Bab 15
Alamanda, Putrajaya
"Umi! Album Wawa ada jual dekat sini!" ujarku, teruja sambil mengamati album pertama Najwa Latif.
Umi kelam-kabut menoleh. "Ya Allah buat orang terkejut aje."
"Can I have this, please?" ujarku sambil memandang Umi meminta simpati.
Anisah yang baru sahaja memasuki kedai CD itu mula berjalan ke arah kami.
"Nisah! Album Wawa ni!" ujarku sambil menunjukkan album itu kepadanya. Anisah pun turut teruja kerana dia juga meminati penyanyi itu. Kami berdua memang ikuti perkembangan Wawa daripada zaman dia membuat cover di YouTube lagi.
Umi memandang kami berdua. "Hmm okeylah, belilah."
"Yes!"
Starbucks, White Sands, Singapura.
ZEMI memandang Fitri.
"Apa lagi.... I dah tak berbual dengan Ain lagi kan? Apa yang you nak sebenarnya?"
Fitri bercekak pinggang. Dia memandang Zemi tajam lagi.
"Bagi I password semua account you. I tak nak perempuab tu ada apa-apa kaitan dengan you lagi! Itu pun kalau you sayang I la. Kalau tak, I akan tinggalkan you," ugut Fitri.
Zemi meraup mukanya. Mengapakah perangai Fitri begitu? Nampaknya dia sudah tiada pilihan lain. Dia sayang dan cintakan Fitri dan pada masa yang sama menaruh perasaan yang agak dalam pada Ain. Ain...... Jauhnya kau..... Mana kau pergi?
Putrajaya
"Ain amikkan gambar yang terakir boleh?" soal Cik Sani.
"Boleh, apa salahnya," ujarku sambil tersenyum. Cik Sani pun menghulurkanku kamera digitalnya.
Seperti biasa, aku tidak termasuk dalam gambar, sebaliknya aku adalah orang yang berada disebalik lensa kamera ini. Jadi tugas aku adalah untuk memastikan yang semua termasuk dalam gambar itu.
Semuanya tersenyum apabila aku menyuruh mereka untuk senyum. Dan klik, sekeping gambar dipetik untuk menjadi kenangan yang akan dikenang sampai bila-bila........
Parking lot Alamanda, Putrajaya
HUDA mencebik. Dia merungut. Tidak mahu pulang ke Singapura katanya. Kalau diikutkan hati, aku pun ingin terus menetap di Kuala Lumpur. Kota ini telah mencipta banyak memori kami bersama. Tetapi apa kan daya? Kami rakyat Singapura dan cuti sekolah akan berakhir tak lama lagi.
Umi memujuk Huda untuk memasuki kereta. Cik Maseri, Cik Sani dan Abah juga sudah mula memulakan enjin kereta masing-masing. Ameerais dan Amsyar tidak kelihatan. Ke tandas barangkali.
"Kata-katamu hanya mimpi, di siang hari kemarau panjang. Berpanas jua berteduh tidak. Hati kecil tak memahami,
mahligai itu ada di syurga. Terangilah mata hati, agar dapatku mengerti."
Aku menoleh. Panjang umurnya. Baru sebut dan fikir pasal dia. Suara Ameerais bernyanyi! Gila ke apa dekni, desis hatiku.
Ameerais memandangku sambil menyanyikan lagu Langit ke Tujuh yang dipopularkan oleh Sharifah Zarina. Aku memandangnya kembali dan seperti biasa mata kami terkunci. Aku terus pandang ke arah lain dan bergegas masuk ke dalam kereta. Tak boleh dilayan orang pelik macam Ameerais!
Fiat Punto
"So bye guys, we're heading back to Singapore! And I'm going to miss KL already," ujar Huda sambil memandang kamera DSLRku. Aku sedang merakam video, kerana terlau bosan.
YOU ARE READING
Dari Mata Turun Ke Jiwa
FantasiaTiada yang mustahil di dunia ini. Sama bagi dua insan ini yang tidak pernah merancang untuk menaruh harapan pada diri masing-masing. Perasaan itu hadir, tetapi dibiarkan berlalu begitu. Rindu mula mengundang tetapi ditepis kuat kerana takut. Takut a...