Kapitel vierzehn

13 2 16
                                    

"sorry guys, I had to go" kata si gadis yang sedang menitikkan air matanya pada sekeping gambar lama.

Gadis tersebut menghidupkan lighter miliknya dan membakar gambar tersebut."tak ada apa lagi yang aku boleh buat kat sini" gadis tersebut bangun dari duduknya dan berlalu meninggalkan gudang lama itu.

"apa maksud kau nini? Apa salah kitaorang, sampai kau buat kitaorang macam ni?" selepas seketika gadis sebentar tadi berlalu pergi, seorang lagi gadis bersuara sambil memandang rakan-rakannya yang lain yang turut terikat bersamanya.

"sekarang ni macam mana kita nak keluar dari sini?" kali ini gadis yang berambut blonde mix brown pula bersuara setelah berusaha melepaskan diri dari ikatan tali yang agak kompleks.

"weyh, tengok tu. Nini tertinggal pisau lipat" mulut dimuncungkan ke arah pisau lipat yang tidak jauh dari kakinya. Gadis berambut soft pink potongan bob menjulurkan kakinya bagi mendapatkan pisau tersebut.

"kau nak lari mana? Korang memang tak sayang aku kan?" gadis yang disangka sudah pergi kembali bersama pisau samurai berwarna biru seperti sebahagian hujung rambutnya.

"hihihi...."

" nini jangan!!!"

"hah??! apa benda tadi tu" tercungap-cungap dibuatnya ida. Nafas yang tadinya laju cuba diperlahankan.

"kenapa aku rasa mimpi tu satu petanda? kenapa aku mimpi benda yang sama beberapa hari ni?" rambutnya yang sedikit berserabut dibetulkan, peluh yang berkeringat dilap perlahan. Mimpinya sebentar tadi sangat memberi kesan yang mendalam kepadanya kerana mimpi itu seolah-olah membabitkan rakan-rakannya.

"aku tak kira, aku perlu ambil tahu juga pasal mimpi ni" ida segera bangkit dari duduknya dan mengambil telefonnya dan membuka aplikasi whats*pp. Chat bersama rakan-rakannya dibuka, tangan laju menaip beberapa perkataan. Memandangkan jam sudah menunjukkan 3 pagi, Ida tidak mengharapkan apa-apa balasan dari gadis-gadis yang lain. Dia terus mencampakkan telefonnya ke tepi sebelum bersandar kembali pada tiang katil bersaiz queen itu.

ting ting ting ting!!

laju sahaja bunyi notifikasi masuk berbunyi menghentikan Ida dari terus termenung. Telefonnya segera diambil, agak terkejut apabila aikha dan ziqa masih belum tidur disaat itu. Panggilan secara video terus dibuat, lampu bilik dihidupkan dan rambutnya segera disikat rapi agar tidaklah Nampak terlalu tidak kemas.

"ayo wassup" ida tertawa melihat aikha yang gelabah sedikit mencari earphone yang telah dicampak merata-rata.

" eh jawab pula kau fia, aku ingat kau dah tidur" berkerut dahi ziqa, walaupun tidak berapa jelas ketika ini wajah ziqa memandangkan lampu biliknya ditukar kepada warna merah menaikkan suasana 'panas'.

"memang aku dah tidur sebenarnya tapi tadi aku terbangun nak pergi tandas lepas itu aku nampak kau orang call, aku jawab je lah" jelas fia panjang lebar.

"nini tak jawab ke? biasanya dia jawab, Jarang pula dia tak jaw-" tak sempat aikha menghabiskan ayatnya, tiba-tiba sahaja gadis yang diserunya itu muncul tanpa amaran namun skrin yang sepatutnya memaparkan wajahnya hanya menunjukkan kegelapan malam.

" kau dekat mana weyh? aku nampak tiang lampu tu, kau dekat luar ke?" soal ida dengan perasaan aneh. Apa yang dibuat gadis seorang itu diluar pada waktu malam?

"tak ada apalah, aku saja ambil angin malam. Aku dekat rumah aku lah ni" suara nini kedengaran perlahan.

Biasanya dia adalah manusia yang bersuara dengan kuat jadi apabila dia bersuara perlahan seperti itu menimbulkan rasa ketakutan buat fia. Maklumlah gadis yang seorang ini senang sedikit untuk takut berbanding yang lain.

" janganlah cakap perlahan sangat, aku pekak ni" ziqa membuat muka tak senonoh mengundang ketawa dari ida, aikha dan fia.

Tiba-tiba sahaja bunyi tembakan dilepaskan menghentikan ketawa mereka sekaligus membuatkan nini terus mematikan panggilan tersebut.

"eh kenapa tu? dia okay tak?" fia mula gelabah bila rakannya yang seorang itu hilang secara tiba-tiba. Dia mengagak bahawa bunyi itu datang dari kawasan nini berada. Memandangkan nini tiba sahaja hilang.

" biar sajalah , aku yakin dia tahu apa nak buat" selepas sahaja berkata begitu dengan dingin, aikha terus mematikan panggilannya. Jadi tinggallah ziqa, ida dan fia terpinga-pinga.

" nak call polis ke? tapi kita tak tahu apa yang jadi" terkelip-kelip mata ida saat berkata. Hatinya agak resah saat ini. Manalah tahu tiba-tiba arwah member tu.

" itulah itu, kita berharap jelah tak jadi apa-apa. Mungkin bukan bunyi apa yang kita bayangkan." ucap ziqa penuh beristiqamah.

" tak apalah macam tu, apa yang kau nak cerita sebenarnya ida?" laju sahaja fia menukar topik bagi menghilangkan rasa takut di hati.

"okay macam ni, beberapa hari ni aku asyik mimpi yang sama saja. Aku mimpi yang . . . "

L'amitieWhere stories live. Discover now