Kapitel fünfzehn

9 3 17
                                    

"kau dah menyebabkan aku dalam masalah, itu bermakna kau perlu mati. MATII" ucap seseorang disebalik beberapa orang lelaki yang berbadan sasa.

"boleh aku minta satu permintaan? hanya satu sahaja" perlahan sahaja suara yang dikeluarkan seorang perempuan yang telah layu berbaring di atas lantai. Lemah untuk duduk malah berdiri. Sesekali bibirnya membunyikan desis menahan sakit yang dirasai ketika ini.

"apa yang kau perlukan makcik? aku akan berikan disebabkan kau mampu mengalahkan sebilangan orang aku?" jawapan yang diberikan menyebabkan wanita yang terkulai layu mendapat sedikit kekuatan untuk duduk bersandar pada dinding. Bibir wanita itu mengukirkan senyuman kecil.

"bagi auntie tengok muka kamu buat kali terakhir, sayang. Aku agak rindu melihat muka itu" rambut yang terjurai kehadapan menutupi penglihatannya disebak ke belakang.

"bord, tournez en arrière. Ne laissez personne reculer ou je tue tout le monde ici. (tepi, pusing ke belakang. Jangan seorang pun paling ke belakang atau aku bunuh semua yang ada di sini)" ucap persona itu, barangkali dialah ketua empayar yang diserang pada larut malam ini atau lagi tepat pagi-pagi buta.

Si dia bersila dihadapan wanita yang lemah, tangan perlahan menanggalkan topeng yang melindungi wajah tak berperasaan disebaliknya.

"memang sama, tidak dinafikan muka kau sama seperti ayahmu yang ku kenali dahulu hahahaha-" tak sempat wanita itu menghabiskan sisa tawanya, pipi mulus miliknya menerima lempangan terbaik di abad ini oleh si dia.

"bising apa bocah? dahlah tak jadi aku nak bunuh kau terus. Kurung makcik ni dalam dungeon, jangan bunuh selagi aku tak suruh" topeng yang berada di tangan kirinya dipakai semula penuh dramatik, Perlahan-lahan mengundur menghilangkan diri disebalik ruang yang gelap.

.

.

.

.

"weyh kau okay tak? aku risau tahu tak kau dengan aikha hilang tiba-tiba masa vc pagi tadi" fia mengoncang-goncangkan lengan nini yang sedang lena diulit mimpi. Terus terbangun member tu dibuatnya nasib tak kena pelempang sejati saja fia itu.

" aduh apa kau ni? aku okaylah, kau ada nampak aku terlantar kat hospital ke sekarang ni?" -_- jawab nini sebelum kepalanya kembali diletakkan atas meja kantin beralaskan lengannya. Namun kali ini matanya tidak lagi menyambung tidur yang terganggu dan hanya terarah pada fia yang mengambil tempat duduk di hadapannya.

"tak adalah , aku risau. Itu pun salah ke?" muncung dibuatnya bibir fia. Kedua jari terlunjuk dimainkan Bersama acah-acah cute dan sangkaan fia meleset bila nini hanya menjelingnya.

"haii girls" suara nyaring seorang gadis yang agak familiar menerjah gegendang telingan nini dan fia menyebabkan kedua-dua mereka serentak memandang si gadis itu secara drastic.

"kau nak apa isya? know your place please" fia menunjukkan isyarat menghalau pada isya yang berdiri tegak di sisi meja.

Ida yang hanya beberapa langkah dari meja tersebut segera mempercepatkan langkahnya. Seram juga kalau-kalau fia dan nini bertindak luar jangkaan. Kesian si isya itu nanti, Budak yang seorang ni sudahlah Nampak innocent sahaja.

"erm isya baik kau blah, kau tak sepatutnya jumpa dua orang ni waktu pagi" ida segera menolak isya dengan perlahan ke meja sebelah. Kalau kasar-kasar nanti pasti isya akan menjerit seperti siren ambulans.

.

.

.

"lah kerja maid kau ke semalam tu? dah kenapa dia curi-curi masuk dapur sampai bunyi kut namati?" soal ziqa sambal mulut setia mengunyah donut dengan penuh selera.

"dia terjatuhkan hamper semua kuali, fry pan dengan periuk belanga kat dapur tu. Rupanya dia sleep walking, buat kecoh betul." tergeleng-geleng kepala nini mengingatkan situasi yang terjadi itu. Masih terbayang-bayang lagi agaknya keadaan maid yang telah digantung kerja buat sementara itu.

"ouhhh dasyat betul sleep walking dia sampai kecoh satu rumah agaknya" terangguk-angguk ida mendengar penceritaan nini.

"aikha memang tak ada niat nak datang ke? sudahlah semalam dia pun tiba-tiba matikan talian, aku syak mesti dia tengah tidur sekarang ni" bebel fia melihatkan kerusi sebelahnya kosong tidak diduduki oleh sesiapa.

"maybe or maybe not. . ."

L'amitieWhere stories live. Discover now