chapitre onze

18 3 21
                                    

"Nini kau pergi mana dua hari hilang? " aikha terus bertanyakan soalan pada nini yang baru sahaja menarik kerusinya untuk duduk.

"Ada urusan luar je. Tak ada apa pun" nini membalas pertanyaan itu dengan suara yang sangat perlahan. Nasib saja rakan-rakannya itu tiada masalah pendengaran.

"Wah kau pergi luar negara ke? Tak ajak aku pun. Sampai hati" memuncung mulut fia saat menyudahi ayatnya. Mengundang tamparan kasih sayang dari ziqa yang geram melihat kegedikan si gadis seorang ini.

"Mana ada luar negara kau ni, agaklah.  Takkan dua hari je aku overseas. Aku pergi pulau ××× je" berkerut dahi nini saat berkata. Lengan diletakkan di atas meja. Bersedia untuk melelapkan mata yang kepenatan.

"Ouh haahlah, betul juga. Takkan sekejap sangat. Kau ni fia, aku hampir percaya dengan kata-kata kau" fia memandang ida mendadak. Apahal dia pula dipersalahkan? Terkujat si fia di situ. Hampir terjatuh, tak jadi tangannya menampar kembali ziqa yang sudah melarikan diri ke tempat lain. Taccodd.

"Tapi kau ada urusan ap- "melihatkan nini sudah nyenyak diulit mimpi. Tak jadi ida tanyakan soalan lain. Cepat pula rakannya itu lelap. Biasanya susah betul nak tidur. Imsomnia mungkin.

Aikha hanya melihat saja nini yang berada duduk di meja berhadapan dengannya. Reaksinya tidak muram juga tidak gembira. Hanya menongkatkan dagu, merenung gadis itu, seperti berfikirkan sesuatu. Jarangnya dia begitu tapi kenapa perlu saat itu, dia berkelakuan begitu?

.
.
.
.
.

" 2x + 15 ni kita kamirkan, ya kelas? Baru boleh dapat jawapan. Cuba kamu jawab soalan ni" suara cikgu matematik di hadapan tidak dipedulikan gadis seorang itu. Matanya setia pada bawah meja dengan reaksi wajah yang amat serius. Rakannya di hadapan pun terketar melihat betapa kosongnya wajah gadis itu.

Sesekali jari menaip beberapa patah perkataan membalas pesanan dari seseorang yang tidak dapat dikenal pasti.

"Weyh kau buat apa hanat? Tak nak fokus ke? " ida yang perasan akan situasi nini disebelahnya segera menegur.  Pelik juga, biasa rakannya itu pasti tidak akan bermain dengan telefon miliknya apabila guru sedang mengajar paling tidak pun, si nini itu akan menghadap telefonnya bila guru tiada sahaja. Itupun sekejap sahaja tapi kali ini tidak terlepas sedetik pun fokusnya pada barangan terlarang itu.

"Kau tak layan aku? Kau dengar tak ni?  Nini? Dah pekak ke dia ni?" Hampir sahaja ida meninggikan suaranya. Paling pantang apabila dirinya tidak dihiraukan tapi bila dia palau orang lain boleh pula.

"Jangan kacau aku, aku busy" walaupun nini menggumam, ayatnya yang satu itu bagai menusuk ke dalam hati ida. Terasa.

Berubah terus air muka ida. Ziqa yang perasan akan itu, turut bersimpati, dengan niat bersedekah pada mangsa kedinginan nini, ziqa meletakkan plastik gula-gula di hadapan ida. Tersenyum ida dibuatnya.

"Eh asal tak ada isi? Kurang ajar kau, aku ingat kau nak pujuk aku. Buli aku rupanya. Tak guna punya member" meski ida marah dia tetap gembira sedikit. Atleast dia dah lupakan nini.

Tiba-tiba sahaja nini berdiri, barang-barangnya dikemas dengan pantas. Tanpa sebarang kata, nini berlalu pergi keluar dari kelas itu. Guru yang berada di hadapan hanya buat tidak endah seperti sudah tahu tujuan gadis itu.

"Cikgu tak marah ke nini keluar? " syu yang tidak berpuas hati itu berdiri dengan kasar. Menarik perhatian semua pelajar di situ.

"Yang kau kecoh kenapa? Kau jeles kan? " nabil yang baru sahaja tersedar, tiba-tiba sahaja mengusik syu.

"Saya sudah tahu dia nak ke mana jadi semua pelajar tak perlu kecoh terutama awak syu, sudahlah dari tadi awak berangan. Nampak orang lain keluar kelas, awak pun sibuk lah ya nak keluar juga" bercekak pinggang guru matematik tambahan itu dihadapan. Pelajaran terhenti akibat kekecohan syu.

"Pergi mana pula si nini tu. Sudahlah tak nak bagitahu kita, tiba-tiba saja keluar" fia yang memegang pensil 2B mengeratkan gengamannya.  Dipandang aikha, ida dan ziqa yang juga saling berpandangan.

.
.
.
.
.

"Aku nak semua kumpul mansion aku malam ni. Kita dalam masalah besar" panggilan itu dimatikan. Kakinya dilajukan ke tempat parking. Usai enjin motor dihidupkan. Laju saja roda motor itu berpusing meninggalkan perkarangan sekolah.

"Kau memang tak guna, aku bersumpah aku akan pastikan kau mati ditangan aku, ISYA " cermin helmetnya diturunkan dengan kasar. Kelajuan motornya ditingkatkan. Hari  ini hatinya terlalu panas dan gusar .

.
.
.
.
.

"Eh aku baru perasan isya tak datang dah tiga hari baru aku perasan hahahaha" aikha yang melihat kerusi isya yang kosong mentertawakan diri sendiri yang tidak peka dengan sekeliling.

"Hari tu macam elok saja dengan boyfriend dia" ziqa mengusapkan dagunya mengingatkan adegan sawit di fun fair tempoh hari.

"Jangan ingatkan lah weyh, aku jeles" fia melentokkan kepalanya ke atas meja. Ada niat nak tidur.  Bosanlah tu.

"Biarlah dia tak datang pun, taklah hilang populariti aku" ziqa menyebak rambutnya yang semakin panjang.

"Ada juga member aku yang gila popular " ida menjulingkan matanya ke atas. Sis redha.

"Kamu yang empat orang tu dah siap ke eksperimennya? " guru biologi, teacher Ika paling pantang bila lihat pelajar bersembang.

Tersenyum kambing aikha, ziqa, fia dan ida. Tidak menjawab soalan guru itu.

.
.
.
.
.
Long time no see , my silents reader~

L'amitieWhere stories live. Discover now