Kapitel neunzehn

3 1 7
                                    

"weyh hari ini kita nak lepak mana?" fia mengemas buku-buku latihan matematik tambahan yang baru sahaja selesai digunakan usai habis masa mata pelajaran itu.

"entah tak ada idea pula, tapi fia aku nak tanya lah sampai bila kau nak guna buku tu? Kita belajar guna kertas cikgu bagi saja tak ada pula cikgu bagi nota nak kena salin" jawab ziqa dalam masa yang sama mempersoalkan habit kawannya yang satu itu.

"hehe sajalah, aku suka salin soalan balik. Manalah tahu kertas-kertas ini semua nanti hilang kan" jawapan yang diberikan fia hanya dianggukkan oleh gadis-gadis yang lain menandakan mereka memahaminya.

"apa kata kita lepak rumah nini? kita jarang pergi rumah dia" aikha yang dari tadi termenung mengeluarkan idea itu sambil tersenyum sinis tanpa memandang nini yang agak terkejut namanya tiba-tiba sahaja disebut.

"ha? rumah aku? tapi rumah aku tak ada benda menarik lah" ujar nini dengan laju menolak mentah idea aikha.

"alah bolehlah nini, bukan selalu pun kan kan kan ?" fia membulatkan matanya sebulat yang mampu. Nini yang melihatnya hanya memaparkan muka kosong, tangan nini pula hinggap di pipi fia menolak wajah itu jauh darinya.

"yelah-yelah tapi datang lambat sikit" nak tak nak nini terpaksa juga mengalah dengan rakan-rakannya .

.

.

.

.

.

"wah dah lama tak datang rumah kau tapi kenapa lampu tak buka ni? tak ada orang dekat rumah ke?" fia melompat-lompat seperti kanak-kanak ribena sesat setelah menjejakkan kaki di dalam rumah itu.

"tak ada, tinggal kita saja dekat sini" nini meletakkan kunci kereta miliknya terlebih dahulu sebelum menghidupkan lampu ruang tamu rumahnya.

"ha jom main ni" ziqa mengeluarkan sebuah papan kayu dari totte beg yang diiringnya dari tadi.

"kau serius nak main tu? kau tak takut ke?" soal ida dengan nada yang risau.

"alah jomlah bukan ada apa pun. Asalkan tak langgar peraturan dia sudah" ujar aikha dengan penuh yakin, mempercayai fikiran positifnya.

"jom ikut aku" kesemua gadis dengan patuh mengikuti langkah nini yang agak pantas sedikit berbanding yang lain melalui laluan yang agak gelap sedikit berbanding ruang yang lain menuju ke sebuah bilik yang ditengah-tengahnya terdapat sebuah meja bulat sesuai buat permainan yang akan dimainkan.

"kau tak nak buka lampu ke nini?" soal fia dengan suara yang bergetar memandang setiap arah dengan penuh kerisauan tapi yang hanya dia nampak hanyalah kegelapan.

"tak nak, nanti vibe dia hilang" jawab nini sambil meletakkan bekas lilin di tengah-tengah meja bulat tersebut.

"okay jom start, semua tangan pegang syiling ni. Jangan lepas faham" arah ziqa, tangannya menggapai tangan fia yang tidak mahu mengeluarkan tangannya dari kocek bajunya memaksa gadis itu untuk turut bermain permainan berbahaya itu.

"aku sebut ayat ni, kauorang semua kena ikut faham?" ziqa menatap serius setiap rakannya. Berbagai-bagai reaksi yang timbul dikalangan gadis-gadis itu.

"spi-"

TANG TANG

Bunyi yang kuat datang dari arah luar dari ruang itu menghentikan mereka dari meneruskan permainan.

"korang semua tunggu sini. Jangan jejak sikit pun kaki keluar, even bayang kau pun jangan ada dekat luar. Jangan bercakap kuat, kalau penting bisik saja" nini memberi amaran sebelum dirinya sendiri keluar dari bilik itu sebelumsempat dihalang oleh rakan-rakannya.

"weyh kita nak biar saja ke nini keluar sendiri?" soal ida merisaukan rakannya yang seorang itu.

"nak buat macam mana? Dia suruh kita duduk diam kan, kita oikut sajalah" aikha menahan ida dari bangun dari duduknya.

.

.

.

.

.

.

"apa kau buat dekat sini ... isya ?"

"right?"

L'amitieWhere stories live. Discover now