chapitre un

67 5 26
                                    


Chapter 1

"weyh mana si ziqa ni? Lambat siot" berkerut dahi gadis itu menahan marah.

"relakslah nini, kau macam tak biasa dengan ziqa tu. Dia kan kalau bersiap 10 jam baru siap. Tak apa kita order dulu k?" gadis berambut kelabu gelap disebelah gadis bernama nini tadi mengusap belakang gadis yang panas baran itu.

"ha, tu. Dia dah sampai" gadis berambut hitam panjang menunjukkan jari telunjuknya ke arah seorang gadis yang berambut blonde mix brown.

"sorry guys, jammed doh tadi" ziqa yang baru sampai terus duduk di sebelah laiha iaitu seorang gadis berambut pendek sama macam ketinggiannya.

"apa-apa jelah ziqa. Disebabkan kau paling lambat jadi kau yang kena belanja harini" fia mentertawakan ziqa dengan kuat. Serupa hantu mengilai.

"kurang ajar lu, aku potong rambut kau jadi pendek macam laiha karang" ziqa mengugut fia dengan memegang rambut fia yang panjang itu.

"okay, okay sorry la bro" fia masih tertawa kecil melihat telatah ziqa yang saling tidak tumpah seperti dia.

"kecoh betul korang ni kan" semua mata memandang seseorang yang tidak dikenali yang secara tiba-tiba mencelah perbualan lima orang gadis itu.

"syu? Is that you?" soal nini kepada persona yang baru sahaja tiba.

"yes it is me. It's been a long time since I meet you guys and all of you never change once, right?" syu menyelak juraian rambutnya yang menutupi sebelah matanya dan membetulkan kedudukan jaket kulit yang dipakainya.

"well, kitaorang tak perlukan perubahan untuk Tarik perhatian lelaki macam kau la pengkhianat" ziqa mengeluarkan kata-katanya yang agak 'manis' itu.

Syu hanya mampu tertawa sinis mendengar ayat ziqa yang membuatkan telinganya kemerahan. Walau sakit hatinya, namun dia tetap berasa puas sedikit melihat kebengangan kelima-lima gadis dihadapannya.

"kau cakaplah apa pun, eiman dah jadi milik aku. Ingat dia tu just ex kau je. Ex, faham? Well tak seleralah nak tengok muka-muka korang yang tak lawa ni. Aku bla dulu, tata~" syu berlalu pergi meninggalkan gadis-gadis yang masih bengang dengan sikapnya terutama sekali ziqa yang mukanya mula kemerah-merahan menahan marah.

"aku kalau dapat perempuan tu, aku tumbuk-tumbuk muka dia. Dahlah make up tebal nak mampus macam badut" ziqa menunjukkan penumbuknya yang kecil pada ida.

"asal kau tunjuk kat muka aku pulak? Aku sepak kau saja je" giliran ida pula menayang telapak tangannya yang agak besar berbanding penumbuk ziqa.

"korang ni rileklah, apa barang main tumbuk-tumbuk doh? Aku ada plan baik punya" kening kiri milik nini diangkat beberapa kali menimbulkan rasa ingin tahu di dalam diri masing-masing. Bukan apa, si gadis seorang ini kalau nak buat jahat, bukan biasa-biasa melambangkan betapa nakalnya dia.

"plan apa?"aikha menggarukan dagunya yang gatal.

"malam ni datang rumah aku pakai baju warna gelap, jangan pakai mantul-mantul. Lagi-lagi kau fia, kau dahlah suka pakai mantul-mantul." Riuh satu kafe dengan gelak ketawa gadis-gadis itu melihat telatah fia yang memuncungkan bibirnya.

Malamnya...

Fia menutup pintu kereta milik bapanya setelah memaklumkan bapanya yang dia akan bermalam di rumah nini.

Satu persatu langkah diambil dengan perlahan sambil menggagumi rumah nini yang jauh lebih besar berbanding rumahnya.

"oii kau tengok apa je? Masuk cepatlah yang lain semua dah ada tau" aikha menarik tangan fia yang lambat macam siput tu.

"hehehe sorry guys aku lambat, susah sikit nak keluar, korang macam tak tahu je perangai bapak aku tu kan" fia segera memohon maaf atas kesilapannya.

" tahu, bapak kau tu strict betul kan? Rumah nini je" ziqa bersimpati dengan keadaan fia.

"nini mana? Kata nak buat 'kerja' malam ni? Tunggu apa lagi" ida kelihatan tidak sabar untuk membuat jahat.

"guys aku dah jumpa, jom naik kereta aku" kelihatan nini membawa sebuah kamera berjenama canon.

"kereta mana satu?" aikha mengangkatkan kedua belah keningnya beberapa kali.

"SRW1920" tegang wajah nini saat berkata-kata. Gadis-gadis yang lain hanya mampu mentertawakan aikha. Macam tak biasa pula budak ini.

"perli Nampak" aikha menggulingkan matanya.

20 minit kemudian,

"weyh nini cuba kau tengok ni. Arah utara 260 darjah"ida memberikan teropong yang dipegangnya sejak tadi kepada nini.

"patutlah lama sangat korang tengok, aku ingatkan menunggu apa tadi. Korang ni otak kotor betul" nini memandang rakan-rakannnya dengan muka 'I can't believe you guys'

"aku tak sangka syu sanggup buat macam ni demi lelaki. Jantan tu pun sama tak guna, nasib baik aku dah break dengan dia" ziqah menggambil nafas lega kerana dia tak perlu rasa sedih lagi.

"I told ya we cannot trust people easily" nini memandang ziqah dengan pandangan yang kosong. Kamera ditangannya dihidupkan bersedia merakam segalanya.

"tak sia-sia aku beli lens mahal-mahal. Ada fungsi juga akhirnya kamera ni" sambil merakam nini tertawa kecil.

"itulah kau asyik membazir saja, baik kau derma duit kau tu kat aku" fia merungut kecil. Bukan apa dikalangan mereka semua, dia yang paling kena berjimat. Nanti kena marah dengan bapanya. Dasar anak bapak.

"kalau aku laburkan duit alu kat kau memang tak ke mana lah, kau tu dah lah kaki shopping" mata milik nini menjeling sekilas ke arah fia sebelum kembali fokus merakam adegan di rumah yang menjadi target mereka malam itu.

L'amitieWhere stories live. Discover now