"Fia bapak kau bagi tak kalau keluar, malam ni?" Soal ziqa yang sedang sedap menghirup abc sampai comot dibuatnya. Sedap sangat tu.
"Kut ye pun makan lah elok-elok ketot" nini menjeling ziqa yang tergopoh-gapah mengelap mulutnya apabila ditegur.
"Boleh agaknya, tapi nak kemana? " berkerut sedikit dahi fia memandang ziqa dengan pandangan yang keliru.
Aikha dan ida yang khusyuk makan dari tadi menoleh pada ziqa yang masih berfikir.
"Kau nak ajak pergi fun fair yang baru buka tu ke? "Melihatkan ziqa yang terdiam kerana terlupa apa yang hendak dikata.
"Ouh haah nasib baik kau ingatkan. Betullah tu, aku nak ajak kau oranf semua pergi fun fair yang baru buka tu. Dah lama tak pergi fun fair" tersenyum ziqa dibuatnya apabila memikirkan betapa seronoknya dapat pergi ke fun fair.
"Aku yolo je" angguk ida yang sibuk dengan sudu di tangan kanannya manakala tangan kirinya sibuk menyentuh skrin telefon pintarnya. Sesekali bibir menguntumkan sebuah senyuman kecil.
"Er aku pergi lagipun aku pun dah lama tak pergi" Sekilas mata aikha memandang ida . Sudu yang dipegangnya jatuh ke dalam mangkuk berisi abc, pelik melihat karenah ida disebelahnya.
"Emm k lah aku pergi tapi sekejap" tangan nini laju menyeluk koceknya mengambil telefonnya memeriksa sesuatu sebelum mengangguk kecil memandang rakan-rakannya.
"Aku mestilah nak pergi, bukan selalu dapat keluar tanpa dikongkong kan" gembira sahaja fia saat berkata. Anak bongsu kan.. Biasalah tu.
"Okay pukul 9.30 malam kumpul kat rumah aku. Kita naik kereta audi aku saja" suapan abc dilajukan apabila ziqa dapati dari jauh mee gorengnya yang dibawa pelayan semakin menghampiri mereka. Nak makan mee goreng pula. Makan banyak pun tak gemuk budak tu, pelik betul.
"Okay, lepas makan ni nak aku bawa kereta ke? " soal fia memandang rakan-rakannya yang terhenti makan mendengarkan soalan itu.
Bahu kirinya dipegang nini, mata milik nini menjeling fia. Muka masam gadis itu menyatakan segalanya. Manakala gadis-gadis yang lain hanya mengelengkan kepala mereka perlahan.
"Tak payah bro, baik aku yang bawa. Kau tu orang lain bawa kereta ke sini 10 minit saja tau. Yang engkau? Sampai setengah jam dibuatnya baru sampai. Itu tak kira masa kau parking, nak dekat sejam kau tahu tak? "Panjang lebar bebelan nini hadiahkan buat fia yang tersengih kambing mendengarkan keluhan rakan-rakannya.
"Sumpah tak tipu, biasa aku naik kereta rasa mual tapi bila naik dengan kau aku rasa sakit hati adalah" kedua belah tangan ida naik ke atas bahunya. Mata dijulingkan ke atas.
"Ala sorry lah aku baru belajar kan" muka fia monyok sahaja, bibir dijuihkan manakala mata memandang lantai.
"Eh tak payah lah sedih, kitaorang saja usik kau. Macam tak biasa pula" aikha segera memujuk fia yang sedang merajuk dengan gelabahnya.
"Hehe aku tak merajuk pun saja je nak kenekan korang hahahaha" fia tidak dapat menahan lagi ketawa apabila melihat air muka gadis-gadis semeja dengannya berubah drastik.
"Kau tunggu hanis, nanti kita pergi tempat tak public aku pijak-pijak kau sampai lenyek" ugut nini yang merenung tajam fia yang mula gelabah tak tentu pasal.
"Aku pun nak join" kedua belah tangan dikepalkan. Muka dibuat segarang mungkin. Aikha memgecilkan matanya memandang fia yang nak tergelak melihat gadis itu. Bukannya garang kelakar adalah.
"Borak je korang ni, aku dah habis makan dah" ziqa menunjukkan pinggannya yang sudah licin beberapa saat lalu. Lapar sungguh.
"Uissh macam mana kau tak gemuk ha? Makan banyak-banyak tak berubah pon badan kau, tinggi lagi lah tak ada perubahan" usikan ida membawa padah apabila dirinya menerima tamparan hebat di bahunya oleh ziqa yang sedang panas itu.
"Eh jomlah blah, dah settle kan? " nini yang sedang berdiri tidak jauh dari meja itu memanggil gadis-gadis yang lain sambil tangan menyimpan dompetnya ke dalam poket seluar.
"Eh bila kau bangun bayar? Tak perasan pun" aikha ternganga melihat nini yang buat muka tak bersalah itu.
"Lantak lah jom lepak tempat lain, malam nak pergi fun fair pula" ajakan nini diterima baik oleh rakan-rakannya.
.
.
.
.
.
A bit short for this chapter. Stay tune .
YOU ARE READING
L'amitie
Misterio / SuspensoFikir sebelum bertindak. Kau tak tahu apa yang sedang kau hadapi. Heh . . . "Aku sayang korang, kenapa korang buat aku macam ni?" "Apa salah kitaorang? Sanggup kau nak bunuh kawan baik kau sendiri?" Buku ke-4 oleh seketul author yang sedang menanam...