedang berlaku.

"kau fikir kelakar ke? tunjukkan aku bilik rahsia kau. Sekarang. Aku tahu kau sembunyikan semua hasil kerja kau dekat situ" isya melangkah setapak demi setapak membuatkan nini mengundur menjauhinya.

Nini memusingkan badannya mengorak langkah menjauhi bilik yang diduduki oleh empat orang gadis rakannya. Semakin lama semakin gelap lorong yang dilalui mereka berdua, kaki kedua-dua manusia itu masih tidak lagi berhenti berjalan walaupun sudah hampir 10 minit berlalu.

"apa jauh sangat bilik kau ni ha?" persoalan isya dibiar sepi tanpa jawapan dari nini yang hanya membisukan mulutnya.

"dah sampai . . ."

"ini kitchen- "

*tssukk*

"aku tahu kau pakai bulletproof vest- jangan mengada nak acah macam pisau ni tembus"

"otak kau-"

*ppang*

"ha ni makan dia masuk rumah orang lagi suka-suka hati je" puas hati nini dibuatnya setelah melempang isya menggunakan pan legend di dapurnya itu.

Earpiece yang berada di telinga isya diambil dan digosok-gosok dahulu pada baju isya sebelum nini menyumbatnya di telinganya pula.

"kau orang nak apa datang rumah aku ni? nak mencuri cakap lah awal-awal. Aku bagi percuma je harta aku, mintak elok-elok je tinggal" berkerut dahi nini dibuatnya, geram pula dia rasa bila orang ceroboh rumahnya.

"dude- mana isya? Kau buat apa dekat isya HAA?" gelabah suara yang menjawab pertanyaan nini. Agaknya dia tak boleh agak kut member tu boleh pengsan.

"tch- dia tak apa-apa. Kalau kau nak dia, you can take her tomorrow night, kacau saja aku nak main game" nini mencampakkan earpiece itu ke lantai dan memijaknya sehingga lunyai.

"pandai-pandai la bibik sapu nanti-" baju milik isya , nini koyakkan sedikit sebagai alas baginya untuk menarik perempuan itu. Diheretnya isya menuruni tingkat bawah tanah , mengurung perempuan jala- eh perempuan bernasib malang itu ke dalam sebuah bilik dengan ruang udara yang 'limited'.

.

.

.

.

.

.

"apa lama sangat si nini tu? aku dah lah seram tak ada lampu ni" ujar ida yang dari tadi memeluk lengan ziqa dengan seerat-eratnya. Nasib baik tak tukar biru saja lengan ziqa tu.

"kau ni apa yang noob sangat- buka saja lah flashlight dekat telefon tu" ziqa menolak ida dari terus memeluk lengannya namun percubaannya gagal apabila si ida kembali memeluk lengannya malah lebih erat dari sebelumnya.

"apahal dari tadi kau tak cakap? dah lama kita bergelap , si ida tu merengek baru kau nak cakap? " bebel fia sambil mengambil telefon aikha yang duduk disebelahnya.

"eh itu telefon aku, asal kau ambil?" ha sudah, berebut sudah dua ketul tu.

"aku punya la-"

"ala pinjam laa-"

"pakai lah telefon kau-"

" nak pakai telefon kau"

"mana boleh eeee-"

Ziqa dan Ida yang menyaksikan pergaduhan didepan mereka menggelakkan sahaja melihatkan situasi itu , walaupun samar-samar dimata namun boleh dibayangkan betapa keanak-anakkan rakan mereka itu.

*tupp*

Bilik yang dari tadi malap kembali terang menghentikan pergaduhan diantara fia dan aikha.

"apa yang berlaku? kenapa rambut aikha dengan fia serabut tu? dah tak rupa orang dah" nini yang baru sahaja memasuki bilik itu berasa aneh dengan 'penampilan baru' rakan-rakannya.

"eeeeee kau pergi mana lama sangat ha? penat kita orang tunggu tau" fia mengabaikan soalan nini malah menjawab soalan dengan soalan semula.

"aku pergi check fuse box lah kalau tak macam mana lampu boleh terbuka balik" jawab nini ala kadar tapi tidak mengambil semula tempat duduknya dan hanya berdiri tegak didepan pintu bilik itu.

" kau tunggu apa ? tak nak sambung main ke?"

"boring lah, kita pergi tengok movie lah. Jom" ajakkan nini tidak ditolak oleh aikha, fia, ida dan ziqa malah lagi disukai mereka.

.

.

.

.

.

"ergh- aku kat mana ni? aduh sakitnya kepala aku. Macam benjol je ni"

-----------------------------------

L'amitieWhere stories live. Discover now